Pembunuhan beramai-ramai di Port Arthur (China)

Pembunuhan beramai-ramai Port Arthur terjadi semasa Perang China-Jepun Pertama, selama dua atau tiga hari bermula 21 November 1894. Kejadian berlaku apabila pasukan-pasukan hadapan Divisyen Pertama Tentera Darat Jepun Kedua di bawah perintah Jeneral Yamaji Motoharu (1841–1897) membunuh lebih kurang 1,000 hingga 20,000 tentera dan orang awam China, dan meninggalkan hanya 36 orang untuk menanam mayat mereka yang terbunuh.[1] Kejadian berlaku di bandar pesisiran pantai Port Arthur (sekarang Lüshunkou). Walau bagaimanapun, kesahihan angka yang lebih besar (20,000) diragui kerana riwayat semasa peperangan menganggarkan bilangan penduduk Port Arthur hanya serama 6,000 orang (13,000 jika dikira tentera garison sekali).[2] Periwayatan terkemudian menganggarkan seramai 18,000 orang masing-masing pihak bertempur dalam konflik dan bilangan kematian pihak China dianggarkan seramai 1,500 orang.[3]

Gambaran akhbar Barat menunjukkan tentera Jepun mencacatkan mayat.

Rujukan sunting

  1. ^ p.330 Villiers, Frederic. The Truth About Port Arthur Cornell University Online Scans
  2. ^ Northrop, Henry Davenport. Flowery Kingdom and The Land of Mikado or China, Japan and Corea: Graphic Account of the War between China and Japan-Its Causes, Land and Naval Battles (1894)
  3. ^ Everett, Marshall. Exciting Experiences in the Japanese-Russian War. (1904).

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.