Pemburu Bayang

Filem aksi Malaysia 1993 arahan Datuk Yusof Haslam

Pemburu Bayang merupakan sebuah filem aksi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1993. Filem ini diarahkan oleh Yusof Haslam.

Pemburu Bayang
PengarahYusof Haslam
Penulis
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Ismail Mustapha (bersekutu)
M. H. Noor (bersekutu)
Dibintangi
SinematografiYusof Kelana
Disunting olehSallehan Shamsuddin
Muzik olehP.H Lim
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1993
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Pemburu Bayang mula ditayangkan pada 1993 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Awie, Ella, Shaharuddin Thamby, Erma Fatima dan ramai lagi.

Sinopsis sunting

Zamri ialah seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak dan isterinya. Malangnya, Zamri kini menjadi buruan sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon. Sementara itu, adik Zamri bernama Awie merupakan seorang penyanyi kumpulan rock popular dan tinggal bersama ayah mereka, pesara tentera bernama Ahmad. Awie mempunyai hubungan cinta dengan Ella yang juga seorang penyanyi rock. Namun begitu, kemunculan peminat setia Awie bernama Ruby telah meretakkan hubungan Awie dengan Ella. Apabila Awie dan Ruby ditangkap atas tuduhan berkhalwat, hubungan Awie dan Ella terus putus. Zamri pula terus diburu dan diugut oleh kumpulan haram tersebut hinggalah pada suatu hari, isteri Zamri dibunuh dengan kejam. Ayah Zamri begitu tertekan dengan tragedi yang menimpa keluarganya dan mengesyaki sesuatu rahsia di sebalik kejadian tersebut.

Pelakon sunting

Lagu sunting

  • Wings - Sejati
  • Wings - Rantai
  • Ella - Sembilu
  • CRK - Hulurkan Tangan Tanda Persahabatan

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Shaharuddin Thamby Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Erma Fatima Tercalon
Penata Bunyi Terbaik P.H Lim Tercalon

Rujukan sunting

Pautan luar sunting