Pemberontakan para Earl

Pemberontakan para Earl yang terjadi pada tahun 1075 merupakan satu pemberontakan yang dilakukan oleh tiga orang earl menentang William I dari England (William si Penakluk). Ia merupakan tindakan penentangan serius terakhir menentang William semasa penaklukan Norman.[1]

Penyebab sunting

Pemberontakan ini di sebabkan oleh keengganan raja (ketidak hadiran beliau – kerana berada di Normandy sejak tahun 1073) untuk memperkenankan perkahwinan di antara Emma (anak perempuan kepada William Fitzosbern, Earl Hereford Pertama dan Adelissa de Tosny) dengan Ralph de Guader, Earl Anglia Timur pada tahun 1075. Mereka telah berkahwin tanpa kebenaran si raja.

Kemudian, tanpa kehadiran William, Ralph, Roger de Breteuil, Earl Hereford Kedua (abang ipar baharu beliau), dan Waltheof, Earl Northumberland Pertama memulakan pemberontakan;[2] tetapi mengalami malapetaka. Waltheof kemudian takut dan mengaku konspirasi ini kepada Archbishop Canterbury Lanfranc, yang mendesak Earl Roger untuk mengembalikan kesetiaan beliau, dan akhirnya mengucilkan beliau dan penyokong beliau, dan kemudian kepada William, yang berada di Normandy.

Roger, yang membawa tentera beliau daripada barat untuk menyertai Ralph, teah disekat di Sungai Severn oleh fyrd Worcestershire yang mana bishop England, Wulfstan mara untuk menentang beliau. Pada masa yang sama, Ralph bertembung dengan tentera yang lebih kuat di bawah pemerintahan para bishop pahlawan iaitu Odo of Bayeux dan Geoffrey de Montbray (yang mana kemudian mengarahkan kesemua para pemberontak memotong kaki kanan mereka) berdekatan Cambridge dan berundur tergesa-gesa ke Norwich, dengan dikejar oleh tentera diraja. Ralph meningggalkan Emma untuk mempertahankan istana kota Norwich, sebelum belayar ke Denmark untuk mencari bantuan. Beliau akhirnya kembali ke England dengan sebuah armada yang terdiri daripada 200 buah kapal di bawah pemerintahan Cnut dan Hakon, tetapi gagal untuk melakukan sebarang tindakan yang berkesan.

Sementara itu, Countess ditahan di Norwich sehingga beliau mendapat terma-terma untuk diri beliau dan para penyokong beliau sendiri, yang mana tanah-tanah mereka dirampas, dan diberikan masa selama 40 hari untuk meninggalkan tanah. Countess kemudian bersara di estet beliau di Brittany, sebelum disertai kembali oleh suami beliau.

Selepas kejadian sunting

William merampas kesemua tanah-tanah Ralph termasuk kuasa earl, sama seperti Roger, akan tetapi tidak seperti Ralph; Roger dipenjarakan selama-lamanya. Beliau dibebaskan bersama-sama tahanan politik lain setelah kematian William I pada tahun 1087. Waltheof, lelaki yang berpaling tadah dalam pemerontakan ini, mendapat takdir yang lebih berat daripada Ralph dan Roger. Kembali ke England bersama William, Waltheof kemudian ditahan, dan mejalani dua kali perbicaraan di hadapan mahkamah raja dijatuhkan hukuman mati. Pada 31 Mei 1076, beliau telah dipancung di St Giles's Hill berdekatan Winchester. Beliau merupakan satu-satunya orang Inggeris yang menghadapi hukuman ini semasa pemerintahan Raja William. Beliau dikatakan seorang lelaki yang memiliki kekuatan yang tinggi, tetapi lemah semangat dan tidak boleh dipercayai meskipun warak dan suka bersedekah. Oleh itu beliau dianggap oleh orang Inggeris sebagai seorang syahid. Keajaiban dikatakan berlaku di kubur beliau di Crowland, Lincolnshire.

Rujukan sunting

  1. ^ Edward Augustus Freeman (1901). A Short History of the Norman Conquest of England. Page 113-114.
  2. ^ Mike Ibeji, Treachery of the Earls, by Mike Ibeji, from "BBC History of the Normans".