Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

Pemerintah Tertinggi atau Supreme Commander (Melayu: Pemerintah Tertinggi, Jawi: ڤمرينته ترتيڠݢي) Angkatan Tentera Malaysia adalah jawatan kanan tertinggi dalam struktur pemerintahan angkatan bersenjata Malaysia. Jawatan ini bermula dari tahun 1957 susulan dari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Peranan, tugas dan kuasanya dikawal oleh Perlembagaan Malaysia dan Akta Angkatan Tentera Persekutuan.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
Bendera rasmi Pemerintah Tertinggi
Penyandang
Sultan Ibrahim
sejak 31 Januari 2024
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
StatusKetua Negara Malaysia
Bidang kuasaMalaysia Edit the value on Wikidata
InstitusiAngkatan Tentera Malaysia Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Negara
Tempoh jawatan5 tahun
Surat cara pembentukanPerkara 41, Perlembagaan Persekutuan
PeloporPanglima Angkatan Tentera Edit the value on Wikidata
Dibentuk1957
Pemegang pertamaTuanku Abdul Rahman
Pemegang akhirSultan Muhammad V
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fil Marsyal, Laksamana Armada dan Marsyal TUDM sunting

Pangkat tertinggi ini dikhususkan untuk Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertakhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera berhak memegang pangkat Fil Marsyal Tentera Darat, begitu juga pangkat bertaraf 5 bintang yang lain iaitu Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dan Marsyal TUDM dalam Tentera Udara Diraja Malaysia.

Epolet sunting

Fil Marsyal
Pakaian Istiadat Pakaian No 3
   

Fungsi dan tanggungjawab sunting

Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa jawatan Pemerintah Tertinggi hendaklah disekalikan dengan jawatan Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong:

  • Perkara 41, Perlembagaan Persekutuan- Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

Akta Angkatan Tentera Persekutuan (Akta Angkatan Tentera 1972) telah diluluskan oleh Parlimen Persekutuan supaya dapat menyatukan semua undang-undang dibawah satu peraturan yang mengawal ketiga-tiga perkhidmatan tentera ( Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara ), ia menetapkan fungsi dan tugas-tugas Ketua Utama Negara dalam kapasitinya sebagai Pemerintah Tertinggi. Akta ini memberikan tugas-tugas berikut kepada Pemerintah Tertinggi:

  • 5(1) Meluluskan komposisi Angkatan Tetap yang disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera.
  • 5(2) Meluluskan nama-nama pertubuhan Angkatan Tentera yang disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera.
  • 5(5) Meluluskan pembubaran dan penggabungan komposisi dan meminda nama-nama unit yang disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera.
  • 6 Mengurniakan tauliah kepada seseorang dalam Angkatan Tetap yang disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera.
  • 7(2) Melanjutkan tempoh tauliah yang diberikan.
  • 8 Mengurniakan tauliah kehormat kepada sesiapa sahaja dalam Angkatan Tetap.
  • 9 Membatalkan cadangan sebarang pentauliahan yang diberikan oleh Majlis Angkatan Tentera.
  • 12(3)Meluluskan kenaikkan pangkat yang disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera ke pangkat atas dari Kapten dalam Tentera Darat, Leftenan dalam Tentera Laut dan Kapten dalam Tentera Udara.
  • 13(1)(b)Meluluskan pertukaran pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 dari satu perkhidmatan kepada suatu perkhidmatan yang lain dalam Angkatan Tetap yang disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera.
  • 15 Meluluskan peraturan-peraturan yang dibuat oleh Majlis AT berhubung dengan pentauliahan, dll.
  • 22(1)(b) Meluluskan pertukaran askar-lasykar dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain dalam angkatan tetap yang disyorkan oleh Majlis AT.
  • 36 Meluluskan peraturan-peraturan yang dibuat oleh Majlis AT berhubung dengan pengambilan masuk orang dan hal-hal berkaitan dengan pertugasan mereka, dll. dalam angkatan tetap.
  • 104(3)(c) Melantik pihak berkuasa persidangan dan membatalkan pelantikan sedemikian.
  • 127(1) Meluluskan hukuman mati yang telah disahkan.
  • 128(2)(a) Mengkaji semula siasatan dan hukuman Mahkamah Tentera.
  • 131(1),(2)dan(3) Memberi arahan terhadap penjagaan dimana tertuduh didapati tidak siuman.
  • 150(1) Melantik seorang Ketua Hakim Peguam.