Penanda shoshinsha

Penanda shoshinsha (初心者マーク) atau Penanda wakaba (若葉マーク) merupakan simbol berbentuk V berwarna hijau dan kuning yang wajib dipamerkan oleh pemandu baru Jepun pada kereta masing-masing selama setahun. Fungsinya sama seperti pelekat lesen P yang perlu dilekatkan oleh pemandu baru di Malaysia yang memegang lesen memandu percubaan. Pemandu baru wajib melekatkan penanda ini pada bahagian hadapan dan belakang kereta setelah memperoleh lesen memandu mereka selama setahun. Peraturan ini hanya dikhaskan untuk kereta sahaja dan tidak diwajibkan pada kenderaan lain seperti motosikal dan lori. Pemandu yang masih menganggap diri mereka sebagai pemandu permulaan boleh terus melekatkan penanda tersebut walaupun selepas tempoh setahun yang diwajibkan.

Penanda Wakaba

Nama rasminya ialah Penanda Pemandu Percubaan (初心運転者標識, shoshin untensha hyōshiki). Sementara itu, "penanda fukushi" atau "penanda koreisha" menunjukkan pemandu berusia. Kedua-dua pelekat direka bagi memberi amaran kepada pemandu lain bahawa pemandu yang ditandakan itu tidak berapa mahir berikutan kurang pengalaman ataupun usia yang sudah lanjut.

Penanda ini turut digunakan secara meluas oleh peminat kereta-kereta JDM (model kereta bagi pasaran domestik Jepun) bagi menunjukkan minat mereka terhadap budaya JDM.

Lihat jugaSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.