Pembunuhan beramai-ramai Masjid Kattnakudy

Pembunuhan beramai-ramai Masjid Kattankudi merupakan pembunuhan lebih 147 umat Islam lelaki dan remaja lelaki dalam masjid di Kattankudi oleh kader-kader yang dilatih Harimau Pembebasan Tamil Eelam pada 4 Ogos 1990. Sekitar 30 pemberontak Tamil menyerbu empat masjid serentak di bandar Kattankudi, di mana lebih 300 orang sedang sujud ketika solat Isyak. Serangan ini dianggap berpunca daripada LTTE tetapi dinafikan itu berpunca daripada mereka.

Pembunuhan Masjid Kattnakudy
Fail:Kattandakudi massacre1.jpg
Mayat mangsa terbaring di merata kawasan masjid berjam-jam selepas pembunuhan
LokasiKattankudi, Batticaloa, Sri Lanka
Tarikh4 Ogos 1990
7.30 PM (+6 GMT)
SasaranJemaah Muslim
Jenis serangan
Pembunuhan beramai-ramai bersenjata
SenjataSenapang automatik, bom tangan
Kematian147
PelakuHarimau Pembebasan Tamil Eelam
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sri Lankan Conflict

Background
Sri LankaHistory of Sri Lanka
Origins of the Civil War
Origins of the Civil War
Sri Lankan Tamil nationalism
Sinhalese Buddhist nationalism
Riots and pogromsBlack July
Main Phases
Eelam War I
Indian intervention
Eelam War IIEelam War III
Eelam War IV
LTTE
LTTEBlack TigersAttacks
Expulsion of Muslims
Military of Sri Lanka
Military of Sri LankaAttacks
Current major figures
M.Rajapaksa
V.Prabhakaran
Karuna
S.Chandrakanthan
G.Rajapaksa
Sarath Fonseka
Indian Involvement
Operation Poomalai
Indo-Sri Lanka Accord
Indian Peace Keeping Force
Operation Pawan
Rajiv GandhiRAW
See also
Battles
Human rightsChild soldiers
Allegations of state terror
Notable assassinations
Disappearances
Tamil militant groups
EPDPEPRLFEROS
PLOTETELOTMVP

Latar belakang sunting

Harimau Pembebasan Tamil Eelam merupakan pertubuhan pemberontak yang militan yang berjuang di utara Sri Lanka semenjak 1975 dengan tujuan mewujudkan sebuah negara berasingan di Utara dan Timur negara itu. Selepas konflik berpanjang semenjak 1980, rundingan damai bermula pada 1989 bagi mencari penyelesaian tetapi menemui jalan buntu. Selama 13 bulan LTTE setuju gencatan senjata. Pada 11 Jun, LTTE menyerang kerajaan dengan mensasarkan balai-balai polis. Mereka mula menyerang kampung-kampung Islam, dan membakar kedai-kedai dan rumah-rumah mereka yang disyakki menyokong kerajaan. Pada 24 Julai kader-kader Harimau Tamil membunuh empat orang Islam dalam sebuah masjid di daerah Batticaloa. Pada 29 Julai, kader Harimau Tamil membunuh 10 orang yang sedang sembahyang di Samanthurai, 25 batu ke timur bandar Batticaloa


Pada Ogos 1990, mereka memberi amaran kepada penduduk Katthankudi yang ramai umat Islam, kira-kira 140 batu ke timur Colombo, ibu kota Sri Lanka. Amaran mengarahkan mereka mengosongkan bandar atau berhadapan dengan mati ditembak. 60,000 orang penduduk di Kattankudi, 90 % darinya adalah Islam.

Kejadian sunting

Pada 3 Ogos, sekitar 30 pemberontak Tamil bersenjata memasuki bandar Kattankudi. Sekitar 8.10 pm, mereka memasuki Meer Jumma, Husseinia, Majid-Jul-Noor dan Masjid Fowzie. Ketika itu ratusan umat Islam sedang solat Isyak. Kader-kader LTTE menyamar sebagai umat Islam bagi mengelakkan sebarang syak wasangka.

Sebagai orang Islam sedang sujud, pemberontak Tamil menembak dengan senjata automatik dan melemparkan bom-bom tangan. Kebanyakan mangsa ditembak di belakang atau di sisi. Pemberontak itu meninggalkan bukti-bukti seperti dilakukan oleh askar-askar Sri Lanka.

Laporan awal menyatakan jumlah kematian sekitar 100 orang tetapi meningkat kepada 147 orang. Seorang saksi mata bernama Mohammed Ibrahim, peniaga berumur 40 tahun memberitahu New York Times mereka ditembak selama 15 minit. Mohammed Arif (17) melihat pemberontak Tamil mengacu muncung senapang ke mulut seorang budak lelaki Islam.

Akibat sunting

Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa mengarahkan Tentera Udara Sri Lanka membawa mangsa ke hospital-hospital untuk rawatan segera. Sementara yang lain dibawa dengan feri ke hospital-hospital Tentera Sri Langka melancarkan operasi untuk mengesan dan menangkap pembunuh-pembunuh itu. Sebuah helikopter bertempur dengan dua bot yang dinaiki oleh pejuang LTTE dan mereka mati di Kattankudi. Mangsa di kalangan pejuang LTTE tidak dapat disahkan jumlahnya.

Semua mangsa itu telah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Meera Jumma dalam dalam satu lubang secara berbaris.

Lihat juga sunting