Pemuda MIC berfungsi sebagai sayap kanan Kongres India Malaysia atau MIC. Pejabat baru pemuda MIC baru dibuka di Kuala Lumpur agar memberi khidmat yang lebih berkesan kepada ahli MIC dan rakyat India Malaysia secara keseluruhan.

Ketua Pemuda MIC sunting

Ketua Pemuda MIC kini ialah Dato' Sivarraajh Chandran, DIMP. Beliau memegang Sarjana Muda Ekonomi (Hons) dari Universiti Malaya merupakan bekas Setiausaha Agung Pemuda MIC Kebangsaan. Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Struktur Pemuda MIC sunting

Sayap Pemuda dan Wanita dibenarkan menubuhkan cawangan sendiri jika mereka mempunyai bilangan 50 atau lebih anggota parti.Pada 10 April 2008, Presiden MIC pada masa ketika itu , Datuk Seri S.Samy Vellu menyatakan sayap ini akan bertindak sebagai satu entiti daripada cawangan asal. Pada 2008, MIC mempunyai 3,700 cawangan dan meliputi semua segmen masyarakat. Bilangan bahagian masih kekal 150 bahagian di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 MIC bertanding dalam sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi negeri dan menang hanya tiga kawasan Parlimen dan tujuh kerusi negeri. MIC kalah di kerusi Parlimen Hulu Selangor, setelah timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel tewas di tangan Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti kecil 198 undi. Di Bukit Melawati ,Selangor, calon MIC K. Partiban tewas kepada M. Mutiah (PKR) dengan majoriti 297 undi. Di Port Dickson, Negeri Sembilan, Datuk T. Rajagopalu kalah kepada M.Ravi (PKR) dengan perbezaan 733 undi. [1]

Kad pengenalan dan sijil beranak sunting

Masyarakat India di Malaysia berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sijil beranak dan kad pengenalan Malaysia atau Mykad. Antara sebabnya mungkin mereka tidak berpendidikan dan tinggal jauh di ladang-ladang yang terletak jauh dari pejabat pendaftaran Malaysia. Dengan adanya pejabat baru pemuda MIC yang dirasmikan oleh presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu , ia akan menjadi pusat sehenti yang sistematik.[2] Terdapat kes masyarakat India yang mempunyai status pemastautin tetap namun tidak diberikan taraf kewarganegaraan disebabkan masalah teknikal dalam permohonan mereka.Kira-kira 40,000 masyarakat India yang masih belum memohon untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan. Masyarakat India yang bermasalah dalam hal ini boleh menelefon 019-3223000 atau 019-2119547 . [3]

Ada kanak-kanak India diserahkan kepada keluarga angkat oleh orang tua mereka disebabkan kemiskinan. Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan pengesahan bahawa seseorang pemohon dilahirkan di Malaysia menerusi daftar beranak dari hospital atau klinik desa. Pekerja ladang memandang remeh untuk mendaftarkan anak mereka untuk mendapat surat beranak sebaik sahaja dilahirkan. Contohnya R. Raju, isteri dan tiga anaknya yang terpaksa mendapatkan surat sokongan daripada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon kad pengenalan atau MyKad. Raju tidak mempunyai bukti kelahirannya di sini kecuali surat beranak yang tertera hanya nama bapanya dan tempat dia dilahirkan.[4]

Perhimpunan haram Hindraf sunting

Pada 22 Disember 2007 , Ketua pemuda MIC 2007, S.A.Vigneswaran berpendapat tindakan kumpulan tertentu menganjurkan perhimpunan haram telah memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan dalam memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Perhimpunan haram telah membawa banyak kesan negatif terhadap kaum India. Vigneswaran merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Kota Raja, Selangor. Semua ketua pemuda MIC bahagian turun padang dan membuat kajian terhadap masalah kaum India yang masih belum selesai serta mengadakan perbincangan dengan masyarakat India di kawasan masing-masing.[5]

Siri jelajah penerangan oleh pemuda MIC telah diadakan di Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pemuda MIC cuba mengumpul maklumat daripada akar umbi.[6]

Ketua Pemuda MIC T. Mohan menyatakan bahawa lima pemimpin Hindraf bukan merupakan ancaman kepada keselamatan negara dan dengan itu patut dibebaskan sebelum Hari Raya 1 Oktober 2008 atau sebelum Deepavali pada akhir Oktober 2008.Senator T. Murugiah berpendapat penahanan pemimpin Hindraf itu telah dipergunakan sebagai alat politik oleh pihak tertentu untuk mewujudkan rasa tidak puas hati terhadap BN (Barisan Nasional) dan keadaan itu juga telah dipergunakan untuk mendorong kaum India Malaysia supaya menentang kerajaan. Mereka hanya mahu mendapatkan perhatian kerajaan mengenai masalah yang dihadapi masyarakat India. Mereka memilih melakukan demonstrasi kerana mereka dipengaruhi pihak tertentu . Pemimpin Hindraf yang ditahan ialah R. Kengadharan, 41, M. Manoharan, 47, V. Ganabatirau, 35, P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 35. [7]

Fitnah M.Vigneswaran sunting

bekas ketua pemuda MIC Pusat, M.Vigneswaran bertegas menyatakan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar. Oleh itu pada 29 Julai 2008, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mendapatkan perintah injunksi ad-interim di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap bekas ketua pemuda MIC, M.Vigneswaran , editor syarikat akhbar harian Tamil iaitu Malaysia Nanban, M.Maryanandy, penerbit akhbar Malaysia Nanban Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd dan syarikat percetakan akhbar itu Aslita Sdn Bhd dan menamakan mereka sebagai defendan. Samy Vellu memohon gantirugi RM10 juta bagi libel, gantirugi untuk tort konspirasi, gantirugi teruk, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Samy Vellu mendakwa M.Vigneswaran terlibat dengan pergerakan Makkal Sakti dan Hindraf semasa pilihan raya umum pada Mac 2008. Ketua Pemuda MIC itu dikatakan melepasi umur 41 tahun sedangkan dalam Perlembagaan tidak disebut sedemikian. Antara yang terpaksa melepaskan jawatan ialah Timbalan Ketua Pemuda, S.Ramis dan Setiausaha M. Kumaresan, Ketua Penerangan, K. Raj Kumar dan wakil Pemuda CWC, S. Murugesan. [8] Artikel pada 9 Julai 2008 dalam akhbar Malaysia Nanban dikatakan telah menfitnah Tun Samy Vellu. Tun Samy Vellu diwakili peguam S.Selvam sementara Vigneswaran diwakili peguam A.Vasanthi dan A.Kumar dan tiga defendan lain diwakili peguam C.S.Arumugam dan Khairun Niza Husnin.[9]

Hilang kepercayaan kepada presiden MIC sunting

Beberapa pemuda MIC menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC memandangkan kebanyakan masyarakat India kini sudah hilang kepercayaan ke atas kepimpinan beliau. Contohnya ketua pemuda MIC Kedah, R. Nantha Kumar, Setiausaha Pemuda MIC Kedah, T.M. Ganesan; Bendahari Pemuda MIC Kedah, M. Selvan dan Ketua Penerangan Pemuda MIC Kedah, S. Somasunther meletak semua jawatan dalam parti MIC.[10]

800 ahli Briged Pemuda dari 11 bahagian di Kedah membantah tindakan senang-senang presiden menyuruh S. A. Vigneswaran berundur. Ketuanya, M. Magendiran, Timbalan Ketua Briged Pemuda MIC Kedah, A. Manivanan; Setiausaha, S. V. Thinagaran; Bendahari, S. Ananthan; Ketua Penerangan, B. Kumaraguru dan Penolong Setiausaha, Salimy Ibraheem meletak jawatan.Ini bermakna Briged Pemuda MIC Kedah juga dibubarkan dan sayap itu kini tidak berfungsi lagi. Timbalan Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, Vincent David turut meletakkan jawatan. [11]

Pembunuhan sunting

Pada 28 April 2008,Ketua Pemuda MIC Bahagian Kota Raja, S. Selvadhurai, 42, ditemui mati dipercayai dibelasah sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian samun di Seksyen 25, Seri Muda, Shah Alam, Selangor .Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin menyatakan mayat Selvadhurai dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.[12]


Kontrak daripada kerajaan sunting

Pemuda MIC mahu kerajaan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada kontraktor - kontraktor yang menjadi ahli MIC. Contohnya kontrak majlis perbandaran atau kerajaan tempatan seperti kerja-kerja penyelenggaraan dan landskap. Kontraktor kelas F sebagaimana kontraktor Bumiputera hendaklah ditubuhkan supaya nampak adil. [13]

Rujukan sunting

  1. ^ Perubahan Drastik Dalam Struktur MIC, Pemuda Dan Wanita Cawangan Berasingan[pautan mati kekal]
  2. ^ "Pemuda MIC Buka Pejabat Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-08. Dicapai pada 2008-11-02.
  3. ^ Pemuda MIC Jelajah Ke Seluruh Negara Selesaikan Masalah KP, Sijil Lahir[pautan mati kekal]
  4. ^ "MIC Anggar 20,000 Lagi Senasib Dengan Raju". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-11-02.
  5. ^ Pemuda MIC Perlu Bertindak Lebih Proaktif - Vigneswaran[pautan mati kekal]
  6. ^ Masyarakat India Terima Baik Penjelasan MIC Atas Pelbagai Isu[pautan mati kekal]
  7. ^ Lebih Banyak Desakan Supaya Bebaskan Lima Pemimpin Hindraf[pautan mati kekal]
  8. ^ Ketua Pemuda MIC keluar parti
  9. ^ "Samy Vellu Peroleh Injunksi Ad-interim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-11-02.
  10. ^ Pemuda MIC Kedah bantah Samy Vellu
  11. ^ Briged Pemuda MIC Kedah bubar
  12. ^ Ketua Pemuda MIC Kota Raja dibunuh
  13. ^ Pemuda MIC Minta 10 Peratus Kerja Kontrak Daripada Kerajaan Tempatan[pautan mati kekal]