Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024 dan 2028


Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028

Pengenalan · Los Angeles

Location of the bidding cities

Sukan Olimpik 2028
Sukan Paralimpik 2028
Maklumat
Jawatankuasa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)
Tempat pengundian Lima, Peru
Tarikh penting
Bid 16 September 2015
Keputusan 13 September 2017
Keputusan
Juara Los Angeles (Sebulat suara undi)
Naib juara -
Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024

Pengenalan · Paris

Location of the bidding cities

Sukan Olimpik 2024
Sukan Paralimpik 2024
Maklumat
Jawatankuasa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)
Tempat pengundian Lima, Peru
Tarikh penting
Bid 16 September 2015
Keputusan 13 September 2017
Keputusan
Juara Paris (Sebulat suara undi)
Naib juara -

Pada mulanya, lima bandar telah menyerah bidaan mereka untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 kepada IOC. Berikutan penarikan beberapa calon, hanya tinggal dua bandar - Paris dan Los Angeles - yang membida. Pada bulan Julai 2017, IOC telah bersetuju untuk mengumumkan tuan rumah bagi edisi 2024 dan 2028 secara serentak. [1] Los Angeles bersetuju untuk membida Sukan Olimpik 2028, dengan itu Sukan Olimpik 2024 akan dianjurkan oleh Paris. [2]

Paris dan Los Angeles secara rasmi diumumkan sebagai tuan rumah bagi edisi masing-masing pada Sesi IOC ke -131 di Lima, Peru, pada 13 September 2017. [3]

Proses pembidaan sunting

Sukan Olimpik 2024 sunting

Proses pembidaan Sukan Olimpik 2024 dimulakan bersamaan dengan pengumuman nama lima calon yang membida pada 16 September 2015. [4] Prosedur ini terdiri daripada tiga peringkat: Tahap 1 - Visi, konsep dan strategi temasya; Tahap 2 - Tadbir urus, perundangan dan pembiayaan gelanggang; dan Peringkat 3 - Penyampaian temasya, pengalaman dan warisan gelanggang. [5]

Peringkat Tarikh Penyerahan Fail Calon
1 Visi, Konsep dan Strategi Temasya 15 September 2015 - 1 Jun 2016 Fail Calon Bahagian 1

17 Februari 2016

2 Tadbir Urus, Perundangan dan Pembiayaan Gelanggang Jun - Disember 2016 Fail Calon Bahagian 2

7 Oktober 2016

3 Penyampaian Temasya, Pengalaman dan Warisan Gelanggang Disember 2016 - September 2017 Fail Calon Bahagian 3 3 Februari 2017

Lima calon telah diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 16 September 2015: Budapest, Hamburg, Los Angeles, Paris dan Rom. Namun, beberapa bandar telah menarik diri disebabkan oleh ketidakpastian politik dan masalah kos. [6] Hamburg menarik bidaannya pada 29 November 2015 setelah mengadakan sebuah referendum. [7] Rom menarik diri pada 21 September 2016 atas sebab kekangan fiskal. [8] Pada 22 Februari 2017, Budapest juga menarik diri setelah petisyen yang menentang pembidaan Sukan Olimpik telah mengumpul lebih banyak tandatangan daripada yang diperlukan untuk mengadakan referendum. [9] [10] [11]

Gabungan Sukan Olimpik 2024 dan 2028 sunting

Pada 30 Mac 2017, pasukan penilaian IOC menamatkan tinjauan awal mereka mengenai cadangan daripada Los Angeles dan Paris. Suruhanjaya penilaian IOC telah memuji kedua-dua calon ini kerana mempunyai "kreativiti dan fokus warisan yang kuat." [12]

Demi menjamin masa depan Sukan Olimpik selepas beberapa bandar yang membida untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Sukan Olimpik 2024 telah menarik diri, [13] pegawai Olimpik bertemu dengan suruhanjaya pembidaan dari kedua-dua calon tersebut pada 3 April 2017 semasa konvensyen IOC di Denmark untuk membincangkan kemungkinan hak menganjur diberi kepada kedua-duanya, dengan satu bandar menjadi tuan rumah pada tahun 2024 dan yang lain pada tahun 2028. [14] Walaupun kedua-dua bandar pada mulanya menentang kompromi ini, [15] Los Angeles telah menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkannya jika konsesi tertentu dibuat setelah terungkap bahawa Paris adalah "Calon yang paling baik" untuk edisi 2024. [16]

Lembaga Eksekutif IOC bermesyuarat di Lausanne, Switzerland untuk membincangkan proses bidaan Sukan Olimpik 2024 dan 2028 pada 9 Jun 2017. [17] Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa secara rasminya mencadangkan untuk memilih bandar-bandar tuan rumah Olimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama pada mesyuarat IOC yang berikutnya. Cadangan tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Khas IOC pada 11 Julai 2017 di Lausanne. IOC telah bertemu dengan jawatankuasa pembidaan LA 2024, jawatankuasa pembidaan Paris 2024 dan IOC untuk membincangkan bandar mana yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2024 dan 2028. Pada 31 Julai 2017, Los Angeles telah mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri dari pembidaan Sukan Olimpik 2024 dan membida secara eksklusif untuk Sukan Olimpik 2028. [18] Kedua-dua jawatankuasa pembidaan Paris dan Los Angeles telah menerima dan berpuas hati dengan keputusan tersebut. [19]

Bandar-bandar calon sunting

Bandar Negara Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Keputusan
Los Angeles   Amerika Syarikat Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) Sebulat Suara
Pada 26 April 2014, Jawatankuasa California Selatan untuk Sukan Olimpik mengumumkan cadangan bidaannya untuk Sukan Olimpik 2024.[20] Pada 28 Julai 2015, USOC menghubungi Los Angeles untuk mengenal pasti niatnya untuk menggantikan Boston yang telah menarik diri daripada pembidaan sebagai pembida AS.[21] Pada 1 September 2015, kesemua ahli Majlis Bandaraya LA mengundi untuk menyokong bidaan LA ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024.[22] Jawatankuasa Olimpik A.S. juga meluluskan pembidaan LA selepas undian Majlis Bandaraya LA. [23]


Pada 16 Februari 2016, LA 2024 melancarkan logo baharu dan slogannya "Ikuti matahari." [24] Pada 23 Februari 2016, lebih daripada 88% penduduk LA menyokong bidaan LA ke atas Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[25]


Pada 2 Jun 2016, IOC mengesahkan bahawa Los Angeles akan melangkah ke peringkat kedua dalam proses pembidaan Sukan Musim Panas 2024. [26]

Pada 23 November 2016, Presiden Trump menyatakan sokongannya terhadap bidaan Los Angeles 2024 semasa melakukan panggilan telefon dengan Datuk Bandar LA, Eric Garcetti.[27] Pada 2 Disember 2016, LA 2024 mengeluarkan anggaran baharu yang mengatakan bahawa penganjuran temasya tersebut akan membelanjakan $5.3 bilion .[28]


Pada 9 Januari 2017, LA 2024 mengeluarkan laporan yang meramalkan bahawa temasya sukan mega tersebut akan meningkatkan ekonomi tempatan sebanyak $11.2 bilion.[29] Pada 25 Januari 2017, Majlis Bandaraya Los Angeles meluluskan secara sebulat suara agar bidaan tersebut dijalankan oleh pihak swasta.[30]


Berikutan keputusan untuk mengumumkan tuan rumah Sukan Olimpik 2024 dan 2028 secara serentak, Los Angeles mengumumkan bahawa mereka akan mempertimbangkan bidaan untuk Sukan 2028, jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.[31] Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk pertandingan 2028, dengan dana tambahan $ 1.8 bilion untuk menyokong sukan tempatan dan penganjuran Sukan Olimpik tersebut. [32]

Paris   Perancis Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis (CNOSF) Sebulat Suara
Paris secara rasminya mengumumkan niatnya untuk membida pada 23 Jun 2015. Tony Estanguet, pengayak kanu slalom Perancis yang memenangi tiga pingat emas Olimpik (2000, 2004 dan 2012), dan presiden bersama jawatankuasa bidaan Paris 2024, mengatakan bahawa tujuan tunggal mereka ialah menang, tidak kira apa-apa pun.[33] € 35 juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang sukan baharu di sekitar Paris untuk meningkatkan kualiti pembidaan Paris pada masa depan.[34][35]


Pada bulan Mac 2015, Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo menyatakan sokongannya terhadap bidaan Paris. Pada 13 April 2015, dewan bandaraya Paris meluluskan pembidaan tersebut. [36]


Pada 9 Februari 2016, Paris mengumumkan logo pembidaan mereka di Arc De Triomphe pada pukul 20:24 (waktu tempatan). Logo tersebut dipaparkan ke Arc De Triomphe dan di balai kota Marseille.[37] Semasa penyerahan fail permohonan ketiga dan terakhir, Menara Eiffel dihiasi dengan warna Olimpik. Persembahan cahaya ini diatur untuk memaparkan slogan bidaan Paris: "Dibuat untuk Berkongsi ".[38]


Pada Februari 2017, lebih dari 50 bandar raya mengumumkan sokongan mereka terhadap bidaan Paris 2024, termasuk bandar raya yang pernah menganjurkan Sukan Olimpik seperti Sydney, Athens, Mexico City, Barcelona dan Tokyo. [39]


Berikutan untuk mengumumkan tuan rumah Sukan Olimpik 2024 dan 2028 secara serentak, Paris dijangka menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2024. [40] Pada 31 Julai 2017, IOC mengumumkan Los Angeles sebagai calon tunggal untuk Sukan Olimpik 2028 dan Paris telah disahkan sebagai tuan rumah semasa Sesi IOC ke-131 pada 13 September 2017.[41]

Budapest   Hungary Jawatankuasa Olimpik Hungary (MOB) Menarik diri
Pada bulan Jun 2015, Jawatankuasa Olimpik Hungary (MOB) dan Majlis Bandaraya Budapest memutuskan untuk membida untuk Sukan Olimpik 2024. Pada bulan Julai 2015, Parlimen Hungary juga menyokong bidaan tersebut. Pada 28 Januari 2016, Majlis Bandaraya Budapest meluluskan senarai gelanggang tersebut bagi temasya tersebut.


Setelah mengunjungi Budapest pada bulan Disember 2015, Presiden IOC Thomas Bach menyatakan bahawa Budapest adalah "pesaing yang kuat" dalam proses pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024.[42] Kedudukan IOC baru-baru ini adalah untuk menggalakkan penggunaan lebih banyak kemudahan sedia ada dan sementara agar negara seperti Hungary, dan bandar-bandar seperti Budapest, juga dapat berpeluang untuk menganjurkan Sukan Olimpik.[43] Perdana Menteri Hungary, Viktor Orbán juga memberikan sokongan penuh terhadap bidaan Budapest. [44]


Pada Januari 2017, kempen "Nolympics 2024" telah dimulakan oleh Momentum Movement dan mendapat sokongan parti pembangkang termasuk LMP, Együtt, Párbeszéd, MSzP dan DK. Sebilangan besar parti pembangkang dan organisasi sivil mengkritik bidaan tersebut, menuduh kerajaan melakukan rasuah, dan mempersoalkan penggunaan wang dalam pembidaan Sukan Olimpik dan bukannya dalam mengembangkan perawatan, pendidikan dan pengangkutan di Budapest. Sebanyak 138,527 tandatangan penduduk Budapest perlu dikumpulkan pada 17 Februari 2017 untuk mencetuskan referendum.[45] Pada 17 Februari 2017, diumumkan bahawa 266,151 tandatangan telah dikumpulkan.[46] Pada 22 Februari 2017, Budapest menarik diri daripada proses pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024. [47]

Hamburg   Jerman Persatuan Sukan dan Olimpik Jerman (DOSB) Menarik diri
Pada bulan Oktober 2012, Thomas Bach, presiden DOSB ketika itu, menyatakan bahawa Hamburg akan membida untuk Sukan Olimpik 2024. Hamburg belum pernah menganjurkan Sukan Olimpik, oleh itu bandar tersebut menjadi pilihan utama berbanding dengan Berlin.[48] Pada 16 Mac 2015, DOSB mencadangkan Hamburg menjadi calon tuan rumah bagi negara Jerman.[49] Pada 21 Mac 2015, perhimpunan agung DOSB mengesahkan keputusan tersebut.


Untuk bidaan 2024, Hamburg menggunakan semula logo dan slogan bidaannya pada 2012. Kali terakhir negara Jerman (Barat) menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas adalah pada 1972 di Munich. Negara Jerman juga mempunyai pengalaman penganjuran acara sukan yang besar-besaran baru-baru ini dengan kejayaan menganjurkan Piala Dunia FIFA 1974 dan 2006, di mana Hamburg merupakan salah satu bandar penganjur. Pada 13 April 2015, diumumkan bahawa Kiel akan menganjurkan semua acara pelayaran Sukan Olimpik.[50]


Pada 29 November 2015, sebuah referendum telah diadakan di mana 51.6% penduduknya menentang pembidaan Hamburg.[51]

Rom   Itali Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali (CONI) Menarik diri
Pada 15 Disember 2014, Perdana Menteri Itali Matteo Renzi mengesahkan bahawa Rom akan membida untuk Sukan Olimpik 2024.[52] Pada bulan yang sama, Paus Francis telah bertemu dengan ketua Jawatankuasa Olimpik Itali untuk membincangkan kemungkinan untuk Kota Vatikan mengadakan beberapa acara semasa temasya tersebut, iaitu memanah dan bola sepak.[53] Pada 10 Februari 2015, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali (CONI) mengesahkan bahawa bekas Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo, yang pernah mengetuai jawatankuasa penganjur Piala Dunia FIFA 1990 akan memimpin bidaan Rom. [54]


Pada 21 September 2016, Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi mengatakan bahawa pembidaan tersebut akan dibatalkan. Parti Raggi, Gerakan Bintang Limatelah lama menentang pembidaan Rom atas alasan masalah kewangan yang sedang berlaku di Itali. Pada 11 Oktober 2016, tawaran itu ditangguhkan secara rasmi, tetapi tidak dibatalkan sekiranya ada pemimpin bandar masa depan yang ingin melancarkan semula pembidaan tersebut sebelum September 2017. [55][56]

Bandar yang berniat tetapi tidak memohon sunting

2024 sunting

2028 sunting

Disebabkan oleh perubahan dalam proses pembidaan, tiada bandar lain yang menyerahkan pembidaan mereka ketika Los Angeles diumumkan sebagai calon tunggal Sukan Olimpik 2028. IOC telah mengisytiharkan Los Angeles sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2028 pada 13 September 2017. [83]

Rujukan sunting

  1. ^ "IOC Makes Historic Decision in Agreeing to Award 2024 and 2028 Olympic Games Simultaneously". IOC. Dicapai pada 1 August 2017.
  2. ^ "Los Angeles Declares Candidature for Olympic Games 2028- IOC to Contribute USD 1.8Billion to the Local Organising Committee". IOC. Dicapai pada 1 August 2017.
  3. ^ "IOC makes historic decision by simultaneously awarding Olympic Games 2024 to Paris and 2028 to Los Angeles". International Olympic Committee. 14 July 2021.
  4. ^ "Candidature Process Olympic Games 2024" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 December 2015. Dicapai pada 2017-03-01.
  5. ^ "Candidature Process 2024" (dalam bahasa Inggeris). International Olympic Committee. 9 March 2017. Dicapai pada 30 June 2017.
  6. ^ Butler, Nick. "Exclusive: IOC vow to "further adjust" candidature process after Budapest 2024 withdrawal". Inside the Games. Dicapai pada 1 August 2017.
  7. ^ "Five world-class cities in strong competition for Olympic Games 2024 – IOC to contribute USD 1.7 billion to the local organising committee" (Siaran akhbar). Lausanne, Switzerland: International Olympic Committee. 16 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2015. Dicapai pada 17 September 2015.
  8. ^ Rome 2024 Olympic bid collapses in acrimony Diarkibkan 21 September 2016 di Wayback Machine at BBC News. Retrieved 21 September 2016.
  9. ^ "2024 Olympics: Budapest to drop bid to host Games". BBC. 22 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2017.
  10. ^ Mather, Victor (22 February 2017). "Budapest Withdraws Bid to Host 2024 Summer Olympics". The New York Times. Dicapai pada 23 February 2017.
  11. ^ "Budapest to withdraw bid for 2024 Olympics, leaving L.A. and Paris as only contenders". Los Angeles Times. February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2017. Dicapai pada 22 February 2017.
  12. ^ "L.A., Paris draw praise as Olympic officials begin final evaluation of bids for 2024 Games". Los Angeles Times. March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2017. Dicapai pada 30 March 2017.
  13. ^ Abend, Lisa (3 October 2014). "Why Nobody Wants to Host the 2022 Winter Olympics". Time. Dicapai pada 20 September 2015.
  14. ^ "LA 2024 leaders talk with Olympic officials about possible 2028 bid". Los Angeles Times. April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2017. Dicapai pada 3 April 2017.
  15. ^ "Olympic Games: Paris and LA 'only want 2024 Games'". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2017. Dicapai pada 18 August 2017.
  16. ^ "LA may consider 2028 Olympics if 2024 bid falls through". New York Post. 2017-05-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2017. Dicapai pada 2017-05-18.
  17. ^ "Meeting of the IOC Executive Board in Lausanne – Information for the media". Olympic.org. 19 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2017.
  18. ^ "Bach Says Paris and LA Mayors Are 'Optimistic' About Agreement After Initial Discussions - GamesBids.com". gamesbids.com. 12 July 2017.
  19. ^ "On the Scene: IOC Launches Talks with LA and Paris for 2024, 2028 Olympics". aroundtherings.com.
  20. ^ "Southern California Committee for the Olympic Games". sccog.org. 2014. Dicapai pada 15 June 2014.
  21. ^ Wharton, David (28 July 2015). "U.S. Olympic Committee contacts Los Angeles about 2024 Summer Games". Dicapai pada 30 July 2015.
  22. ^ "USOC endorses Los Angeles for 2024 Olympics bid". ABC 7 Los Angeles. 1 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  23. ^ "USOC names Los Angeles the official U.S. bidder for the 2024 Summer Olympics". Los Angeles Times. 1 September 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  24. ^ "LA 2024 unveils logo for Olympic bid". Los Angeles Times. February 2016. Dicapai pada 16 February 2016.
  25. ^ "LA 2024 Olympic bid receives wide public support in new poll". Los Angeles Times. February 2016. Dicapai pada 23 February 2016.
  26. ^ "L.A. advances to next stage of 2024 Olympic bidding process". Los Angeles Times. Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2016. Dicapai pada 2 Jun 2016.
  27. ^ "Trump supports L.A.'s Olympic bid, Mayor Garcetti's office says". Los Angeles Times. November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada 24 November 2016.
  28. ^ "LA 2024 releases revised budget for Olympics, revenue to equal $5.3 billion in costs". Los Angeles Times. Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 2 Disember 2016.
  29. ^ "L.A. Olympic bid report forecasts $11-billion impact on local economy". Los Angeles Times. Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2017. Dicapai pada 9 Januari 2017.
  30. ^ "City Council unanimous in final approval for L.A. to host 2024 Olympics". Los Angeles Times. Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2017. Dicapai pada 25 Januari 2017.
  31. ^ "LA may consider 2028 Olympics if 2024 bid falls through". New York Post. Associated Press. 13 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2017. Dicapai pada 18 Mei 2017.
  32. ^ "Los Angeles Declares Candidature for Olympic Games 2028- IOC to Contribute USD 1.8Billion to the Local Organising Committee". IOC. Dicapai pada 1 August 2017.
  33. ^ "VIDÉO - JO 2024 : "La candidature de Paris est lancée, je veux gagner", dit Tony Estanguet". RTL.fr (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2017. Dicapai pada 18 Mac 2017.
  34. ^ "Qui sera élue capitale européenne de la culture ?" Diarkibkan 28 Ogos 2008 di Wayback Machine, Le Figaro. (dalam bahasa Perancis)
  35. ^ "Voeux du CNOSF – Pas de candidature française aux JO avant 2024". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2011.
  36. ^ "JO 2024 – Le Conseil de Paris approuve la candidature de la ville pour les JO 2024". Lequipe.fr (dalam bahasa Perancis). 23 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  37. ^ "Paris unveils 2024 Olympics logo on the Arc de Triomphe" (dalam bahasa Inggeris). 10 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2017. Dicapai pada 18 Mac 2017.
  38. ^ Livinec. "The Eiffel Tower in the colors of Paris 2024". www.toureiffel.paris (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2017. Dicapai pada 18 Mac 2017.
  39. ^ "More than 50 cities from all over the world support the Paris 2024 bid" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2017. Dicapai pada 18 Mac 2017.
  40. ^ "LA may consider 2028 Olympics if 2024 bid falls through". New York Post. Associated Press. 13 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2017. Dicapai pada 18 Mei 2017.
  41. ^ "Paris set to host 2024 Olympics, Los Angeles to be awarded 2028 Games by IOC". ABC News. 31 July 2017. Dicapai pada 1 August 2017.
  42. ^ "Olympics Features: IOC President Bach visits Budapest to join the 120th-anniversary celebration of the Hungarian NOC". www.sportsfeatures.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2016. Dicapai pada 15 Disember 2015.
  43. ^ "IOC - International Olympic Committee". www.olympic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2016. Dicapai pada 19 April 2016.
  44. ^ "Budapest is ready to take the opportunity provided by the IOC". Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2016. Dicapai pada 19 April 2016.
  45. ^ "Momentum Movement collects over 10,000 signatures on first day of anti-Olympics campaign". Budapest Beacon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-11. Dicapai pada 7 February 2016.
  46. ^ "2024 Olympic Games: Budapest bid set to fail, says bid's chief organiser". BBC. 20 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2017.
  47. ^ "Budapest to withdraw bid for 2024 Olympics, leaving L.A. and Paris as only contenders". Los Angeles Times. Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2017. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  48. ^ "Hamburg bleibt Kandidat für Olympische Sommerspiele". Hamburger Abendblatt. 16 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2013.
  49. ^ Hamburg celebrates its Olympic nomination Diarkibkan 17 Mac 2015 di Wayback Machine, Deutsche Welle, 17 March 2015
  50. ^ "Kiel picked as sailing venue for Hamburg 2024 Olympics bid. DPA International, 13 April 2015". DPA International. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2015. Dicapai pada 2017-03-01.
  51. ^ "Hamburg 2024 Olympic Bid Officials Blame External Influences On Referendum Defeat - GamesBids.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2015.
  52. ^ "2024 Olympics: Italy PM Matteo Renzi confirms Rome bid". BBC News. 15 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2014. Dicapai pada 15 Disember 2014.
  53. ^ McKenna, Josephine. "If Rome wins 2024 Summer Olympics, Vatican could host competitions". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2016. Dicapai pada 26 Ogos 2016.
  54. ^ "2024 Olympics: Montezemolo leads Rome 2024 bid". 10 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-29. Dicapai pada 10 February 2015.
  55. ^ Yambao, Kathzie Pena (12 Oktober 2016). "Italy Abandons Bid for Rome to Host 2024 Olympic Games". Newsline. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2016. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
  56. ^ Press, Associated (11 Oktober 2016). "Italy suspends Rome's 2024 Olympic bid". The Guardian. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2016. Dicapai pada 11 Oktober 2016.
  57. ^ "Baku 2020 Disappointed – Calls IOC Decision A "Setback"". GamesBids.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-13. Dicapai pada 2 August 2012.
  58. ^ Колесніков марить Олімпіадою в Україні | Чемпіон. Champion.com.ua (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-29. Dicapai pada 2 August 2012.
  59. ^ "Doha 2020 Disappointed And Surprised Over Shortlist Elimination". GamesBids.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2012. Dicapai pada 2 August 2012.
  60. ^ "Morocco to bid for 2028 Summer Olympics". Chinese Olympic Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 25 August 2015.
  61. ^ "La alcaldesa anuncia que Madrid no optará a los Juegos Olímpicos de 2024". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2014.
  62. ^ "Botella descarta Madrid 2024 y critica la "ingratitud" y los análisis interesados". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2014.
  63. ^ "Ana Botella: "Madrid no debe buscar la celebración de los Juegos de 2024"". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2013.
  64. ^ "Malaysia-Singapore can be Olympics host, says Bach". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2015.
  65. ^ GB Staff (10 September 2013). "Busan Postpones 2024 Summer Olympic Bid". Gamesbids.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-20. Dicapai pada 10 September 2013.
  66. ^ "Mexico 2024 Olympic Bid Off The Table". GamesBids.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 28 May 2014.
  67. ^ Elliott Almond (2015-08-12). "Bay Area officially out of 2024 Olympics chase; L.A. or nothing". San Jose Mercury News. Dicapai pada 2015-09-11.
  68. ^ Overall, Michael (2 July 2013). "Tulsa 2024 Olympic prospects still alive as private endeavor". Dicapai pada 4 August 2013.
  69. ^ "NYC Summer Olympics 2024". Therealdeal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2014. Dicapai pada 28 May 2014.
  70. ^ Howard, Michael. "New York City Mayor Bill de Blasio Decides Against Bid to Host 2024 Olympics". Online.wsj.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2015. Dicapai pada 28 May 2014.
  71. ^ "Nutter: Philly won't bid on 2024 summer Olympics after all". philly.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2014. Dicapai pada 28 May 2014.
  72. ^ Rosewater, Amy (13 June 2014). "List Of Cities For Potential U.S. Bid For 2024 Games Narrowed To Four". Team USA. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2014. Dicapai pada 27 September 2014.
  73. ^ Bacchus, Danya (12 February 2014). "San Diego Vying to Host 2024 Olympics". 7 San Diego (KNSD). San Diego, California. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2014. Dicapai pada 27 September 2014.
  74. ^ Liam Morgan, penyunting (27 April 2015). "IOC President Bach rules out Indian bid for 2024 Olympic and Paralympic Games". Inside the Games. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2015. Dicapai pada 28 April 2015.
  75. ^ "India PM to Bach: No 2024 Olympic Bid". Aroundtherings.com. 27 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 28 April 2015.
  76. ^ "IOC chief Thomas Bach to meet PM Narendra Modi today". Times of India. 27 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2015. Dicapai pada 28 April 2015.
  77. ^ "IOC President Sets Meeting in Australia". Aroundtherings.com. 7 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 18 March 2015.
  78. ^ "St. Petersburg has a chance to host the Olympics". ITAR-TASS. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2014. Dicapai pada 10 June 2014.
  79. ^ "Russia has no plans to bid for 2024 Olympics". NBC Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2015. Dicapai pada 6 May 2014.|
  80. ^ "Russia's Sochi suggested as host for 2024 Olympics". The Washington Times. 2015-07-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2015. Dicapai pada 2015-09-11.
  81. ^ "Canadian Olympic Committee confirms interest in Toronto 2024 bid". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2015.
  82. ^ "Toronto Mayor John Tory confirms city will not bid for 2024 Olympics". Inside the Games. 2015-09-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2015. Dicapai pada 2015-09-15.
  83. ^ "Los Angeles Declares Candidature for Olympic Games 2028- IOC to Contribute USD 1.8Billion to the Local Organising Committee". IOC. Dicapai pada 1 August 2017.
  84. ^ Zeitung, Westdeutsche (15 September 2016). "Olympia-Bewerbung: Olympia 2028: Geht NRW gegen Hamburg ins Rennen?". Westdeutsche Zeitung.
  85. ^ So könnte Olympia in NRW aussehen (German); 10 September 2016
  86. ^ "Olimpiadi, De Magistris candida Napoli per il 2028: "Siamo pronti"". Dicapai pada 7 September 2016.
  87. ^ "Roma 2024? No, Napoli 2028. De Magistris si candida: "noi saremo pronti"". Dicapai pada 7 September 2016.
  88. ^ "Russia's new 'sports capital' has Olympic ambitions". USA Today. 10 August 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  89. ^ "St. Petersburg Ready for World Combat Games, Considers 2024 Olympic Bid". Around the Rings. Mark Bisson. Dicapai pada 18 October 2013.
  90. ^ "Saint Petersburg 2028". RMA.ru. Mikhail Radko. Dicapai pada 24 June 2013.
  91. ^ "Russia's Sochi suggested as host for 2024 Olympics". The Washington Times. 31 July 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
  92. ^ "La alcaldesa anuncia que Madrid no optará a los Juegos Olímpicos de 2024". www.elmundo.es.
  93. ^ GALLO, B. G. (12 September 2013). "Botella descarta Madrid 2024 y critica la "ingratitud" y los análisis interesados" – melalui elpais.com.
  94. ^ "Ana Botella: "Madrid no debe buscar la celebración de los Juegos de 2024"". 12 September 2013 – melalui www.rtve.es.
  95. ^ "Doha Renews Interest in Olympic Bid As Early as 2028". GamesBids.com. 10 February 2016. Dicapai pada 10 February 2016.
  96. ^ "Melbourne urged to bid for 2028 Olympic Games". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 15 August 2014.