Penaklukan Maghreb oleh Muslim

Penaklukan Maghreb oleh Muslim merupakan kesinambungan penaklukan wilayah oleh tentera Muslim berikutan kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632 M. Menjelang tahun 642 M, pihak Arab menguasai wilayah Mesopotamia, Mesir dan Syria, menyerang Armenia, dan dalam saat menyelesaikan penaklukan Empayar Parsi, dengan memusnahkan tentera Parsi dalam Pertempuran Nihawand. Pada saat inilah ekspedisi tentera Arab ke dalam wilayah-wilayah Afrika Utara di sebelah barat Mesir (Maghreb) mula-mula dilancarkan. Ekspedisi ini memakan masa bertahun-tahun dan membantu menyebarkan Islam.

Penaklukan Maghreb oleh Muslim
Sebahagian daripada Penaklukan oleh Muslim
dan Perang Arab-Byzantine
Tarikh647–709 M
Lokasi
Afrika Utara
Keputusan Kemenangan Muslim
Perubahan
wilayah
Afrika Utara dijajah Muslim
Pihak yang terlibat
Empayar Byzantine
Berber
Kekhalifahan al-Rasyidin
Kekhalifahan Umaiyah
Komandan dan pemimpin
Ningrat Gregory 
Dihya
Kusaila
Ningrat John
Abdullah ibn Saad
Uqbah bin Nafi
Musa ibn Nusayr
Hassan ibn Nu'man

Pada tahun 644 M, Khalifah Umar al-Khattab diganti oleh Uthman bin Affan, dan dalam zaman kekhalifahan beliau selama 12 tahun, Armenia, Cyprus, dan kesemua wilayah Iran menjadi sebahagian daripada empayar Islam yang sedang mengembang. Afghanistan dan Afrika Utara diserang sementara serbuan laut dibuat terhadap Rhodes hingga ke pantai selatan Semenanjung Iberia. Tentera laut Byzantine pula ditewaskan di timur Mediterranean.

Sumber bagi pensejarahan penaklukan sunting

Riwayat-riwayat terawal Arab yang telah sampai kepada kita merupakan riwayat-riwayat daripada Ibn Abdul Hakam, Al-Biladuri dan Ibn Khayyat — kesemuanya ditulis pada abad ke-9, iaitu 200 tahun selepas serangan-serangan awal. Periwayatan ini tidak berapa terperinci. Dalam kes riwayat yang paling bermaklumat, Sejarah penaklukan Mesir dan Afrika Utara dan Sepanyol yang dikarang Abdul Hakam, Brunschvig[1] menunjukkan bahawa ia ditulis dengan tujuan untuk memerikan hujah-hujah fikah Maliki dan bukan sebenarnya bertujuan untuk mencatatkan sejarah, dan bahawa hanya sebahagian daripada peristiwa yang terkandung dalamnya yang berkemungkinan besar merupakan peristiwa sejarah.

Bermula pada abad ke-12, para sarjana di Kairouan mula untuk membina versi baharu tentang sejarah penaklukan. Versi ini diselesaikan oleh al-Raqiq. Versi ini kemudiannya disalin lengkap, dan kadang kala diinterpolasi, oleh penulis-penulis terkemudian, dan mencapai puncaknya pada abad ke-14 Masihi dengan karya-karya para sarjana seperti Ibn Idhari, Ibnu Khaldun dan Al-Nuwayri. Versi ini berbeza dengan versi awal bukan sahaja dengan perincian yang lebih, tetapi juga dengan percanggahan periwayatan peristiwa. Namun demikian, versi inilah yang terbaik dan ia diberikan di bawah.

Kontroversi tentang versi mana yang lebih baik masih berlaku. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk karya-karya yang dipetik di bawah: Brunschvig, Modéran dan Benabbès (menyokong versi awal) dan Siraj (menyokong versi terkemudian).

Serangan Pertama sunting

Serangan pertama terhadap Afrika Utara diperintahkan oleh khalifah dan dilancarkan pada tahun 647 M. Abdullah ibn Saad mengetuai angkatan seramai 20,000 orang dari Madinah menuju ke Exarchate Afrika (wilayah yang diperintah wizurai Byzantine). Pasukan ini disertai 20,000 ribu orang lagi di Memphis (Arab: منف‎) Mesir. Tripolitania, wilayah yang sekarang Libya moden, ditawan. Nangrut Gregory (dikenali sebagai Count Gregory), gabenor Byzantine,[2] yang telah mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Empayar Byzantine di Afrika Utara, telah mengumpulkan sekutu-sekutunya dan menghadapi angkatan serangan Muslim. Beliau ditewaskan pada pertempuran Sufetula, sebuah kota 150 batu (240 km) di selatan Carthage. Dengan kematian Gregory, penggantinya, berkemungkinan besar Gennadius, berjaya mendapatkan pengunduran tentera Muslim dengan berjanji membayar ufti. Kempen ini berlangsung selama 15 bulan dan Abdullah pulang ke Mesir pada tahun 648.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, penaklukan oleh orang Islam tergendala disebabkan perang saudara antara puak-puak Arab yang berakhir dengan pembunuhan Khalifah Uthman pada tahun 656. Khalifah Uthman digantikan oleh Sayidina Ali bin Abi Talib, yang kemudiannya sendiri dibunuh pada tahun 661. Kekhalifahan Bani Umaiyah diasaskan di Damsyik dan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan (Muawiyah I) memantapkan empayar Islam dari Laut Aral sehingga ke perbatasan baratnya di Mesir. Beliau meletakkan seorang gabenor di al-Fustat di Mesir, dan dengan cara ini mewujudkan sebuah pusat kuasa sekunder yang akan bertahan selama 200 tahun. Beliau kemudian menyambung serangan terhadap negara-negara jiran dengan menyerang Sicily dan Anatolia (kini Turki) pada tahun 663. Pada tahun 664 Kabul, Afghanistan, jatuh ke tangan tentera Muslim.

Serangan Kedua sunting

 
Masjid Agung Kairouan juga dikenali sebagai Masjid Uqbah diasaskan oleh jeneral Arab Uqbah bin Nafi pada tahun 670 M. Masjid ini merupakan masjid yang tertua dan terpenting di Kairouan, kota Afrika Utara yang terletak di Tunisia.[3]

Satu serangan baharu dilancarkan terhadap Maghreb dari tahun 665 sehingga 689. Mengikut sejarawan Will Durant, serangan itu dilancarkan bagi melindungi Mesir "daripada serangan di rusuk kanannya oleh Cyrenaica Byzantine." Justeru, "sebuah angkatan terdiri daripada 40,000 orang Muslim bergerak merintasi padang pasir menghala ke Barca, menawan kota itu, dan kemudian bergerak ke kawasan berdekatan Carthage." Angkatan pertahanan Byzantine terdiri daripada 30,000 orang tentera ditewaskan dalam proses ini.

Kemudian muncul sebuah angkatan terdiri daripada 10,000 yang dipimpin jeneral Arab, Uqbah bin Nafi. Angkatan ini, yang diperkuatkan oleh beberapa ribu tntera lain, bertolak dari Damsyik dan bergerak ke Afrika Utara sambil bertindak sebagai barisan depan. Pada tahun 670 kota Kairouan (lebih kurang 80 batu (130 km) di selatan kedudukan Tunis moden) diasaskan sebagai tempat berlindung dan pangkalan buat operasi-operasi lain. Kota ini akan menjadi ibu negeri wilayah Islam yang disebut Ifrikiyyah, suatu wilayah yang bakal merangkumi wilayah pesisir pantai yang pada masa kini menjadi wilayah barat Libya, Tunisia, dan wilayah timur Algeria.

Nota sunting

  1. ^ article by Brunschvig cited below
  2. ^ Rodd, Francis. "Kahena, Queen of the Berbers: "A Sketch of the Arab Invasion of Ifriqiya in the First Century of the Hijra" Bulletin of the School of Oriental Studies, University of London, Vol. 3, No. 4, (1925), 731-2
  3. ^ [http://books.google.com/?id=sm0BfUKwct0C&pg=PA248 Hans Kung, Tracing the Way : Spiritual Dimensions of the World Religions, Continuum International Publishing Group, 2006, page 248.

Rujukan sunting

  • Robert Brunschvig, "Ibn Abd al-Hakam et la conquète de l'Afrique du Nord par les arabes", Al-Andalus, 40 (1975), pp. 129–179
  • A. Benabbès: "Les premiers raids arabes en Numidie Byzantine: questions toponymiques." In Identités et Cultures dans l'Algérie Antique, University of Rouen, 2005 (ISBN 2-87775-391-3)
  • Will Durant, The History of Civilization: Part IV—The Age of Faith. 1950. New York: Simon and Schuster.
  • Edward Gibbon, History of the Decline and Fall of the Roman Empire, Chapter 51.
  • Charles Scott Kimball, A History of Europe. 2001. And A History of Africa. 2004. Published online at http://xenohistorian.faithweb.com/.
  • Yves Modéran: "Kusayla, l'Afrique et les Arabes." In Identités et Cultures dans l'Algérie Antique, University of Rouen, 2005 (ISBN 2-87775-391-3).
  • Ahmed Siraj: L'Image de la Tingitane. L'historiographie arabe medievale et l'Antiquite nord-africaine. École Française de Rome, 1995. ISBN 2-7283-0317-7.
  • James Trager, editor, The People's Chronology. 1979. New York: Holt, Rinehart and Winston. ISBN 0-03-017811-8
  • Luis Garcia de Valdeavellano, Historia de España. 1968. Madrid: Alianza. Quotes as translated from the Spanish by Helen R. Lane in Count Julian by Juan Goytisolo. 1974. New York: The Viking Press, Inc. ISBN 0-670-24407-4