Buka menu utama
Para pekerja menyeret plat keluli di darat dari kapal tersadai di Chittagong, Bangladesh

Peleraian kapal atau pemusnahan kapal ialah sejenis pelupusan kapal yang melibatkan penghancuran kapal untuk sumber barang, yang boleh dijual untuk diguna semula, atau untuk pengekstrakan bahan-bahan mentah, terutamanya sekerap. Ia juga dikenali sebagai penceraian kapal, pemecahan kapal, atau kitar semula kapal. Kapal-kapal moden mempunyai jangka hayat 25 hingga 30 tahun sebelum pengakisan, kelusuhan logam dan kekurangan komponen menjadikannya tidak ekonomik untuk dikendalikan.[1] Peleraian kapal membolehkan material dari kapal, terutamanya keluli, dikitar semula dan dijadikan produk baru. Ini menurunkan permintaan untuk melombong bijih besi dan mengurangkan penggunaan tenaga dalam proses pembuatan keluli. Peralatan atas kapal juga boleh digunakan semula. Apabila peleraian kapal adalah mampan, terdapat kebimbangan tentang penggunaan negara miskin tanpa undang-undang alam sekitar yang ketat. Ia juga dianggap salah satu industri paling merbahaya didunia dan sangat intensif buruh.[2]

Pada tahun 2012, kira-kira 1,250 buah kapal laut telah dileraikan, dan purata hayatnya ialah 26 tahun.[3][4] Pada tahun 2013, total kapal yang dimusnahkan seluruh dunia berjumlah 29,052,000 tan, 92% daripadanya telah dimusnahkan di Asia. India, Bangladesh, China dan Pakistan memiliki pasaran saham tertinggi dan merupakan pusat global peleraian kapal, dengan Limbungan Peleraian Kapal Chittagong di Bangladesh, Alang di India dan Gadani di Pakistan menjadi tapak perkuburan kapal terbesar di dunia.[5] Sumber-sumber utama kapal adalah negara China, Greece dan Jerman, walaupun terdapat variasi yang lebih besar dalam sumber pembawa berbanding pembuangan mereka.[6] Pusat peleraian kapal India, Bangladesh, China dan Pakistan menggaji 225,000 pekerja serta menyediakan sejumlah besar pekerjaan tidak langsung. Di Bangladesh, keluli kitar semula merangkumi 20% keperluan negara itu dan di India ia hampir 10%.[7]

Sebagai alternatif untuk peleraian kapal, kapal-kapal mungkin ditenggelamkan sendiri untuk mewujudkan terumbu karang buatan selepas pemindahan bahan-bahan merbahaya yang diamanahkan secara sah, atau tenggelam di perairan laut dalam. Penyimpanan adalah pilihan sementara, samada di darat atau di laut, walaupun semua kapal akhirnya akan di sekerap, tenggelam, atau dipelihara sebagai muzium.

RujukanSunting

  1. ^ "Life Cycle of a Ship | shippipedia". www.shippipedia.com. Dicapai 2 August 2015. 
  2. ^ Lord, Ross; Logan, Nick (12 September 2013). "Ship breaking: Newfoundland's legacy with one of the most hazardous jobs". globalnews.ca. Shaw Media Inc. Dicapai 4 August 2015. 
  3. ^ "NGO Shipbreaking Platform » Problems and Solutions". www.shipbreakingplatform.org. NGO Shipbreaking Platform. Dicapai 2 August 2015. 
  4. ^ "Technical guidelines for the environmentally sound management of the full and partial dismantling of ships" (PDF). Basel Convention series/SBC. ISSN 1020-8364. Dicapai 3 August 2015. 
  5. ^ Miroux, Anne (20 November 2014). "Review of Maritime Transport 2014" (PDF). unctad.org. United Nations Conference on trade and development. Dicapai 2 August 2015. 
  6. ^ Ashkar, Hisham H. (4 June 2015). "Shipbreaking in 2014 | GRID-Arendal – Maps & Graphics library". www.grida.no. GRID-Arendal. Dicapai 2 August 2015. 
  7. ^ Rekacewicz, Philippe (25 February 2012). "Shipbreaking in Asia | GRID-Arendal – Maps & Graphics library". www.grida.no. GRID-Arendal. Dicapai 2 August 2015. 

Bacaan lanjutSunting

  • Langewiesche, William (2004). The Outlaw Sea: Chaos and Crime on the World's Oceans. London: Granta Books. ISBN 0-86547-581-4.  Contains an extensive section on the shipbreaking industry in India and Bangladesh.
  • Buxton, Ian L. (1992). Metal Industries: shipbreaking at Rosyth and Charlestown. World Ship Society. m/s. 104. OCLC 28508051.  Ships scrapped include Mauretania and much of the German Fleet at Scapa Flow. Ships listed with owners and dates sold.
  • Buerk, Roland (2006). Breaking Ships: How supertankers and cargo ships are dismantled on the shores of Bangladesh. Chamberlain brothers. m/s. 192. ISBN 1-59609-036-7.  Breaking Ships follows the demise of the Asian Tiger, a ship destroyed at one of the twenty ship-breaking yards along the beaches of Chittagong. BBC Bangladesh correspondent Roland Buerk takes us through the process-from beaching the vessel to its final dissemination, from wealthy shipyard owners to poverty-stricken ship cutters, and from the economic benefits for Bangladesh to the pollution of its once pristine beaches and shorelines.
  • Bailey, Paul J. (2000). "Is there a decent way to break up ships?". Sectoral Activities Programme. International Labour Organization. Dicapai 29 May 2007. 
  • Rousmaniere, Peter (2007). "Shipbreaking in the Developing World: Problems and Prospects". International Journal of Occupational and Environmental Health.  Analysis of the economics of shipbreaking, the status of worldwide reform efforts, and occupational health and safety of shipbreaking including results of interviewing Alang shipbreakers.
  • Siddiquee, N.A. 2004. Impact of ship breaking on marine fish diversity of the Bay of Bengal.DFID SUFER Project, Dhaka, Bangladesh. 46 pp.
  • Siddiquee, N. A., Parween, S., and Quddus, M. M. A., Barua, P., 2009 ‘Heavy Metal Pollution in sediments at ship breaking area of Bangladesh ‘Asian Journal of Water, Environment and Pollution, 6 (3) : 7–12

Pautan luarSunting