Pemimpin Agung Iran

Jawatan Pemimpin Agung (Bahasa Parsi:رهبر انقلاب, Rahbare Enghelab,[1] bermaksud Pemimpin Revolusi, atau مقام رهبری, Maghame Rahbari,[2] bermaksud Kuasa Memimpin, atau ولی فقیه, Valî-ye Faqîh,[3] bermaksud Penjaga Undang-Undang) diperkenalkan didalam Perlembagaan Iran sebagai ketua tertinggi dalam kerajaan Iran dan juga ketua agama Iran. Panggilan Agung (Bahasa Parsi: رهبر معظم, Rahbare Moazzam), digunakan hanyalah untuk tujuan hormat tetapi ia tidak terkandung dalam Perlembagaan Iran.

Supreme Leader
the
Islamic Republic of Iran
رهبر ایران
Emblem of Islamic Republic of Iran
Penyandang
Ali Khamenei
sejak 4 June 1989
Bidang kuasaIran Edit the value on Wikidata
Dilantik olehMajlis Pakar Edit the value on Wikidata
Penjawat sulungRuhollah Khomeini
Dibentuk3 Disember 1979 Edit the value on Wikidata
Tapak webhttp://leader.ir/langs/en/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pemimpin Agung lebih berkuasa daripada presiden Iran, Ketua melantik ketua-ketua tertinggi - panglima angkatan bersenjata, pengarah radio kebangsaan dan rangkaian televisyen, ketua agama utama, imam masjid bandar raya, dan ahli majlis keselamatan negara membincangkan pertahanan dan hal-ehwal luar negeri. Pemimpin Agung juga melantik ketua hakim, ketua pendakwa, tribunal khas dan, dengan bantuan ketua hakim, 12 orang pakar undang-undang Penjaga Majlis – badan berkuasa yang memutuskan hal ehwal kewangan ,undang-undang dan calon yang bertanding bagi jawatan presiden atau parlimen.

Iran telah mempunyai dua Pemimpin Agung. Pemimpin Agung terkini ialah Ali Khamenei.

Fungsi dan tugas Pemimpin Agung sunting

  1. Memberi garis panduan terhadap dasar Republik Islam Iran selepas berunding dengan Majlis Kebangsaan.
  2. Penyeliaan pelaksanaan sesuai dengan sistem
  3. Pengeluaran titah perintah untuk mengadakan pilihan raya
  4. Perintah tertinggi terhadap angkatan bersenjata.
  5. Perisytiharan perang dan keamanan, dan mobilisasi pasukan bersenjata.
  6. Pelantikan, pemecatan, dan penerimaan perletakan jawatan:
  7. Fuqaha' pada Majlis Pengawal.
  8. Kuasa kehakiman tertinggi negara itu.
  9. Kepala radio dan rangkaian televisyen Republik Islam Iran.
  10. Pengerusi kakitangan kerajaan
  11. Komander pasukan bersenjata negara Iran
  12. Komander tertinggi pasukan bersenjata.
  13. Menyelesaikan perbezaan antara tiga sayap pasukan bersenjata dan peraturan hubungan-hubungan mereka.
  14. Menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh kaedah-kaedah konvensional, melalui Majlis Kebangsaan.
  15. Menandatangani dekri merasmikan pilihan raya Iran untuk memilih Presiden
  16. Pemecatan Presiden Republik selepas Mahkamah Agong membuat keputusanmenurut Perkara 89 Perlembagaan Iran.
  17. Memaafkan atau mengurangkan hukuman-hukuman

Senarai Pemimpin-Pemimpin Agung Iran sunting

Nota Kaki sunting

  1. ^ Perkara 108, Perlembagaan Iran
  2. ^ Perkara 89-91, Perlembagaan Iran
  3. ^ Perkara 5, Perlembagaan Iran

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.