Pembubaran Kesatuan Soviet

Pembubaran Kesatuan Soviet[a] terjadi pada 26 Disember 1991, secara rasminya menganugerahkan kemerdekaan pentadbiran sendiri kepada republik-republik dalam gabungan Republik Sosialis Kesatuan Soviet (USSR). Ia merupakan keputusan daripada perisyitharan bernombor 142-Н dikeluarkan Soviet Tertinggi di Kesatuan Soviet[1] yang mengakui kemerdekaan republik-republik bekas Soviet dan penubuhan Komanwel Negera Merdeka (CIS), meskipun lima buah daripada republik ini meratifikasikannya lebih awal atau tidak menandatanganinya langsung. Pada hari sebelumnya iaitu pada 25 Disember, Presiden Soviet Mikhail Gorbachev, pemimpin ke-8 dan terakhir di USSR, telah meletak jawatan dan mengistiharkan pejabatnya dibubarkan dan menyerahkan kuasa beliau termasuk kawalan ke atas kod pelancaran peluru berpandu nuklear Soviet kepada Presiden Rusia Boris Yeltsin. Pada petangnya 7:32 p.m., bendera Soviet telah diturunkan di Kremlin untuk kali terakhir dan digantikan dengan bendera Rusia pra-revolusi.[2]

Pembubaran Kesatuan Soviet
Tarikh26 Disember 1991; 32 tahun yang lalu (1991-12-26)[1]
LokasiKesatuan Soviet
Hadirin
Hasil
Negara-negara selepas era Soviet (mengikut abjad)

Terdahulu, bermula bulan Ogos hingga Disember; semua republik individu termasuk Rusia sama ada telah memisahkan diri mereka sendiri daripada Soviet atau membatalkan Perjanjian Penubuhan USSR. Seminggu sebelum pembubaran rasmi, 11 buah republik telah menandatangani Protokol Alma-Ata yang mana secara rasminya menubuhkan CIS dan mengistiharkan bahawa USSR tidak lagi wujud.[3][4] Kedua-dua Revolusi 1989 dan pembubaran USSR juga menandakan berakhirnya Perang Dingin.

Beberapa republik bekas Soviet mengekalkan hubungan rapat dengan Persekutuan Rusia dan menubuhkan pertubuhan multi lateral seperti Komanwel Negara Merdeka, Komuniti Ekonomi Eurasia, Negara Kesatuan, Pertubuhan Budaya Eurasia dan Kesatuan Ekonomi Eurasia bagi mempertingkatkan kerjasama keselamatan dan ekonomi. Dari sudut lain, negara Baltik telah menyertai NATO dan Kesatuan Eropah.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Bahasa Rusia: Распа́д Сове́тского Сою́за, tr. Raspád Sovétskovo Sojúza, though more frequently a negatively connotated Bahasa Rusia: Разва́л Сове́тского Сою́за, tr. Razvál Sovétskovo Sojúza variant is used.

Rujukan sunting

  1. ^ a b (Rusia) Declaration № 142-Н of the Soviet of the Republics of the Supreme Soviet of the Soviet Union, formally establishing the dissolution of the Soviet Union as a state and subject of international law.
  2. ^ "Gorbachev, Last Soviet Leader, Resigns; U.S. Recognizes Republics' Independence". The New York Times. Dicapai pada April 27, 2015.
  3. ^ "The End of the Soviet Union; Text of Declaration: 'Mutual Recognition' and 'an Equal Basis'". The New York Times. December 22, 1991. Dicapai pada March 30, 2013.
  4. ^ "Gorbachev, Last Soviet Leader, Resigns; U.S. Recognizes Republics' Independence". The New York Times. Dicapai pada March 30, 2013.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting