Pembunuhan JonBenét Ramsey

Emel yang dihantarnya penuh dengan rayuan dan curahan perasaan. Ia lebih kepada surat cinta daripada seorang lelaki kepada gadis pujaannya. Gadis yang tidak boleh dimilikinya kerana halangan 'jarak'.

JonBenét Ramsey
Kelahiran
JonBenét Patricia Ramsey

(1990-08-06)6 Ogos 1990
Atlanta, U.S.
Meninggal dunia25 Disember 1996(1996-12-25) (umur 6)
Boulder, Colorado, U.S.
Sebab kematianAsfiksia dengan cara mencekik Trauma kraniocerebral
DikebumikanSt. Perkuburan Episcopal James
Marietta, Georgia, A.S.
33°57′18″N 84°33′23″W / 33.95501°N 84.55637°W / 33.95501; -84.55637
Ketinggian47 inci (120 cm)[1]
IbuPatsy Ramsey
BapaJohn Bennett Ramsey

Namun anehnya, semua surat itu ditulis oleh seorang guru sekolah, John Mark Karr sebagai luahan rasa cintanya kepada gadis cilik berusia 6 tahun.

Bertambah aneh, lelaki yang ternyata sangat mencintai JonBenet Patricia Ramsey menerusi luahan perasaannya itu turut mengaku dia juga yang membunuh JonBenet hampir 10 tahun lalu.

Kini, apa sahaja yang ditulisnya menjadi tajuk utama perbincangan hangat terutama di tempat asalnya di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat (AS).

Para penyiasat kini sibuk menghubungi bekas teman-teman sekolah Karr. Semuanya kerana buku tahunan sekolahnya yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.

Dalam buku tahunan sekolah pada tahun 1982, Karr menamatkan perutusan dengan kata-kata: "Apa pun, pada masa hadapan, mungkin saya akan menjadi seorang penakluk dan hidup dalam aman damai."

Siasatan terbaru itu adalah untuk mencari jawapan kepada penemuan satu nota di tingkat bawah tanah rumah JonBenet yang ditandatangani dengan 'S.B.T.C'.

Para penyiasat cuba mencari jawapan sama ada 'S.B.T.C' yang mungkin bermaksud shall be the conqueror atau 'mungkin menjadi penakluk'.

Akhbar Rocky Mountain News di Colorado turut menyiarkan sedutan beberapa e-mel yang dihantar oleh Karr kepada seorang Profesor Kewartawanan di Universiti Colorado, Michael Tracey. Profesor itu turut mengeluarkan beberapa dokumentari mengenai kes JonBenet.

"Sayangku, buah hatiku, JonBenet. Aku sangat menyayangi dan akan terus mencintaimu selama-lamanya. Aku berdoa semoga kamu boleh mendengar suara ini, yang sentiasa memanggil namamu daripada dalam kegelapan ini. Kegelapan yang kini memisahkan kita," kata Karr.

Tulisan itu adalah satu daripada e-mel Karr yang dihantar kepada Tracey pada 23 Disember 2005 , tidak lama sebelum ulang tahun ke-9 kematian JonBenet.

"Kadang-kadang gadis-gadis kecil itu lebih rapat dengan saya berbanding ibu bapa mereka atau orang lain di dalam hidup mereka. Apabila saya mengatakan saya adalah orang paling rapat dengan JonBenet, mungkin kini anda lebih memahaminya," kata dalam satu e-mel lain.

Menurut Lin Wood, peguam keluarga Ramsey, pihak polis pernah bertanya kepada ibu JonBenet, Patsy Ramsey sama ada dia bersedia bertemu Karr dan wanita itu telah bersetuju.

"Bagaimanapun Patsy, meninggal dunia pada Jun 2006 kerana kanser ovari sebelum siasatan itu diteruskan," kata Wood. Patsy pernah menjadi Ratu Cantik West Virginia pada 1977.

Siasatan awal sunting

Menurutnya, siasatan awal menunjukkan Karr menghantar e-mel kepada Profesor Tracey kerana menganggapnya sebagai Patsy Ramsey.

JonBenet yang lahir pada 6 Ogos 1990 di Atlanta itu ialah anak kepada Patsy Ramsey dan John Bennett Ramsey, seorang eksekutif perniagaan yang berjaya.

Keluarga berkenaan berpindah ke Colorado oada tahun 1991 dan kembali semula ke Atlanta selepas pembunuhan JonBenet.

Karr, 41, ditahan di Thailand pada Rabu lalu dan dihantar pulang ke AS bagi menghadapi pertuduhan membunuh, menculik, dan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di sana.

Lelaki itu memberitahu wartawan bahawa dia bersama JonBenet sewaktu gadis cilik itu mati di bahagian bawah tanah rumah JonBenet di Boulder, Colorado pada 26 Disember 1996.

Dia mengaku memberi gadis kecil yang comel itu dadah sebelum merogolnya. Karr, bagaimanapun, menegaskan kematian JonBenet merupakan satu 'kemalangan'.

Namun bedah siasat ke atas JonBenet, 10 tahun lalu mendapati tidak ada sebarang kesan dadah dalam darah budak itu.

Jumaat lalu, seorang pegawai Thailand, Leftenan Jeneral Suwat Tumrongsiskul dari Jabatan Polis Imigresen berkata, Karr turut mengaku mengambil JonBenet dari sekolah sedangkan ketika kejadian, sekolah sedang bercuti!

Sementara itu, Penolong Pengarah Kolej Inggeris Kristian Bangkok (BCCE), Banchong Chompowong berkata, penampilan Karr sangat menarik dan meyakinkan sewaktu lelaki itu menghadiri temuduga untuk jawatan guru di kolej itu.

Kata Banchong, Karr sangat sopan dan bijak selain turut menunjukkan resume yang menerangkan pengalamannya mengajar di sekolah-sekolah di AS, Jepun, dan beberapa negara lain.

"Kami memberinya tempoh percubaan tetapi dia sangat tegas terhadap pelajar termasuk menghantar mereka keluar kelas sekiranya melakukan kesilapan kecil. Ramai yang mengadu mengenai sikapnya itu sehingga menyebabkan kami terpaksa menamatkan khidmatnya setelah dua minggu bekerja," kata Banchong.

Sementara itu, tanpa pengakuan Karr - sama ada kepada polis atau e-mel - sehingga kini belum ada bukti sahih yang boleh 'mengikat' duda anak tiga itu.

Seorang penyiasat dari Jabatan Pendidikan Colorado, Eric Yoder berkata, Karr tidak pernah mendapat lesen untuk mengajar di negeri itu dan tidak ada rekod yang menunjukkan lelaki itu pernah memohon menjadi guru.

Menyoal sunting

Di Washington pula, para pegawai persekutuan berkata, mereka mahu menyoal Karr berhubung pengakuannya itu termasuk e-mel yang mendakwa dia pernah disoal siasat di empat buah negeri atas dakwaan pencabulan dan pembunuhan kanak-kanak.

"Tidak ada kes melibatkan Karr di empat buah negeri itu sama ada dia dikehendaki atau disyaki melakukan jenayah," kata seorang pengawai.

Profesor Tracey juga enggan membincangkan mengenai e-mel yang diterimanya dari Karr - emel yang kini disimpan oleh pihak polis untuk siasatan mereka.

Sementara itu, peguam Wood berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat lebih mendalam terhadap pengakuan Karr itu.

"Terdapat beberapa kes pengakuan e-mel sebelum ini dan John Ramsey(bapa JonBenet) sendiri pernah menerima e-mel pengakuan seperti itu tetapi tidak ada yang diberkas," kata Wood.

Ibu saudara JonBenet, Pamela Paugh pula berkata, keluarganya optimistik terhadap kes itu dan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' pada masa ini.

Kami telah bersama dan boleh menanti sejak sembilan tahun setengah lalu dan kami akan terus bersabar menanti keputusannya nanti," tegasnya.

Percanggahan di antara pengakuan Karr dan bukti-bukti yang ditinggalkan di tempat kejadian menyebabkan para penyiasat AS kini perlu bekerja lebih keras untuk menyelesaikan kekusutan yang menyelubungi kes pembunuhan JonBenet tersebut.

Sama ada Karr sememangnya pembunuh JonBenet atau dia hanya membuat 'pengakuan' untuk menjadi terkenal, hanya dapat dibuktikan menerusi siasatan yang sedang berlangsung ketika ini.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AutopsyReport tidak disediakan