Pembinaan
proses membina
Pembinaan (Tulisan Jawi: ڤمبينأن) merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni bina dan kejuruteraan awam. Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat penting.

Jenis pembinaan Sunting
Secara umum, terdapat tiga jenis pembinaan iaitu,
- pembinaan bangunan
- pembinaan skala besar
- pembinaan industri
Setiap projek pembinaan memerlukan kumpulan kerja dan kepakaran untuk merancang, membina dan memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar.