Fahaman Xi Jinping

(Dilencongkan dari Pemikiran Xi Jinping)

Fahaman Xi Jinping tentang Sosialisme dengan ciri China dalam Era Baharu, lebih dikenali sebagai Fahaman Xi Jinping,[note 1][4][5] ialah beberapa aspirasi dan cita-cita yang dikembangkan oleh Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping. Fahaman ini pertama kali disebutkan secara rasmi dalam Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-19, di mana Fahaman ini dimasukkan ke dalam perlembagaan parti. Dalam Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-13 pada 11 Mac 2018, pembukaan perlembagaan dipinda untuk menyertakan Fahaman Xi Jinping.

Fahaman Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri China dalam Era Baharu

Papan yang mendukung Fahaman Xi Jinping di Shenzhen, Guangdong disertai dengan lambang Parti Komunis China.
Cina Ringkas: 习近平新时代中国特色社会主义思想
Cina Tradisional: 習近平新時代中國特色社會主義思想

Kandungan sunting

Fahaman Xi Jinping terdiri daripada 14 poin dasar sebagai berikut:[6][7]

  1. Memastikan kepemimpinan Parti Komunis China ke atas semua bentuk pekerjaan di China.
  2. Parti Komunis China harus mengambil pendekatan yang berpusatkan rakyat demi kepentingan awam.
  3. Melanjutkan "pendalaman reformasi yang komprehensif".
  4. Menerapkan idea-idea baru berasaskan sains demi "pengembangan yang inovatif, terkoordinasi, hijau, terbuka dan bersama".
  5. Mengikuti "sosialisme dengan ciri China" dengan "rakyat sebagai penguasa negaranya".
  6. Mengatur China dengan kedaulatan undang-undang.
  7. "Mempraktikkan nilai-nilai teras sosialis", termasuk Marxisme, komunisme, dan sosialisme dengan ciri China.
  8. "Meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat ialah tujuan utama pembangunan".
  9. Hidup berdampingan secara baik bersama-sama alam sekitar melalui dasar "pemeliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar" dan "menyumbang kepada keselamatan ekologi global".
  10. Memperkuat keamanan kebangsaan China.
  11. Parti Komunis China harus memiliki "kepemimpinan mutlak" ke atas Tentera Pembebasan Rakyat China.
  12. Mempromosikan satu negara, dua sistem bagi Hong Kong dan Macau dengan harapan "menyelesaikan penyatuan nasional" dan mengikuti dasar Satu China dan Konsensus 1992 bagi Taiwan.
  13. Tetapkan tujuan bersama antara orang China dengan masyarakat sedunia dengan "lingkungan antarabangsa yang damai".
  14. Tingkatkan disiplin parti dalam Parti Komunis China.

Pengaruh dan penerimaan sunting

Pada 27 November, lebih 100 pembuat film, aktor, dan bintang pop utama China berkumpul selama sehari di Hangzhou untuk mempelajari laporan Kongres Parti ke-19 yang menampilkan Fahaman Xi Jinping.[8]

Pada Juli 2018, kereta api di Metro Changchun dihiasi dengan warna merah dan berbilang petikan Xi dalam perayaan ulang tahun ke-97 Parti Komunis China. Kereta itu digambarkan sebagai "panduan spiritual yang sangat padat" daripada Fahaman Xi Jinping oleh pemerintah setempat.[9] Pada Januari 2019, Alibaba Group melancarkan satu aplikasi bernama Xuexi Qiangguo sebagai platform untuk mempelajari Fahaman Xi Jinping.[10]

Pada Disember 2019, Universiti Fudan menambahkan kandungan tentang penanaman Fahaman Xi Jinping dalam mahasiswa dan pensyarah ke dalam piagam kampusnya, sekaligus menerbitkan protes kebebasan akademik di kalangan mahasiswa.[11][12]

Nota sunting

  1. ^ Juga dikenal sebagai Fahaman Xi[1][2] atau Xisme.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "China's Netizens Push Back on 'Xi Thought'". Voice of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2019. Dicapai pada 2019-08-01.
  2. ^ 江巍. "Courseware on Xi thought launched - Chinadaily.com.cn". www.chinadaily.com.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2019. Dicapai pada 2019-08-01.
  3. ^ "'Four Comprehensives' pillars of Xism". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2015. Dicapai pada 26 June 2019.
  4. ^ Phillips, Tom (27 Oktober 2017). "Xi Jinping Thought to be taught in China's universities". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  5. ^ Buckley, Chris (24 Oktober 2017). "China Enshrines 'Xi Jinping Thought,' Elevating Leader to Mao-Like Status". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  6. ^ "19th Party Congress: Xi Jinping outlines new thought on socialism with Chinese traits". Straits Times. 18 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  7. ^ "His own words: The 14 principles of 'Xi Jinping Thought'". BBC Monitoring. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  8. ^ "China sends its top actors and directors back to socialism school". The Washington Post. 1 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2017.
  9. ^ Gan, Nectar (3 July 2018). "All aboard the propaganda express for Xi Jinping's 'New Era'". South China Morning Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2018. Dicapai pada 3 July 2018.
  10. ^ "China's hottest app is all about making users study Xi Jinping Thought". shanghaiist (dalam bahasa Inggeris). 2019-02-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2019. Dicapai pada 2019-07-25.
  11. ^ "Students protest at Shanghai's Fudan University". Asia Times. 19 Disember 2019. Dicapai pada 19 Disember 2019.
  12. ^ "Archived copy" 復旦大學章程刪除思想自由 學生唱校歌抗議要求學術獨立[影]. Central News Agency (dalam bahasa Cina). 18 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2019. Dicapai pada 19 Disember 2019.CS1 maint: archived copy as title (link)