Buka menu utama

Lima bandar raya disenarai pendek yang melakukan bidaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008 (lebih dikenali sebagai Games of the XXIX Olympiad), yang mana Beijing telah berjaya menjadi tuan rumah pada 13 Julai 2001. Bandar raya lain yang disenarai pendek ialah Toronto, Paris, Istanbul, dan Osaka.

Pembidaan Sukan Olimpik 2008

Pengenalan · Beijing
Toronto· Paris· Istanbul· Osaka

Beijing 2008 bid logo
Sukan Olimpik 2008
Maklumat
Komiti Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC)
Venue pengundian Rusia Moscow
112th IOC Session
Tarikh penting
Bidaan pertama 1 Februari 2000
Bidaan kedua 20 Jun 2000
Senarai pendek 28 Ogos 2000
Keputusan 13 Julai 2001
Keputusan
Juara Beijing (56 undi)
Naib juara Toronto (22 undi)
Pemilihan pertama yang menggunakan prosedur bidaan dua peringkat, dipersetujui oleh IOC pada Sesi ke-110 pada 1999.
Sukan Olimpik 2008
IOC COC BOCOG

Pemilihan akhirSunting

Pada pusingan pertama pengundian, hanya Beijing, Toronto, Paris, dan Istanbul yang tinggal; Osaka telah disingkirkan selepas hanya memperoleh enam undi sahaja. Pada pusingan kedua, Beijing memperoleh undian yang banyak daripada majoriti mutlak, dan tiada pusingan penentuan diperlukan. Keputusan[1] pada pusingan kedua seperti berikut: Beijing memperoleh 56 undi, Toronto 22, Paris 18, dan Istanbul 9. Walaupun begitu, dakwaan mengenai bidaan dari Paris dan Toronto juga secara teknikal sebagai pencabar dinyatakan, IOC, pimpinan Juan Antonio Samaranch, menunjukkan rasa belas kasihan dan teringin melihat China, negara paling ramai penduduknya di dunia, menjadi tuan rumah Pergerakan Olimpik.

Permohonan IOC diklasifikasikan[2] sebagai "sistem politik" sebagai "tugas untuk China" dan mendakwa: "The overall presence of strong governmental control and support is healthy...". Li Lan-Qing (17-07-2001, Perdana Menteri China): "The winning of the 2008 Olympic bid is an example of the the international recognition of China's social stability, economic progress and the healthy life of the Chinese people."

Sementara banyak negara memuji keputusan ini, kumpulan penentang mengemukakan isu hak asasi China sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya diterima. Parlimen Eropah mengemukakan isu mengenai resolusi[3] mengenai bidaan Beijing sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Untuk menghadapi isu yang dikaitkan itu, Beijing memilih moto iaitu "New Beijing, Great Olympics" bagi membuka lembaran baru ke atas negaranya bagi millennium yang baru.

Di Toronto, banyak sebab yang menyebabkan bandar raya itu tewas atas faktor Vancouver dipilih menjadi tuan rumah pada Olimpik Vancouver 2010.

Pemilihan Tuan Rumah Olimpik 2008
- keputusan kertas undi
Bandar raya NOC Pusingan 1 Pusingan 2
Beijing   China 44 56
Toronto   Kanada 20 22
Paris   Perancis 15 18
Istanbul   Turki 17 9
Osaka   Jepun 6

    

Bandar raya lainSunting

Tidak dimasukkan dalam senarai-pendekSunting

Tidak dimasukkan dalam senarai, tetapi berhasratSunting

Nota: Amerika Syarikat berhasrat untuk membida, tetapi USOC memutuskan tidak mahu membida pada Olimpik 2008 kerana AS pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1996 iaitu 12 tahun yang lalu.

RujukanSunting

Pautan luarSunting