Penaklukan Tunis (1574)

Penaklukan Tunis
Sebahagian daripada Perang Habsburg-Uthmaniyah

Armada Uthmaniyah menyerang Tunis di La Goulette pada tahun 1574.
Tarikh12 Julai – 13 September 1574[1]
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Uthmaniyah
Perubahan
wilayah
Uthmaniyah mendapatkan Tunis
Pihak yang terlibat
Sepanyol Empayar Sepanyol Empayar Uthmaniyah Empayar Uthmaniyah
Komandan dan pemimpin
Sepanyol Gabrio Serbelloni # Empayar Uthmaniyah Uluç Ali Reis [1]
Empayar Uthmaniyah Sinan Pasha [1]
Kekuatan
Jumlah askar: 7,000 250–300 kapal perang
Jumlah askar: 100,000
Kerugian dan korban
6,700 mati, 300 ditawan. 25,000[2]
(dakwaan Sepanyol)

Penaklukan Tunis pada 1574 menandakan penaklukan terakhir Tunis oleh Empayar Uthmaniyah daripada Empayar Sepanyol. Ia merupakan peristiwa penting kerana menyebabkan Afrika Utara akan berada di bawah pemerintahan Muslim dan bukannya Kristian serta menamatkan kempen Conquista oleh Sepanyol di Afrika Utara yang telah dimulakan di bawah Isabella I dari Castile dan Ferdinand II dari Aragon.[3] Penawanan Tunis pada tahun 1574 "mengesahkan kekuasaan Uthmaniyah di timur dan tengah Maghreb".[4]

Latar belakang sunting

 
Pasukan tenetra Uthmaniyah (kira-kira 5,000 janissari) dan Kabyle, diketuai oleh Uluç Ali, Pasha di Algiers, mara ke Tunis pada tahun 1569.

Tunis sebelumnya telah ditakluk oleh Uthmaniyah di bawah pemerintahan Hayreddin Barbarossa pada tahun 1534. Bagaimanapun, tahun selepasnya Maharaja Suci Rom Charles V telah melancarkan satu ekspedisi besar dan berjaya menawannya semula. Beliau membina sebuah garison baru dan melantik seorang pemerintah negeri vasal iaitu Lhacène dari dinasti Hafsid. Bey di Algiers, Uluj Ali Pasha menawan Tunis pada tahun 1569 bagi pihak Empayar Uthmaniyah, tetapi selepas kemenangan pihak Kristian dalam Pertempuran Lepanto pada tahun 1571, John dari Austria berjaya merampas semula Tunis pada bulan Oktober 1573.[3][5]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b c Setton, Kenneth Meyer (1984). The Papacy and the Levant, 1204–1571: Vol.IV. Philadelphia.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Garcés, p.222 tidak disediakan
  3. ^ a b The new Cambridge modern history R. B. Wernham, p.354
  4. ^ The Regency of Tunis and the Ottoman Porte, 1777–1814: Army and Government of a North-African Ottoman Eyâlet at the End of the Eighteenth Century by Asma Moalla, Routledge, 2004 ISBN 0-415-29781-8, p.3 [1]
  5. ^ [2][pautan mati]

Rujukan sunting

  • Geoffrey Parker, Lesley M. Smith The General crisis of the seventeenth century Routledge, 1978 ISBN 0-7100-8865-5
  • María Antonia Garcés Cervantes in Algiers: A Captive's Tale Vanderbilt University Press, 2005 ISBN 0-8265-1470-7

Templat:Spanish Empire