Pembinasa kelas Hobart

KelasHobart adalah sebuah kelas pembinasa anti udara yang terdiri daripada tiga buah kapal yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Ia bertujuan untuk mengantikan frigat kelas-Adelaide dan mengembalikan keupayaan yang pernah dimiliki oleh pembinasa kelas-Perth bermula pada tahun 2000, yang diperolehi di bawah projek perolehan bernama SEA 1400, sebelum didesignasi semula sebagai SEA 4000. Meskipun designasi "Pembinasa Peperangan Udara" digunakan untuk menghuraikan kapal yang dikhususkan untuk mempertahankan pasukan tentera laut (termasuk aset-aset di darat) daripada serangan pesawat dan peluru berpandu, kapal-kapal pembinasa Australia ini juga dirancang untuk beroperasi dalam peranan anti-permukaan, anti kapal selam, dan sokongan tembakan tentera laut.

HMAS Hobart pada Disember 2017
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Hobart
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Australia Tentera Laut Diraja Australia
Didahului oleh: Pembinasa kelas-Perth dan frigat kelas-Adelaide
Kos:
  • A$9.1 billion (2020)[1][2][3] untuk 3 units + ToT (anggr.)
  • A$3.03 billion (2020) per unit (anggr.)
Dibina: 2009–2020
Dirancang: 3
Aktif: 3
Ciri-ciri umum (seperti rekaan)
Jenis: Pembinasa peluru berpandu
Sesaran: 7,000 tonne (6,900 long ton; 7,700 short ton) muatan penuh
Panjang: 147.2 meter (483 ka)
Lunas: 18.6 meter (61 ka) maksimum
Draught: 5.17 meter (17.0 ka)
Jana kuasa:
Halaju: Lebih 28 knot (52 km/j; 32 mph)
Jarak: Lebih 5,000 batu nautika (9,300 km; 5,800 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal:
  • 186 + 16 krew udara
  • Penginapan untuk 234
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Sistem Tempur Aegis
  • Radar Lockheed Martin AN/SPY-1D(V) band-S
  • Radar pencari horizon denyutan Doppler Northrop Grumman AN/SPQ-9B band-X
  • Sistem kawalan tembakan Raytheon Mark 99 dengan dua buah radar mengeluarkan gelombang berterusan
  • 2 × radar navigasi L-3 Communications SAM Electronics band-X
  • Ultra Electronics Sonar System, sonar pemasangan badan kapal dan tundaan[4]
  • Pengarah elektro-optikal Ultra Electronics Series 2500
  • Sistem pencari dan penjejak Sagem VAMPIR IR
  • Pembidik tembakan sasaran Rafael Toplite
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Radar ESM ITT EDO Reconnaissance and Surveillance Systems ES-3701
  • Sistem ESM komunikasi SwRI MBS-567A
  • Penerima digital pelbagai guna Ultra Electronics Avalon Systems
  • Penerima band-rendah Jenkins Engineering Defence Systems
  • 4 × pelancar pengumpan Nulka
  • 4 × pelancar penyumpan pelbagai guna 6-tiub
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × MH-60R Seahawk

Rancangan untuk memperoleh Pembinasa Peperangan Udara Australia (nama kelas sehingga tahun 2006) berlanjutan sehingga pertengahan tahun 2000an, dengan pemilihan Sistem Tempur Aegis sebagai sistem tempur dan ASC Pty Ltd (ASC) sebagai kontraktor pembinaan kapal utama pada tahun 2005. Pada akhir tahun 2005, AWD Alliance telah ditubuhkan sebagai sebuah konsortium yang terdiri daripadao Defence Materiel Organisation (DMO), ASC, dan Raytheon. Antara tahun 2005 and 2007, konsep pembinasa kelas-Arleigh Burke Evolved oleh Gibbs & Cox dan frigat kelas-Álvaro de Bazán oleh Navantia telah bersaing dalam pemilihan untuk merekabentuk AWD. Meskipun rekabentuk Arleigh Burke adalah lebih besar dan berupaya, rekabentuk Álvaro de Bazán telah terpilih pada bulan Jun 2007 di sebabkan rekabentuk telah sedia ada, dan lebih murah serta, cepat dan kurang berisiko untuk dibina.

Tiga buah kapal telah dipesan pada bulan Oktober 2007, dan dihimpunkan di kemudahan milik ASC di Osborne, Australia Selatan, berdasarkan 31 modul pra-fabrikasi (atau 'blok'). Satu pilihan untuk membina pembinasa keempat telah dimasukkan di dalam kontrak asal, tetapi tidak digunakan. ASC, NQEA Australia, dan Forgacs Group telah dipilih pada bulan Mei 2009 untuk membina blok-blok tetapi dalam masa dua bulan, NQEA telah digantikan dengan BAE Systems Australia. Kesilapan pembinaan dan kelewatan mengakibatkan AWD Alliance mengagihkan semula kerja-kerja pembinaan pada tahun 2011, dengan beberapa modul akan dibina oleh Navantia. Peningkatan kelewatan menolak tarikh pentauliahan asal pada 2014-2016 sekurang-kurangnya tiga tahun, di mana kapal pertama Hobart akan diap menjelang bulan Jun 2017, Brisbane pada September 2018, dan Sydney menjelang Mac 2020. AWD Alliance, Navantia, dan limbungan-limbungan kapal yang terlibat telah dikritik kerana silap menganggarkan risiko, kos dan tempoh masa; kesalahan lukisan dan amalan pembinaan buruk mengakibatkan kesilapan pembuatan yang berulang-ulang; dan menyalahkan pihak lain. Konsep aliansi dicela kerana tiada struktur pengurusan atau entiti bertanggungjawab yang jelas, di mana pihak DMO juga bertindak sebagai pembekal, rakan pembinaan dan pelanggan bagi kapal pembinasa pada masa yang sama .[perlu rujukan]

Kapal-kapal dalam kelas sunting

Nama No. Pennant Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
Hobart D39 ASC Pty Ltd, Osborne 6 September 2012 23 Mei 2015 23 September 2017 Aktif
Brisbane D41 3 Februari 2014 15 Disember 2016 27 Oktober 2018 Aktif
Sydney D42 19 November 2015 19 Mei 2018 18 Mei 2020 Aktif

Lihat juga sunting

Petikan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan originalcost tidak disediakan
  2. ^ "Control of troubled warship project to go to tender as costs hit $9b". 22 May 2015.
  3. ^ https://www.anao.gov.au/sites/default/files/Auditor-General_Report_2020-21_19.pdf
  4. ^ "The Hobart Class Air Warfare Destroyer: Welcome to the fleet" (PDF). lockheedmartin.com. Dicapai pada 4 March 2017.

Rujukan sunting

Artikel jurnal
  • Andrew, Gordon (September 2010). "AWD, Hobart, MFU or DDGH – What's in a name?". Semaphore. 2010 (7). Dicapai pada 22 May 2015.
  • Brown, Nick (28 June 2007). "Spanish designs are Australia's choice for warship programmes". International Defence Review.
  • Grevatt, Jon (30 June 2009). "NQEA loses block-building deal for Australian destroyers". Jane's Navy International.
  • Grevatt, Jon (26 October 2010). "AWD Alliance admits destroyer contract hit by construction 'difficulties'". Jane's Defence Industry.
  • Gulber, Abraham (October 2009). "Growth in Strength: The Hobart class AWD". The Navy. 71 (4): 4–8.
  • Kerr, Julian (25 September 2008). "Australia seeks to extend AWD options". Jane's Defence Weekly.
  • Pengelley, Rupert (26 September 2011). "Aussie rules: air warfare destroyers push boundaries". Jane's Navy International.
  • Shackleton, David (February 2007). "Choices and consequences: choosing the AWD design". Australian Defence Magazine: 20–24.
  • "Time to bring back the Pride". The Navy. 69 (4): 2. October 2007.
  • Thornhill, Roger (October 2006). "The Case for the Fourth Air Warfare Destroyer". The Navy. 68 (4): 9–14.
  • Thornhill, Roger (July 2009). "Force 2030: The Defence White Paper". The Navy. 71 (3): 8–13.
Artikel baharu
Kenyataan akhbar
Tapak sesawang

Pautan luar sunting