Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai

Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai berlaku pada awal pagi Ahad, 11 Mac 2012, apabila 16 orang awam terbunuh, termasuk sembilan orang kanak-kanak dan tiga orang wanita, dan lima orang lagi cedera di Wilayah Kandahar, Afghanistan, hinggakan ada mayat yang sudah rentung separa. Antara mangsa yang terkorban ialah sebelas ahli sekeluarga.

Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai
Lokasi Wilayah Kandahar, Afghanistan. Daerah Panjwai
menduduki kawasan barat tengah wilayah itu.
Map
LokasiDaerah Panjwai, Wilayah Kandahar, Afghanistan
Koordinat31°31′37″N 65°29′56″E / 31.527°N 65.499°E / 31.527; 65.499
Tarikh11 Mac 2012 (2012-03-11)
03:00 AFT (UTC+04:30)
Jenis serangan
Serbuan di tiga rumah, pembunuhan beramai-ramai
Kematian16 orang awam (9 daripadanya kanak-kanak)[1]
Tercedera5
PelakuRobert Bales Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seorang sarjan Tentera Darat Amerika Syarikat yang dipercayai bertindak keseorangan telah ditahan sebagai suspek utama. Tindakan itu dikecam oleh pihak berkuasa Afghan sebagai pembunuhan yang sengaja. Para pihak berkuasa Amerika dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) telah meminta maaf dan menjanjikan siasatan yang cepat dan menyeluruh. Laporan-laporan media menduga bahawa peristiwa ini boleh menjejaskan hubungan Afghanistan–Amerika Syarikat.

Rujukan sunting

  1. ^ "How it happened: Massacre in Kandahar". BBC news. Dicapai pada 13 Mac 2012.

Pautan luar sunting