Pembunuhan Shinzo Abe

pembunuhan mantan Perdana Menteri Jepun Abe Shinzō pada tahun 2022

Pada 8 Julai 2022, Shinzo Abe, bekas Perdana Menteri Jepun dan ahli Dewan Perwakilan yang sedang berkhidmat, telah dibunuh ketika berucap pada majlis politik di luar Stesen Yamato-Saidaiji di bandar Nara, Wilayah Nara, Jepun.[2][3][4] Pada kira-kira jam 11:30 pagi JST (UTC+9), ketika sedang menyampaikan ucapan kempen untuk calon Parti Demokratik Liberal, Abe telah ditembak dari belakang pada jarak dekat oleh senjata api buatan sendiri.[1] Abe kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Perubatan Nara menggunakan sebuah helikopter perubatan, di mana beliau disahkan meninggal dunia.[5]

Pembunuhan Shinzo Abe
Abe pada Mac 2022
Map
Map
LokasiBerhampiran Stesen Yamato-Saidaiji, Nara, Wilayah Nara, Jepun
Koordinat34°41′39″N 135°47′02″E / 34.69406°N 135.78392°E / 34.69406; 135.78392
Tarikh8 Julai 2022 (2022-07-08)
s. 11:30 JST (UTC+09:00)
SasaranShinzo Abe
Jenis serangan
Pembunuhan dengan penembakan
SenjataSenjata api buatan sendiri[1][a]
Kematian1 (Shinzo Abe)
PelakuYamagami Tetsuya Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seorang suspek, Tetsuya Yamagami, ditahan di tempat kejadian kerana cubaan membunuh, yang kemudiannya ditahan atas tuduhan pembunuhan selepas kematian Abe. Yamagami memberitahu penyiasat bahawa beliau menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan (Unification Church) atas kemuflisan ibunya dan menembak Abe kerana percaya bahawa beliau rapat dengan kumpulan itu. Beliau menuduh Abe menyebarkan pengaruh gereja di Jepun.

Pemimpin dari banyak negara memuji pencapaian Abe sambil menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas kematiannya.[6] Pembunuhan beliau adalah yang pertama dari bekas perdana menteri Jepun sejak Saitō Makoto dan Takahashi Korekiyo semasa Insiden 26 Februari pada tahun 1936.

Latar belakang sunting

Hubungan antara keluarga Abe dan Gereja Penyatuan sunting

Shinzo Abe, serta bapanya, Shintaro Abe, dan datuknya, Kishi Nobusuke, mempunyai hubungan yang lama dengan Gereja Penyatuan, gerakan agama baru yang menimbulkan kontroversi yang diasaskan oleh Sun Myung Moon dan berpusat di Korea Selatan. Pada tahun 2006, semasa penggal pertamanya sebagai perdana menteri, Abe dan beberapa menteri kabinet menghantar kabel ucapan tahniah kepada Persekutuan Keamanan Universal (UPF), sebuah organisasi bukan kerajaan yang berkaitan dengan gereja.[7] Sepuluh bulan sebelum pembunuhan itu, pada bulan September 2021, Abe menyiarkan ucapan lima minit sebagai sebahagian daripada perhimpunan UPF yang merangkumi penampilan oleh bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan orang kenamaan asing yang lain.[8]

Jadual Abe pada hari pembunuhannya sunting

Abe pada mulanya dijadualkan menyampaikan ucapan di Wilayah Nagano pada 8 Julai 2022, untuk menyokong Sanshirō Matsuyama [ja], calon Parti Demokratik Liberal (LDP) untuk wilayah itu dalam pilihan raya Dewan Kaunselor yang akan diadakan pada 10 Julai.[9] Acara kempen itu dibatalkan secara tiba-tiba pada 7 Julai,[9] berikutan tuduhan salah laku dan rasuah yang berkaitan dengan Matsuyama,[10][11] dan digantikan dengan acara serupa di Wilayah Nara di mana Abe akan menyampaikan ucapan untuk menyokong Kei Satō, seorang ahli Dewan Kaunselor dari LDP yang bertanding untuk pemilihan semula di wilayah itu.[12] LDP Bahagian Wilayah Nara menyatakan bahawa jadual ini tidak diketahui umum kepada orang ramai,[13] tetapi NHK melaporkan bahawa acara ini telah diiklankan secara meluas di Twitter dan oleh trak bunyi.[14]

Pada 8 Julai 2022, sekitar jam 11:10 pagi waktu Jepun (JST), Satō mula berucap di persimpangan jalan berhampiran susur keluar utara Stesen Yamato-Saidaiji di Nara. Abe tiba sembilan minit kemudian dan memulakan ucapannya sekitar jam 11:29 pagi JST.[14][13]

Garis masa sunting

Pembunuhan sunting

 
Kedudukan Abe (ungu) dan penembak (biru) pada masa penembakan. Anggota keselamatan Abe dan orang ramai tidak ditunjukkan. Gambar ini tidak dilukis mengikut skala.

Semasa Abe menyampaikan ucapannya di luar Stesen Yamato-Saidaiji, pelaku yang didakwa dapat mendekati beliau dalam jarak beberapa meter, walaupun terdapat petugas keselamatan.[15] Sekitar jam 11:30 pagi, ketika Abe berkata, "Beliau (calon) bukannya memikirkan mengapa beliau tidak dapat melakukannya...",[16] Abe ditembak dua kali dari belakang dengan pistol buatan sendiri[a][1][20] yang menyerupai senapang patah bergergaji, dua laras,[17][20] dan beliau rebah. Peluru pelet telah menembusi jantung Abe.[21][22] Petugas keselamatan Abe menahan suspek, di mana suspek tidak menentang mahupun membuat sebarang percubaan untuk melarikan diri.[23][24]

Abe pada mulanya sedar dan mampu berkomunikasi selepas ditembak. Tidak lama selepas itu, beliau dipindahkan ke sebuah hospital tempatan menggunakan sebuah helikopter kecemasan. Beliau mengalami luka di sebelah kanan lehernya dan pendarahan dalaman di bawah dada kirinya. Beliau dilaporkan tidak mempunyai tanda-tanda vital ketika beliau tiba di Hospital Universiti Perubatan Nara di Kashihara, mungkin disebabkan oleh henti jantung sebelum ketibaannya.[25][2][26] Pada pukul 2:45 petang, sidang media diadakan oleh Perdana Menteri Fumio Kishida, yang menyatakan bahawa Abe berada dalam keadaan kritikal dan bahawa "doktor melakukan segala yang mereka boleh."[27]

Walau bagaimanapun, Abe disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 5:03 petang, sekitar lima setengah jam selepas beliau ditembak.[28][29][30] Beliau berusia 67 tahun. Hidetada Fukushima, seorang doktor di hospital tersebut, mengatakan punca kematian Abe adalah kehilangan darah, meskipun empat jam menjalani transfusi darah di mana beliau menerima lebih 100 unit darah.[31][32]

Abe ialah bekas perdana menteri Jepun pertama yang dibunuh sejak Saitō Makoto dan Takahashi Korekiyo, yang terbunuh semasa Insiden 26 Februari pada tahun 1936;[33] penggubal undang-undang Jepun pertama yang dibunuh sejak Kōki Ishii dibunuh oleh ahli kumpulan sayap kanan pada tahun 2002; dan ahli politik Jepun pertama yang dibunuh semasa kempen pilihan raya sejak Iccho Itoh, Datuk Bandar Nagasaki ketika itu, yang ditembak mati semasa pilihan raya Datuk Bandar pada April 2007.[34][35]

Kesudahannya sunting

 
Persimpangan jalan di Stesen Yamato-Saidaiji pada 8 Julai 2022, beberapa jam selepas penembakan

Pusat pengurusan krisis ditubuhkan di pejabat perdana menteri.[36] Kishida, yang sedang berkempen di Sagae, Wilayah Yamagata, membatalkan baki jadualnya dan kembali ke pejabat perdana menteri di Tokyo pada pukul 2:29 petang.[37][26] Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno, semua anggota kabinet Kishida yang lain dipanggil semula ke Tokyo kecuali menteri luar, Yoshimasa Hayashi, yang sedang berada di Indonesia untuk sidang kemuncak G20 Bali 2022.[38] Kishida kemudiannya mengarahkan agar keselamatan untuk ahli politik berpangkat tinggi di Jepun dipertingkatkan lagi.[39] Pegawai-pegawai Polis Keselamatan (SP) telah dikerahkan untuk melindungi balu Abe, Akie Abe, selepas beliau tiba di Kyoto.[40]

Kebanyakan pemimpin politik membatalkan semua baki acara kempen pada 8 Julai. Kempen disambung semula sehari selepas itu, pada 9 Julai, dengan pemimpin parti utama berikrar untuk tidak membenarkan keganasan mengganggu proses demokrasi.[41][42] LDP kemudiannya memenangi majoriti besar pada pilihan raya Dewan Kaunselor yang diadakan pada 10 Julai.

NHK General TV dan empat daripada lima rangkaian televisyen komersial utama Jepun membatalkan atau menangguhkan semua rancangan yang telah dijadualkan untuk menyiarkan liputan berita langsung mengenai penembakan Abe sepanjang hari.[43][44][45][46] Antara rancangan yang terjejas ialah siri anime kedua, Teppen—!!!, yang mempunyai episod kedua, yang dijadualkan disiarkan pada 9 Julai, dibatalkan sepenuhnya kerana plot episod itu berkisar tentang percubaan pembunuhan.[47][48]

Ziarah-menziarahi sunting

Pada kira-kira pukul 9:00 malam pada hari pembunuhan Abe, bekas Perdana Menteri Yoshihide Suga melawat hospital untuk menziarahi jenazah Abe.[49] Tidak lama selepas itu, Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno turut tiba di hospital.[50]

Mayat Abe menjalani bedah siasat kehakiman dan bertolak dari hospital bersama balunya, Akie Abe, pada 9 Julai pukul 5:55 pagi.[51] Lima kenderaan yang membawa pelbagai kenalan profesional lama Abe, termasuk bekas Menteri Pertahanan Tomomi Inada, mengambil bahagian dalam konvoi kenderaan yang membawa jenazah bekas Perdana Menteri itu kembali ke rumahnya di Tokyo. Pada pukul 1:35 petang, pihak yang mengiringi tiba di rumah Abe di Tokyo bersama Perdana Menteri. Pada ketibaan mereka, Sanae Takaichi, pengerusi Majlis Penyelidikan Dasar LDP; Tatsuo Fukuda, pengerusi Majlis Umum LDP;[52] dan Hisashi Hieda, pengerusi Fujisankei Communications Group dan rakan Abe, menyambut mereka. Selepas itu, Kishida mengucapkan takziah, dan bekas Perdana Menteri Yoshirō Mori dan Junichiro Koizumi, Hiroyuki Hosoda (Speaker Dewan Perwakilan), Akiko Santō (Presiden Dewan Kaunselor), Toshihiro Nikai (bekas Setiausaha Agung LDP), Kōichi Hagiuda (pembantu rapat Abe dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Tetsuo Saito (ahli politik Komeito dan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan, dan Pelancongan), dan Yuriko Koike (Gabenor Tokyo) juga berkunjung ke rumah Abe untuk mengucapkan takziah.[53]

Suspek sunting

Tetsuya Yamagami
山上徹也
Kelahiran1980/1981
Status penangkapan
Ditahan
Kerjaya ketenteraan
PerkhidmatanPasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun
Tahun perkhidmatan2002–2005
PangkatLaskar kanan

Tetsuya Yamagami (Jepun: 山上徹也), seorang lelaki berusia 41 tahun yang tinggal di Bandar Nara, telah ditahan oleh Polis Wilayah Nara di tempat kejadian kerana disyaki cubaan membunuh; pertuduhan itu kemudiannya menjadi pembunuhan selepas Abe meninggal dunia. Yamagami telah dipindahkan ke Balai Polis Nara Nishi selepas ditahan.[54] Beliau digambarkan sebagai seorang yang tenang dan tidak membuat sebarang percubaan untuk melarikan diri.[55][56][57] Yamagami tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.[58] Setakat 12 Julai 2022, pertuduhan rasmi belum dikemukakan terhadap Yamagami, yang ditahan di pejabat pendakwa raya semasa siasatan.[dated info][59]

Kehidupan peribadi sunting

Yamagami dilahirkan di Wilayah Mie.[60] Disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan seorang yang menyembunyikan perasaan ketika masih di sekolah menengah,[61][62][63] beliau menulis dalam buku tahunan tamat pengajiannya bahawa beliau "tidak mempunyai petunjuk" tentang apa yang beliau mahu lakukan pada masa hadapan.[64] Yamagami menyertai Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) pada Ogos 2002; beliau telah ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Kure dan ditugaskan ke kapal pembinasa JS Matsuyuki.[65][64][66] Beliau telah diberhentikan daripada JMSDF pada Ogos 2005 sebagai kuartermaster[65] dengan pangkat laskar kanan.[61]

Pada Oktober 2020, Yamagami mula bekerja sebagai pengendali forklif di Wilayah Kyoto untuk pengilang yang beroperasi di wilayah Kansai.[67] Di sana, beliau juga digambarkan sebagai seorang yang pendiam. Beliau berhenti pada Mei 2022 selepas mendakwa beliau "berasa tidak sihat".[68][64][69] Beliau ialah seorang penganggur pada saat beliau ditahan.[68][70]

Motif sunting

Yamagami memberitahu penyiasat bahawa motifnya adalah peribadi dan bukannya politik.[71][72][73][74] Ibunya telah diisytiharkan muflis pada tahun 2002 selepas memberi derma yang besar kepada Gereja Penyatuan,[70][75] di mana beliau menjadi ahli gereja itu,[76][77][78] yang menyebabkan Yamagami menyimpan dendam terhadap kumpulan itu.[79][80] Yamagami meneliti kaitan gereja itu dengan Abe beberapa sebelum serangan itu, percaya bekas perdana menteri itu menyebarkan pengaruh gereja itu di Jepun.[81]

Naratif Yamagami tentang ibunya menjadi ahli Gereja Penyatuan telah disahkan oleh Tomihiro Tanaka, pengerusi gereja cawangan Tokyo, semasa sidang akhbar pada 11 Julai.[75][82] Tanaka enggan mendedahkan jumlah keseluruhan derma yang disumbangkan oleh ibu Yamagami sejak kemasukannya pada tahun 1998.[75][83] Tanaka juga meremehkan dakwaan hubungan rapat antara organisasi itu dan Abe, dengan menyatakan bahawa bekas perdana menteri itu, bukannya ahli berdaftar atau penasihat gereja itu, tetapi beliau hanya menyampaikan ucapan untuk "entiti mesra" mereka.[84][85]

Perancangan sunting

Yamagami menyatakan bahawa rancangan awalnya adalah untuk membunuh seorang pegawai tinggi Gereja Penyatuan, tetapi beliau kemudian memutuskan untuk menyasarkan Abe.[86][87][88] Beliau terus mengintai Abe di pelbagai lokasi semasa beliau merancang serangannya dalam tempoh beberapa bulan. Sehari sebelum pembunuhan itu, Yamagami menghadiri perhimpunan LDP di Wilayah Okayama dengan niat untuk membunuh Abe di sana; beliau terpaksa berundur kerana protokol kemasukan.[89] Selepas jadual Abe ditukar untuk membolehkannya melawat Bandar Nara pada 8 Julai, Yamagami menjejaki pergerakannya melalui laman web Abe.[90][91][92]

Kediaman Yamagami adalah lima minit berjalan kaki dari Stesen Shin-Ōmiya, hentian ke barat seterusnya di laluan Nara ialah Stesen Yamato-Saidaiji di mana pembunuhan dilakukan.

Yamagami memberitahu polis bahawa beliau telah menguji pistol buatannya di sebuah kemudahan yang dikaitkan dengan Gereja Penyatuan sehari sebelum pembunuhan.[93][94][95]

Persediaan senjata sunting

Yamagami didakwa membina senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.[96][97] Polis menemui senjata api buatan sendiri yang serupa dengan senjata itu, serta kemungkinan bahan letupan, semasa menggeledah rumahnya berikutan penahanannya.[98][72][99] Senjata-senjata itu kemudiannya dirampas sebagai bahan bukti dan diambil oleh pegawai pemusnah bom selepas penduduk berhampiran dipindahkan.[100][101][102] Yamagami menyatakan bahawa beliau menguji senjata api buatannya dengan menembaknya pada beberapa papan kayu dengan dulang bersalut aluminium untuk menyimpan serbuk mesiu kering, yang kemudiannya ditemui dari kenderaannya.[103][104] Laman web tentang pembuatan bom dan pembuatan senjata ditemui dalam sejarah penyemakan imbas (browsing history) Yamagami.[105] Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau pada mulanya berniat untuk melakukan pembunuhan itu menggunakan bahan letupan.[89]

Maklumat palsu sunting

Beberapa saluran media salah mengenal pasti pembangun permainan video, Hideo Kojima, sebagai pembunuh Abe.[106][107][108][109][110] Salah lapor itu didakwa berpunca daripada jenaka di papan mesej dalam talian 4chan dan Twitter yang dianggap sebagai fakta dan kemudiannya diterbitkan oleh ahli politik sayap kanan Perancis Damien Rieu [fr],[111][112] saluran berita Greek ANT1, dan laman web Iran Mashregh News.[106][113] ANT1 juga melaporkan bahawa suspek "bersemangat tentang Che Guevara".[114] ANT1 memuat naik siaran itu ke akaun YouTubenya, tetapi kemudian mengalih keluarnya. Rieu menurunkan ciapan asal dan memohon maaf.[115][116][111] Syarikat Kojima, Kojima Productions, mengecam laporan palsu itu dan mempertimbangkan agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka yang mengekalkan khabar angin itu.[117][106][110]

Ancaman copycat sunting

Tiga puluh minit selepas tembakan itu, terdapat panggilan mengancam yang memberi amaran serangan ke pejabat Matsuyama, yang Abe pada mulanya dijadualkan untuk menyampaikan ucapan.[118]

Beberapa jam selepas penembakan, ancaman pembunuhan dalam talian dibuat di Singapura dan Republik China (Taiwan) terhadap pemimpin masing-masing, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Presiden Republik China Tsai Ing-wen. Di Singapura, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya oleh Bahagian Polis Pusat selepas laporan dibuat mengenai komennya terhadap Lee di laman Facebook CNA yang telah menyiarkan mengenai penembakan Abe.[119] Di Taiwan, ancaman itu datang dari seorang lelaki berusia 22 tahun di Tainan. Beliau ditangkap di rumahnya di Daerah Yongkang, dibawa ke balai polis tempatan, dan kemudian dipindahkan ke Pejabat Pendakwa Daerah Tainan.[120]

Reaksi sunting

Domestik sunting

 
Hospital Universiti Perubatan Nara, tempat Abe disahkan meninggal dunia

Penyandang perdana menteri Jepun Fumio Kishida menganggap pembunuhan itu sebagai "perbuatan yang tidak boleh dimaafkan" dan "perbuatan biadab seorang pengecut".[121][122] Menyedari bahawa Abe ditembak ketika sedang menyampaikan ucapan kempen untuk anggota Dewan Kaunselor Kei Satō, Kishida juga mengecam pembunuhan itu sebagai serangan terhadap demokrasi Jepun dan berikrar untuk mempertahankan "pilihan raya bebas dan adil dengan segala cara".[123]

Sebelum kematian Abe diumumkan, Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, menyatakan bahawa "walau apa pun alasannya, perbuatan keji itu sama sekali tidak boleh dimaafkan. Ia adalah penghinaan terhadap demokrasi."[124] Dalam catatan di Twitter, Kazuo Shii, pengerusi Parti Komunis Jepun, menyebut pembunuhan itu "biadab" dan menyebutnya sebagai serangan terhadap kebebasan bersuara dan tindakan keganasan.[125]

Antarabangsa sunting

Sebagai tindak balas kepada penembakan dan kematian Abe seterusnya, wakil-wakil dari pelbagai negara, termasuk pemimpin-pemimpin dunia, mengucapkan takziah.[126][127]

Catatan sunting

  1. ^ a b Walaupun banyak sumber melaporkan senjata itu sebagai senapang patah,[17] Jabatan Polis Wilayah Nara melaporkan bahawa senjata itu adalah pistol.[18][19]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Kim, Chang-Ran (8 Julai 2022). "Shinzo Abe shot while making election speech in Japan". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  2. ^ a b "Man taken into custody after former Japanese PM Abe Shinzo collapses". NHK World. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  3. ^ "Former Japanese PM Abe Shinzo showing no vital signs after apparently being shot". NHK World (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  4. ^ "Former Japanese PM Shinzo Abe shot dead". CNN. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  5. ^ "安倍氏は午後5時3分に死亡確認" [Mr. Abe confirmed dead at 5:03pm] (dalam bahasa Jepun). Kyodo News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  6. ^ "Reactions to Shinzo Abe shooting". Reuters. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  7. ^ "Prime Minister Abe sent congratulatory telegrams to Unification Church". www.japan-press.co.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2022. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  8. ^ "Ex-PM Abe sends message of support to Moonies-related NGO". www.japan-press.co.jp. 18 September 2021. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  9. ^ a b 安倍元首相が松山氏の応援取りやめ 参院選長野県区 女性問題など週刊誌報道受け [Bekas Perdana Menteri Shinzo Abe menangguhkan sokongan untuk calon Dewan Kaunselor daerah Nagano Matsuyama kerana skandal seksual/wanita, setiap laporan berita mingguan]. 信濃毎日新聞 (dalam bahasa Jepun). 2022-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  10. ^ 参院選 自民党・松山三四六候補が不倫の末、中絶同意書に偽名で署名していた [Calon LDP Dewan Kaunselor Sanshirou Matsuyama mempunyai hubungan sulit, menandatangani surat kebenaran untuk pengguguran dengan nama palsu]. 文春オンライン (dalam bahasa Jepun). 2022-07-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-07.
  11. ^ 自民ものまねタレントに「900万円踏み倒し」の過去 法廷で偽証を求められた知人が告発 [Penyamar LDP dituduh meminta keterangan palsu daripada seorang kenalan dalam kes hutang 9 juta yen sebelum ini]. デイリー新潮 (dalam bahasa Jepun). 2022-07-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-07.
  12. ^ 自民党奈良県連「脅しみたいのはこれまでなかった」 [Bab Wilayah Nara LDP: "Ancaman jelas sehingga kini tiada lagi"]. FNNプライムオンライン (dalam bahasa Jepun). 2022-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  13. ^ a b 安倍元首相の奈良入り「一般への周知はしていない」 自民県連が会見 [Wawancara Bab Wilayah LDP: Jadual Nara bekas Perdana Menteri Abe tidak diketahui secara umum]. 朝日新聞デジタル (dalam bahasa Jepun). 2022-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  14. ^ a b 自民奈良県連が会見 "演説7日急きょ決定 開始直後に発砲" [Wawancara Bab Wilayah LDP Nara: Ucapan pada 7hb diputuskan secara tiba-tiba, tembakan serta-merta selepas dimulakan]. NHK NEWS WEB (dalam bahasa Jepun). 2022-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  15. ^ Sugiyama, Satoshi (8 Julai 2022). "Before fatal shooting, Japan's Abe was up close with the crowd". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  16. ^ "安倍元首相、銃撃の詳細判明 最初の発砲に振り向き、2度目で倒れる". 産経ニュース (dalam bahasa Jepun). 産経新聞. 2022-07-08. Dicapai pada 2022-07-11.
  17. ^ a b "Shooting of Japan's Ex-Leader Shocks Nation Where Guns Are Rare". Bloomberg News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  18. ^ "Japanese police say former prime minister shot with pistol, weapon may have been made by shooter". Sora News 24 (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  19. ^ Teh, Cheryl. "The man arrested over the shooting of former Japanese PM Shinzo Abe told police he was 'dissatisfied' with Abe: report". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  20. ^ a b Ismay, John; Chivers, C. J. (2022-07-08). "An improvised firearm was used to assassinate Abe". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  21. ^ "Japan ex-leader Shinzo Abe apparently shot, in heart failure". Associated Press. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  22. ^ "Shinzo Abe, former Japan prime minister, shot during speech – report". The Guardian. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  23. ^ "Shinzo Abe: Japan ex-leader assassinated while giving speech". BBC. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  24. ^ Sang-Hun, Choe (2022-07-08). "Shinzo Abe of Japan Dies After Being Shot During Speech". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  25. ^ Hayes, Andy. "Former Japanese prime minister Shinzo Abe shot while giving speech" (dalam bahasa Inggeris). Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  26. ^ a b Nakamaru, Ryotaro (7 Julai 2022). "Former Japan PM Abe Unconscious After Shooting; Man in Custody". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  27. ^ "Shinzo Abe shot: former Japan prime minister in critical condition, says PM Kishida – live updates". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  28. ^ "安倍氏は午後5時3分に死亡確認" [Mr. Abe confirmed dead at 5:03pm] (dalam bahasa Jepun). Kyodo News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  29. ^ "Shinzo Abe: Japan's ex-leader dies after being shot – local media". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  30. ^ 安倍晋三元首相死亡 奈良県で演説中に銃で撃たれる [Former Prime Minister Shinzo Abe dead, shot while giving a speech in Nara Prefecture]. 日本放送協会 [NHK] (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  31. ^ "Shinzo Abe: Former Japanese prime minister dies after being shot while giving speech" (dalam bahasa Inggeris). Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  32. ^ Rich, Motoko (2022-07-08). "Abe received over 100 units of blood in transfusions over four hours as he hemorrhaged from a wound in the heart, said Hidetada Fukushima, the professor in charge of emergency medicine at Nara Medical University Hospital". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  33. ^ Landers, Peter. "Shinzo Abe Shooting Recalls Japan's Prewar History of Political Violence". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  34. ^ Brooke, James (2002-10-26). "Anticorruption Lawmaker Slain in Japan; Rightist Detained". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2018. Dicapai pada 2022-07-08.
  35. ^ "Japan mayor dies in suspected gangster shooting". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2007-04-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  36. ^ Rich, Motoko; Dooley, Ben (8 Julai 2022). "Suspect Is in Custody After Shinzo Abe Is Wounded". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  37. ^ "8日の岸田首相の動静" [PM Kishida's movement on 8th] (dalam bahasa Jepun). Nikkei. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  38. ^ 東京に戻るよう閣僚に指示と官房長官 [Directed ministers to come back to Tokyo – Chief Cabinet Secretary] (dalam bahasa Jepun). Kyodo News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  39. ^ "Japan PM Kishida orders tightened security for top politicians". NHK World-Japan. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  40. ^ "【速報】昭恵夫人は京都から奈良へ移動" [[Breaking news] Mrs. Akie moves from Kyoto to Nara]. news.tv-asahi.co.jp (dalam bahasa Jepun). 9 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  41. ^ "Party heads back on the campaign trail day after Abe killed". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 9 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  42. ^ McCurry, Justin (2022-07-09). "Shinzo Abe's body arrives in Tokyo as election campaign resumes in shadow of killing". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-09.
  43. ^ 民放各局が報道特番 ドラマ、バラエティー延期 安倍氏銃撃受け [Commercial TV broadcasters had special news reports, postponed dramas & variety programs. Due to Mr. Abe's shooting]. Mainichi Shimbun (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  44. ^ #ひるおび、#ゴゴスマ、#Nスタ の電波ジャックは中止となりました。 Diarkibkan 8 Julai 2022 di Wayback Machine @ishihane_tbs on Twitter
  45. ^ [1] Diarkibkan 8 Julai 2022 di Wayback Machine @ishihane_tbs on Twitter
  46. ^ Japanese Media Ditch Schedules to Focus on Shinzo Abe Shooting Diarkibkan 8 Julai 2022 di Wayback Machine Variety (majalah)
  47. ^ Teppen—!!!!!!!!!!!!!!! Laughing 'til you Cry Anime Cancels Airing of 2nd Episode Diarkibkan 8 Julai 2022 di Wayback Machine Anime News Network
  48. ^ Teppen!!! Comedy Anime Will Not Air 2nd Episode Diarkibkan 8 Julai 2022 di Wayback Machine AniTrendz
  49. ^ 【速報】菅前首相が病院に 搬送の病院前から中継 [[Breaking news] Former Prime Minister Suga relays to the hospital from the front of the hospital]. FNNプライムオンライン (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022.
  50. ^ 病院に入る松野官房長官 [Secretary of State Matsuno entering the hospital]. jiji.com (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022.
  51. ^ 安倍昭恵夫人、後部座席で前を見据え頭を下げる 前後に関係車両5台、稲田朋美元防衛相らの姿も [Mrs. Akie Abe looks forward in the back seat and lowers her head. Five related vehicles and former defense minister Tomomi Inada are also seen before and after.]. 日刊スポーツ (dalam bahasa Jepun). 9 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  52. ^ 安倍元首相、無言の帰宅 銃撃死から一夜、各党遊説再開 [Former Prime Minister Abe returns home silently.]. jiji.com (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022.
  53. ^ 安倍元首相、無言の帰宅 岸田首相、森・小泉氏ら弔問 [Former Prime Minister Abe, silent return home Prime Minister Kishida, condolences by Mr. Mori and Koizumi]. 時事ドットコム (dalam bahasa Jepun). 時事通信社. 9 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  54. ^ Rich, Motoko (8 Julai 2022). "A 41-year-old man is in custody, accused of shooting Mr. Abe". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  55. ^ "Former Prime Minister Shinzo Abe unconscious after being shot in Nara". The Japan Times. Kyodo News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  56. ^ 日本放送協会. 安倍元首相銃撃 41歳男"殺そうと思って狙った"【速報中】 | NHK [Bekas Perdana Menteri Abe Shooter, lelaki berusia 41 tahun, "Saya berhasrat untuk membunuhnya."]. NHKニュース (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  57. ^ 【速報】山上徹也容疑者は元海上自衛隊員 安倍首相、心肺停止 [[Berita tergempar] Tetsuya Yamagami ialah bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri Maritim Perdana Menteri Abe, penangkapan kardiopulmonari]. FNN (dalam bahasa Jepun). Fuji News Network. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  58. ^ 【速報】41歳の山上徹也容疑者を殺人未遂で逮捕 犯罪歴確認なし [[Berita tergempar] Tetsuya Yamagami berusia 41 tahun ditahan kerana cubaan membunuh, tiada sejarah jenayah disahkan]. FNNプライムオンライン. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  59. ^ Japanese people say their final goodbyes to former leader Shinzo Abe at his funeral NPR
  60. ^ 安倍元首相を殺害した山上容疑者の「素顔」 近隣住民「非常におとなしかった」 – スポニチ Sponichi Annex 社会. スポニチ Sponichi Annex (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  61. ^ a b 銃撃容疑者 自衛官時代に、小銃組み立てや射撃訓練を受けた可能性. 毎日新聞 (Mainchi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  62. ^ 安倍元首相銃撃の容疑者 高校時代は応援団所属、おとなしい性格. 毎日新聞 (Mainchi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  63. ^ 海自に3年、射撃経験も 同級生「寡黙な印象」―安倍氏銃撃で逮捕の山上容疑者:時事ドットコム. 時事ドットコム (JIJI PRESS) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-09.
  64. ^ a b c "Abe murder suspect quit most recent job after he felt 'tired'". The Japan Times. Kyodo News. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  65. ^ a b 海自護衛艦で勤務 逮捕の山上容疑者と同一人物か. 産経ニュース (Sankei Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  66. ^ 安倍元首相銃撃の男、海自呉基地で勤務 | 共同通信. 共同通信 (Kyodo News) (dalam bahasa Jepun). 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  67. ^ 部屋から「ギコギコ」と異音、職場では「お前がやれや」とトラブル…安倍氏銃撃の容疑者 [A strange noise from the room, "You're gonna do it" at work ... Mr. Abe suspected of shooting]. 読売新聞オンライン (Yomiuri Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 9 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  68. ^ a b 「夜にギコギコという音が聞こえた」 銃撃事件容疑者の隣室の男性:朝日新聞デジタル. 朝日新聞デジタル (Asahi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  69. ^ NEWS, KYODO. "Former Japan PM Abe dies after being shot during election speech". Kyodo News+. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  70. ^ a b 父は急死、母は宗教団体へ多額の金 安倍氏銃撃容疑者の生い立ち:朝日新聞デジタル [Father died suddenly, mother went to a religious group A large amount of money Mr. Abe's background of the shooting suspect]. 朝日新聞デジタル (Asahi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 9 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  71. ^ "Police: Suspect 'intended to kill' former PM Abe". NHK. NHK. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  72. ^ a b "Shinzo Abe: Explosives found at shooting suspect's home – reports". BBC news. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  73. ^ 安倍元首相、銃撃され死亡 67歳、選挙応援演説中―元海自隊員の41歳男逮捕、「特定の団体に恨み」・奈良:時事ドットコム. 時事ドットコム (JIJI PRESS) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-09.
  74. ^ 安倍元首相銃撃で山上容疑者「ある特定の宗教団体に恨み」 [Former Prime Minister Abe shoots Yamagami "grudge against a specific religious group"]. FNNプライムオンライン (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  75. ^ a b c "「山上容疑者の母は会員」「献金額たどれず」 旧統一教会が会見:朝日新聞デジタル". 朝日新聞デジタル (Asahi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2022-07-11.
  76. ^ 【独自】安倍元首相を撃った山上徹也が供述した、宗教団体「統一教会」の名前(現代ビジネス編集部). 現代ビジネス (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 2022-07-09. 山上容疑者は「自分の母親が統一教会の信者で、安倍晋三が統一教会と親しいと知って狙った」と供述している。 [Yamagami stated that he "targeted Shinzo Abe after learning that his mother was a member of the Unification Church, and that Shinzo Abe had ties with the Unification Church".]
  77. ^ 安倍元首相銃撃の山上容疑者 優等生バスケ少年を変えた"統一教会で家庭崩壊"…事件前には近隣トラブルで絶叫【原点写真入手】 [Former Prime Minister Abe's shooting Yamagami suspected "House collapse at the unified church" that changed the honor student basketball boy… Screaming due to neighborhood trouble before the incident [Origin photo obtained]]. Yahoo! News Japan (dalam bahasa Jepun). 10 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022. しかしその日は、『自分の家族が統一教会に関わっていて、霊感商法トラブルでバラバラになってしまった...』と語りはじめたのです。山上さんは続けて、『統一教会は、安倍と関わりが深い。だから、警察も捜査ができないんだ』 [On that day, he said, "My family was involved with the Unification Church…" Yamagami continued, "The Unification Church is deeply involved with Abe, and that's why the police can't investigate".]
  78. ^ Lutaud, Bénédicte (July 9, 2022). "Assassinat de Shinzo Abe : que sait-on de l'homme qui a tiré sur l'ancien premier ministre japonais ?". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022. Plus tard, des médias locaux ont toutefois évoqué le nom de «l'Église de l'Unification», plus connue en Occident sous l'appellation de la secte Moon. [Later, however, local media referred to the name of the "Unification Church", better known in the West as the Moon sect.]
  79. ^ 銃撃容疑者「母親が宗教にのめり込み破産」 安倍氏に一方的恨みか [Shooting suspect "Mother is absorbed in religion and goes bankrupt" Is it a one-sided grudge against Mr. Abe?]. Mainichi shimbun (dalam bahasa Jepun). 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  80. ^ 当初の狙いは宗教団体の幹部襲撃か「母親がのめり込み恨みがあった」 安倍元首相銃撃事件の容疑者が供述 [The original aim was to attack an executive of a religious group or "the mother had a grudge against her."]. Yomiuri shimbun (dalam bahasa Jepun). 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  81. ^ "【速報】"特定の宗教団体"は母親と関係 「のめり込み破産」新たな供述" [[Breaking news] "Specific religious group" has a relationship with mother "Devotion bankruptcy" new statement]. FNNプライムオンライン. 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  82. ^ Johnson, Jesse; Otake, Tomoko (11 July 2022). "Unification Church says Abe shooting suspect's mother is follower". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 11 July 2022.
  83. ^ 日本放送協会. "安倍元首相銃撃事件 宗教団体代表"容疑者は団体に在籍せず"" [Former Prime Minister Abe shooting case Religious group representative "Suspect is not enrolled in the group"]. NHK NEWS WEB. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 11 July 2022.
  84. ^ 【速報】「安倍元総理は当団体の顧問になったことはない」安倍元総理が銃撃され死亡 容疑者の母親が信者の宗教団体「世界平和統一家庭連合」が会見「献金問題は捜査中で言及は避ける」(MBSニュース). Yahoo!ニュース (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  85. ^ 宗教団体が会見「団体への恨みから殺害に至るまで距離があって困惑」 信者の容疑者母親の献金について「たどり切れていない」 [Religious group interviews "I'm confused because there is a distance from the grudge against the group to the murder."]. Yahoo!ニュース (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 11 July 2022.
  86. ^ "Suspected Abe assassin cited religious group grudge as reason". The Asahi Shimbun. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 2022-07-09.
  87. ^ 宗教団体トップの襲撃難航「狙いを安倍氏に切り替えた」 銃撃容疑者 [Attack on the top of a religious group Difficult to attack "I switched my aim to Mr. Abe"]. 毎日新聞 (Mainchi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  88. ^ 共同通信 (9 July 2022). "当初狙いは宗教団体幹部だったと元海自隊員" [A former member of the Sea Self-Defense Force said that the initial aim was to be an executive of a religious organization.]. 共同通信 (Kyodo News) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  89. ^ a b Regan, Helen; Jozuka, Emiko; Maruyama, Mayumi (10 July 2022). "What we know about the man suspected of shooting Shinzo Abe". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022.
  90. ^ "山上容疑者、岡山の演説会場も訪れていた「とにかく殺そうとつけ回していた」" [Yamagami also visited the speech venue in Okayama. "Stalking him to kill"]. Yomiuri Shimbun (dalam bahasa Jepun). 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  91. ^ "容疑者、事件前日は安倍氏の遊説先・岡山に滞在 銃撃の機会探ったか" [Suspect stayed in Okayama, Abe's destination the day before the incident Did you look for a shooting opportunity?]. 毎日新聞 (Mainchi Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  92. ^ 銃撃の容疑者「安倍氏、特定団体につながりと思い込み」 [Suspected shooting "Mr. Abe, believing that he is connected to a specific group"]. 日本経済新聞 (Nikkei) (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  93. ^ "「前日、宗教団体施設に向けて撃った」 容疑者、動作や威力確認か" ["The day before, I shot at a religious group facility." Suspect, action and power confirmation]. 朝日新聞デジタル (dalam bahasa Jepun). 11 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2022. Dicapai pada 11 July 2022.
  94. ^ INC., SANKEI DIGITAL (2022-07-10). "<独自>「前日の朝、宗教団体の施設撃った」 襲撃向け試射か". 産経ニュース (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  95. ^ "Abe killer tested homemade gun at religious group's facility: sources". Mainichi Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  96. ^ 山上容疑者「数か月前から事件を計画していた」 [Former Prime Minister Abe, shot dead 67 years old, in an election support speech-A 41-year-old man of a former sea self-member was arrested, "a grudge against a specific group" Nara: Current affairs dot com]. 日テレNEWS (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  97. ^ 【独自】山上容疑者「殺すため銃を作った」、宗教団体の名前挙げ不満も…安倍元首相銃撃 [[Original] Yamagami suspect "I made a gun to kill", complaining about the name of a religious group ... Former Prime Minister Abe shooting]. 読売新聞オンライン (Yomiuri Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 9 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  98. ^ 容疑者の元海上自衛隊員 供述は 安倍元首相 演説中に銃撃 [The suspect's former Maritime Self-Defense Force confession was shot during a speech by former Prime Minister Abe.]. FNNプライムオンライン (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  99. ^ 容疑者宅から手製の銃のようなもの数丁押収 [Seized several handmade guns from the suspect's house]. 共同通信 (Kyodo News) (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  100. ^ 再び爆発物の可能性 容疑者宅周辺で避難呼びかけ 奈良県警 [Possibility of explosives again Call for evacuation around the suspect's house Nara Prefectural Police]. 産経新聞 (Sankei Shimbun) (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  101. ^ INC, SANKEI DIGITAL (8 July 2022). 山上徹也容疑者の自宅マンションから不審物を運び出す奈良県警の警察官=8日午後6時32分、奈良市(沢野貴信撮影) [Nara Prefectural Police officer carrying out a suspicious object from the suspect's home apartment = 6:32 pm on the 8th, Nara City (photographed by Takanobu Sawano)]. 産経ニュース (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  102. ^ Ueno, Hisako (2022-07-08). "Shinzo Abe Shot: Update from Hisako Ueno". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  103. ^ "Abe killer tested homemade gun at religious group's facility: sources". Mainichi Daily News (dalam bahasa Inggeris). 10 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2022. Dicapai pada 11 July 2022.
  104. ^ "Abe shooting suspect claims to have test-fired guns ahead of attack". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  105. ^ 【速報】自作の銃について「銃1丁には3本の筒、1本の筒には6発の弾」「複数作った」と説明 山上容疑者 [[Breaking news] About the self-made gun "3 cylinders in 1 gun, 6 bullets in 1 cylinder" "I made multiple" Yamagami suspect]. FNNプライムオンライン (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 8 July 2022.
  106. ^ a b c Bankhurst, Adam (9 July 2022). "Kojima Productions Threatens Legal Action Against Those Who Claim Hideo Kojima Was Linked to Shinzo Abe Assassination". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  107. ^ Khan, Zarmena (8 July 2022). "Shinzo Abe Assassin Misidentified as Hideo Kojima by Politicians and Media". PlayStation LifeStyle. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  108. ^ Zwiezen, Zack (8 July 2022). "Hideo Kojima Misidentified As Shinzo Abe Assassin By News Channel, Politicians". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  109. ^ "Hideo Kojima Misidentified as Shinzo Abe Assassin by News Channel, Politicians: Latest Tweet by Kotaku". LatestLY. 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  110. ^ a b "Shinzo Abe killing: Hideo Kojima threatens to sue over false posts". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-07-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  111. ^ a b Saint-André, Elsa de La Roche. "Damien Rieu a-t-il publié des photos d'un créateur de jeux vidéo «d'extrême gauche» en l'accusant d'être l'assassin de Shinzo Abe?". Libération (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  112. ^ "Assassinat de Shinzo Abe : Damien Rieu attaqué en justice pour diffusion de fausses informations ?". TF1 INFO (dalam bahasa Perancis). 2022-07-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2022. Dicapai pada 2022-07-11.
  113. ^ Gault, Matthew (8 July 2022). "News Outlets Mistakenly Identify Abe Assassin as Hideo Kojima". Vice. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022.
  114. ^ Michaels, Stephen (8 July 2022). "The Awful Reason Hideo Kojima Is Trending". SVG. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022.
  115. ^ Loveridge, Lynzee (9 July 2022). "Hideo Kojma's Kojima Production Company Condemns 'Fake News'". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022.
  116. ^ Loveridge, Lynzee (9 July 2022). "French Politician Damien Rieu Apologizes For Falsely Identifying Hideo Kojima as Shinzo Abe's Killer". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2022. Dicapai pada 10 July 2022.
  117. ^ Kojima Productions (Eng) [@KojiPro2015_EN] (2022-07-09). "#KojimaProductions strongly condemns the spread of fake news and rumors that convey false information. We do not tolerate such libel and will consider taking legal action in some cases" (Twit). Dicapai pada 2022-07-09 – melalui Twitter.
  118. ^ "「次はおまえだ」長野自民候補に脅迫電話か 安倍氏銃撃30分後" ["Seterusnya ialah anda" - Panggilan mengancam kepada calon Demokrat Liberal Nagano 30 minit selepas penembakan Abe]. 毎日新聞 (dalam bahasa Jepun). 8 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  119. ^ "Man arrested after threatening PM Lee on Facebook following shooting of former Japan PM Shinzo Abe" [Lelaki ditahan selepas mengugut PM Lee di Facebook berikutan penembakan bekas PM Jepun Shinzo Abe]. CNA (dalam bahasa Inggeris). 10 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  120. ^ Chang, Jung-hsiang; Lin, Ko (9 July 2022). "Tainan man arrested for making death threats against President Tsai" [Lelaki Tainan ditahan kerana membuat ugutan bunuh terhadap Presiden Tsai]. Focus Taiwan. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  121. ^ Ng, Eileen (8 Julai 2022). "Assassination of Japan's Shinzo Abe stuns world leaders". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  122. ^ Inoue, Makiko (2022-07-08). "Fumio Kishida, Japan's prime minister, said: "An act of cowardly barbarism has stolen Prime Minister Abe's life. It is absolutely unallowable, and I once again condemn it with the strongest words."". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  123. ^ Sugiyama, Satoshi; Kim, Chang-Ran (2022-07-08). "Shinzo Abe's assassin used a handmade firearm". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  124. ^ Lies, Elaine (2022-07-08). "In mostly gun-free nation, Japanese stunned by Abe killing". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  125. ^ Shii, Kazuo [@shiikazuo] (8 Julai 2022). "(神戸で記者団に)安倍晋三元首相への襲撃は、自由な言論をテロで封殺しようという許し難い蛮行であり、強い憤りをもって抗議する。 安倍さんのご回復を強く願ってやみません。" (Twit) (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022 – melalui Twitter.
  126. ^ Watsom, Kathryn (8 Julai 2022). "World leaders mourn assassination of "friend" Shinzo Abe". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  127. ^ De Guzman, Chad (8 Julai 2022). "How the World Is Reacting to Shinzo Abe's Death". Time (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  128. ^ "Reactions to Shinzo Abe shooting". Reuters. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  129. ^ "'True friend to Australia': Australian landmarks lit up to honour Shinzo Abe as Quad nations vow to continue legacy". SBS News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-09.
  130. ^ "Former Japanese PM dies after being shot during speech". The New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  131. ^ "PM statement on death of Shinzo Abe, former PM of Japan". The Beehive (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-08.
  132. ^ Safeek Affendy Razali (8 Julai 2022). "Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Shinzo Abe". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2022. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  133. ^ "Ismail Sabri tandatangan buku takziah penghormatan Shinzo Abe". Berita Harian. 13 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2022. Dicapai pada 17 Julai 2022.
  134. ^ "A Proclamation on the Death Of Abe Shinzo" (Siaran akhbar). White House. 8 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  135. ^ Shear, Michael (8 Julai 2022). "President Biden ordered on Friday that United States flags at federal facilities around the world be flown at half-staff for three days in honor of Shinzo Abe". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  136. ^ staff, By Star-Advertiser; Today; a.m, Updated 12:48 (2022-07-09). "Gov. David Ige orders flags at half-staff in honor of former Japanese Prime Minister Shinzo Abe". Honolulu Star-Advertiser (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2022. Dicapai pada 2022-07-09.