Pembinasa kelas Almirante Brown

Kelas Almirante Brown adalah satu kelas kapal perang kelas (jenis MEKO 360H2) yang dibina untuk Tentera Laut Argentina. Ia telah ditauliahkan antara tahun 1983 hingga 1984, selepas Perang Falklands. Kelas ini mengandungi empat buah kapal; Almirante Brown, La Argentina, Heroína dan Sarandí. Kapal ini dikelaskan sama ada sebagai frigat atau pembinasa oleh penerbit berbeza. Kapal perang jenis MEKO 360 mempunyai rekabentuk modular yang mana membolehkan perubahan pantas dilakukan pada persenjataan kapal bergantung pada keperluan misi. Sifat konsep pembinaan modular juga membenarkan kapal dimodenkan atau dipasang semula dengan lebih mudah. Asalnya, enam buah kapal telah dipesan, bagaimanapun pesanan untuk dua buah kapal telah dibatalkan dan digantikan dengan pesanan untuk badan kapal jenis MEKO 140.

ARA Sarandí in 1990
Ringkasan kelas
Nama: Kelas-Almirante Brown
Pembina: Blohm+Voss
Pengguna: Bendera tentera laut Argentina Tentera Laut Argentina
Dibina: 1980–1984
Dalam perkhidmatan: 1983–kini
Dirancang: 6
Disiapkan: 4
Dibatalkan: 2
Aktif: 4
Ciri-ciri umum
Jenis: Pembinasa MEKO 360H2
Sesaran:
  • 2,900 long ton (2,900 t) standard
  • 3,360 long ton (3,410 t) muatan penuh
Panjang:
  • 125.9 m (413 ka 1 in) oa
  • 119.0 m (390 ka 5 in) pp
Lunas: 15 m (49 ka 3 in)
Draught: 5.8 m (19 ka 0 in)
Jana kuasa:
  • 2-aci COGAG
  • 2 × turbin gas Olympus TM 3B , 51,800 shp (38,600 kW)
  • 2 × gas turbin Tyne RM-IC , 10,200 shp (7,600 kW)
Halaju: 30.5 knot (56.5 km/j; 35.1 mph)
Jarak: 4,500 nmi (8,300 km; 5,200 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal: 200 orang termasuk 26 orang pegawai
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 x helikopter
Kemudahan penerbangan: Dek helikopter dan hangar

Pesanan mula dibuat pada tahun 1979, di mana pembinaannya telah tertunda kerana penghantaran turbin-turbin dari Britain telah disekat selepas Perang Falklands. Selain itu, perolehan helikopter untuk kapal-kapal ini juga menerima nasib yang serupa. Awalnya, rancangan untuk melengkapi kapal-kapal ini dengan helikopter Westland Lynx, akan tetapi pesanan telah dibatalkan pada tahun 1982. Pengantinya iaitu helikopter Agusta-Bell AB 212 tidak mempunyai dana, dan sebaliknya kesemua kelas Almirante Brown digerakkan bersama helikopter AS 555 Fennec, hanya La Argentina dan Sarandí yang boleh mengoperasikan helikopter SH-3D Sea King. Almirante Brown telah terlibat dalam operasi Perang Teluk pada tahun 1990. Kesemua kapal boleh digunakan sebagai kapal laksamana.

Kapal-kapal sunting

Kelas Almirante Brown [1]
Nama Nombor Limbungan Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
Almirante Brown D-10 Blohm+Voss, Hamburg, Jerman 8 September 1980 28 Mac 1981 26 Januari 1983 Aktif
La Argentina D-11 30 March 1981 25 September 1981 4 Mei 1983 Aktif
Heroína D-12 24 Ogos 1981 17 Februari 1982 31 Oktober 1983 Dalam simpanan
Sarandí D-13 9 Mac 1982 31 Ogos 1982 16 April 1984 Aktif

Pembinaan dan karier sunting

Asalnya, enam buah kapal telah dipesan tetapi kemudian dikurangkan kepada empat buah selepas satu tempahan pesanan untuk enam buah kapal jenis MEKO 140 dibuat. Kesemua empat buah kapal telah dibina di limbungan kapal Blohm+Voss yang terletak di Hamburg, Jerman. Bagaimanapun, pembinaannya tertangguh semasa Perang Falklands apabila turbin gas buatan Britain telah diletakkan di bawah embargo. Kelas ini bertujuan untuk peranan peperangan anti kapal selam (ASW) dan satu pesanan awal untuk helikopter Westland Lynx telah dibuat untuk melengkapi kapal-kapal ini. Pesanan ini dibatalkan pada tahun 1982 dan satu pengantian helikopter Agusta-Bell AB 212 tidak mendapat dana yang diperlukan. Sehingga penyerahan helikopter AS 555 Fennec dibuat pada tahun 1996, Tentera Laut Argentina menggunakan helikopter Aérospatiale Alouette SA 319 di atas kapal.[2][1] Kapal pertama, Almirante Brown mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1983 manakala kapal keempat dan terakhir, Sarandí pada tahun 1984. Almirante Brown terlibat dalam operasi Perang Teluk di Teluk Parsi pada tahun 1990.[2]

Pada tahun 2006, La Argentina selesai menjalani program re-fit yang mana termasuk penambahan pada dek penerbangan untuk memuatkan helikopter Sea King. Sarandí menjalani program re-fit serupa pada tahun 2008–2010. Empat buah kapal ini membentuk Skuadron Pembinasa ke-2, yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Laut Puerto Belgrano.[1] Tentera Laut Argentina bergelut untuk melakukan latihan dan penyelenggaraan di sebabkan oleh masalah-masalah kewangan dan sekatan import. Kelas Almirante Brown dilaporkan mengalami kekurangan alat ganti dan mengalami masalah enjin. Selain itu, ordinans untuk kapal-kapal ini juga telah melewati tarikh luputnya.[3] Setakat tahun 2020, kerja-kerja sedang dilakukan untuk mengekalkan relevan operasi kedua-dua sistem Exocet dan Aspide yang telah usang.[4]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b c Saunders 2009, m/s. 12.
  2. ^ a b Gardiner, Chumbley & Budzbon 1995, m/s. 8.
  3. ^ "Argentine navy short on spares and resources for training and maintenance". MercoPress. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2013. Dicapai pada 5 January 2015.
  4. ^ "Proyectos de Investigación y Desarrollo en la Armada Argentina". Zona-Militar.com (dalam bahasa Spanish). 13 October 2020. Dicapai pada 22 June 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bibliografi sunting

  • Gardiner, Robert; Chumbley, Stephen & Budzbon, Przemysław, penyunting (1995). Conway's All the World's Fighting Ships 1947–1995. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-132-7.
  • Saunders, Stephen, penyunting (2009). Jane's Fighting Ships 2009–2010 (ed. 112). Alexandria, Virginia: Jane's Information Group Inc. ISBN 0-7106-2888-9.

Bacaan lanjut sunting

  • Bourdette, Ignacio Amendolara. Guia de los buques de la Armada Argentina 2005-2006. ISBN 987-43-9400-5. (Spanish/English text)

Pautan luar sunting