Penahanan ISA 2008

Penahanan ISA 2008 adalah merujuk kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri Malaysia terhadap 3 rakyat Malaysia dan 3 media cetak yang dikatakan boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara Malaysia. Pihak yang dikenakan tindakan itu ialah :

  1. Sin Chew Daily
  2. Suara Keadilan
  3. The Sun
  4. Raja Petra Kamaruddin
  5. Tan Hoon Cheng
  6. Teresa Kok
  7. Syed Azidi Syed Abdul Aziz

Punca penahanan 2008 sunting

Gerakan penahanan dilakukan oleh polis Bukit Aman setelah polis Malaysia mengkaji suasana politik negara . Malahan Panglima ATM turut mengingatkan rakyat agar lebih berwaspada berhubung isu perkauman .Semua mereka ditahan pada hari Jumaat, 12 September 2008, 4 hari hari sebelum 16 September 2008 , tarikh igauan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Raja Petra Kamaruddin merupakan blogger dari Malaysia Today yang masih mempertahankan kebebasan internet. Sebelum ini beliau mengasaskan FreeAnwar.com yang membela Datuk Sri Anwar Ibrahim yang dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pihak JAKIM dan JAWI dan YADIM telah mempertikaikan artikel dan komen tertentu dalam Malaysia Today yang menghina Islam dan Nabi Muhamad.[1]

Tan Hoon Cheng adalah wartawan yang mendengar sendiri ucapan Datuk Ahmad Ismail di pentas UMNO yang mengaitkan masyarakat Cina dengan pendatang tahun-tahun 1786. Datuk Ahmad Ismail telah digantung keahlian UMNO selama 3 tahun dan tidak ditahan di bawah ISA.

Teresa Kok dikatakan cuba mengekang penggunaan pembesar suara di masjid-masjid di Kinrara, Puchong dan Damansara. Malahan Utusan Malaysia menyiarkan gambar beliau yang menggantikan papan tanda jalan yang bertulisan rumi bahasa Melayu dan tulisan jawi dengan tulisan bahasa Cina dan tulisan bahasa Tamil di Kuala Lumpur. Hal ini berkait dengan petisyen yang dikemukakan oleh Steven Ee yang memungut tanda tangan di sekitar Kinrara dan dihantar kepada Datuk Mohamad Satim Diman di Sri Serdang pada Februari 2008. Ketika itu Datuk Seri Mohd Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar Selangor.

Bentuk tindakan sunting

Surat tunjuk sebab telah dihantar kepada 3 media cetak itu dan pihak editorial diminta menjawab dalam tempoh seminggu. Jika tiada jawapan yang diberikan , kemungkinan tindakan lebih tegas akan diambil. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Unit Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Che Din Yusof .

  • Teresa Kok ditahan berhampiran dengan kondominium OG Height , Jalan Kelang Lama, Selangor pada 12 September 2008. Ketika itu jam 11.30 malam. Beliau baru balik dari menghadiri majlis Pesta Kuih Bulan, satu perayaan trdisional yang dirayakan oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Beliau merupakan blogger bagi kickdefella.wordpress.com yang dikatakan menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik. Polis Bukit Aman merampas laptop ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak. Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan.

Reaksi rakyat Malaysia dan antarabangsa sunting

Sekali lagi ISA yang dianggap undang-undang draconian digunakan dalam masyarakat moden kini. Ramai aktivis sosial dan hak asasi manusia berpendapat bahawa ISA bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara sejagat.

ISA adalah undang=undang ciptaan penjajah British tahun 1948 bagi mengekang kebangkitan pengganas komunis di Semenanjung Tanah Melayu . ISA masih lagi dikekalkan di Malaysia dan Singapura dengan alasan retorik masyarakat majmuk, sukar dikawal dan satu tindakan pre emtif, bertindak sebelum terlambat.

Polis mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah yang membenar polis menyiasat seperti mengikut Seksyen 504 dan 505 Kanun Keseksaan. Situasi sekarang belum ekstrim untuk menggunakan ISA. Bekas Presiden Majlis Peguam Sulaiman Abdullah menyifatkan menggunakan ISA seperti menggunakan bom nuklear.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan amat terkejut kerana kerajaan masih menggunakan ISA apabila berhadapan dengan masalah. Majlis akan mengadakan mesyusarat tergempar bagi membincangkan tindakan-tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak peguam yang berpengalaman mengendalikan kes tahanan ISA terpanggil mengadakan mesyuarat itu pada 20 September 2008. Mereka berharap pihak kerajaan akan mendengar hujah-hujah yang akan diputuskan nanti. Pasukan peguam diketuai Rajpal Singh akan menyediakan khidmat guaman.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia , Norila Mohd Daud berharap kerajaan segera membebaskan rakan wartawan mereka , Tan Hoon Cheng. Tindakan ini hanya akan menyekat rezeki wartawan dan bukan wartawan.Wartawan hanya menjalankan tugas dan tidak dapat membela untuk mempertahankan diri. Beliau hendaklah dibicarakan di mahkamah jika benar beliau disabit kesalahan, tetapi bukan ditahan di bawah ISA . NUJ akan menghantar surat bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Abdullah Ahmad Badawi.Laporan dihantar kepada Persekutuan Wartawan Antarabangsa yang berpangkalan di Brussel, Belgium. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan juga tidak relevan lagi. [3]

Datuk Joseph Bangkuai selaku Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) mahu wartawan yang bersalah dibicarakan bukan ditahan di bawah ISA tanpa diketahui bersalah atau tidak.

Lim Kit Siang selaku penasihat DAP mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur bersama ibu bapa Teresa Kok. Teresa Kok merupakan ahli parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor. Beliau menyifatkan tindakan ini merupakan tindakan borong umpama Operasi Lalang 1988 pada saat kepimpinan UMNO berada dalam situasi retak menanti belah. Pada awalnya ibu bapa Teresa Kok, Poay Seh Kwen dan Kok Kim Seng tidak diberitahu di mana lokasi dan nasib anaknya, hidup atau mati .

Lim Guan Eng selaku Ketua Pulau Pinang telah berkumpul di IPK Polis Pulau Pinang bersama ramai penyokong DAP, MCA, Gerakan dan PAS. Rakan sekolahan dan seuniversiti Tan Hoon Cheng telah memasang lilin agar Tan dibebaskan.

Datuk Seri Samy Vellu selaku Presiden MIC telah menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyatakan penahanan itu hanya akan memburukkan imej kerajaan.[4]

Pengerusi Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen mahu kerajaan mendengar pandangan awam supaya ISA dikaji semula.

Kesan negatif sunting

Tindakan menggunakan ISA itu mendapat liputan antara bangsa termasuk AFP dan kedutaan asing di Malaysia. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Muhamad Yaakob berkata tindakan ISA itu memberi kesan yang kecil kepada ekonomi negara.

Pembebasan tahanan ISA sunting

Pada 13 September 2008, Tan Hoon Cheng telah dibebaskan jam 2.30 petang dan dihantar pulang ke rumahnya. Tan Hoon Cheng amat berpuas hati dengan layanan polis sepanjang beliau ditahan di bawah ISA.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "angan Sentuh Isu Berkaitan Agama, Kata Ahmad Zahid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-09-13.
  2. ^ [http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=358967 Wartawan Sin Chew Daily Pertahan Laporannya ][pautan mati kekal]
  3. ^ "NPC Minta Kerajaan, Polis Bebaskan Wartawan Sin Chew". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2008-09-13.
  4. ^ "NPC Minta Kerajaan, Polis Bebaskan Wartawan Sin Chew". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2008-09-13.
  5. ^ Wartawan Sin Chew Yang Ditahan Di Bawah ISA Dibawa Ke Bukit Aman[pautan mati kekal]