Dalam dinamik bendalir, pembetingan atau penggosongan ombak ialah kesan yang dengannya ombak permukaan memasuki air lebih cetek meningkat tinggi gelombangnya (kira-kira dua kali ganda amplitudnya). Ini disebabkan oleh halaju kumpulan, yang juga merupakan halaju pengangkutan gelombang-tenaga, mengurang dengan penyingkatan kedalaman air. Dalam keadaan pegun, pengurangan kelajuan pengangkutan ini mesti dipampasi oleh pengingkatan ketumpatan tenaga untuk mengekalkan fluks tenaga malar.[1] Ombak membeting juga akan menunjukkan penyingkatan panjang gelombang sementara kekerapan kekal malar.

Luncur air di atas ombak membeting dan ombak pecah.

Di dalam air cetek dan dalam kontur kedalaman, ombak bukan pecah akan meningkat tinggi gelombangnya sebaik bingkisan gelombang memasuki perairan lebih cetek.[2] Ini terutamanya terbukti oleh tsunami kerana meningkat tingginya apabila menghampiri garis pinggir laut, dengan hasil yang membawa kemusnahan.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Longuet-Higgins, M S (1964). "Radiation stresses in water waves; a physical discussion, with applications" (PDF). Deep Sea Research and Oceanographic Abstracts. 11 (4): 529–562. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-06-12. Dicapai pada 2014-01-28. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ WMO (1998). Guide to Wave Analysis and Forecasting (PDF). 702 (ed. 2). Pertubuhan Meteorlogi Sedunia. ISBN 92-63-12702-6.

Pautan luar sunting

Templat:Geografi pinggir laut