Penandaan permukaan jalan raya

Penandaan permukaan jalan raya atau garisan jalan adalah bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri daripada garisan memanjang serta penanda jalan seperti anak panah. Ianya berfungsi sebagai menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya dan mengawal aliran trafik lancar.[1]

Membuat lintasan pejalan kaki merupakan salah satu teknik penandaan permukaan jalan raya.
Penandaan permukaan jalan raya yang sudah siap di Jepun.
Garisan jalan

Hari ini, garisan jalan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada pemandu yang merangkumi masalah navigasi, keselamatan dan penguatkuasaan yang menyebabkan penggunaannya dalam pemahaman persekitaran jalan raya dalam sistem bantuan pemandu yang amat canggih dan pertimbangan untuk penggunaan masa depan dalam kenderaan pandu sendiri.[2]

Sejarah sunting

Edward N. Hines adalah anggota Suruhanjaya Jalan Wayne County di Michigan, Amerika Syarikat, dianggap sebagai penemu garisan jalan.[3] Idea itu muncul setelah melihat gerobak susu yang telah bocor dan meninggalkan jejak di jalan.[4] Garisan jalan yang dicat pertama kali digunakan pada tahun 1911 di River Road di Trenton, di Wayne County.[5] Idea sederhana ini diakui sebagai salah satu alat keselamatan lalu lintas tunggal yang paling penting dalam sejarah pengangkutan lebuh raya.[4][6]

10 tahun kemudian (1921) di bandar Sutton Coldfield, pinggir bandar Birmingham di United Kingdom, garisan jalan pertama kali muncul di Britain. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya begitu berjaya sehingga sistem ini dinaikkan ke peringkat piawaian dunia.[7]

Garisan jalan mekanikal sunting

Pepaku jalan sunting

 
Pepaku jalan

Pepaku jalan adalah alat kawalan lalu lintas yang digunakan secara umum untuk memberi kesan baik kepada pemandu semasa waktu hujan.[8] Ianya dicipta oleh Percy Shaw dari Boothtown, Halifax, West Yorkshire, England pada tahun 1930.[9] Antara lokasi-lokasi yang memerlukan pepaku jalan ialah selekoh, persimpangan, hujung pembahagi jalan dan sebagainya.[8]

Jalur bergetar sunting

Jalur bergetar adalah ciri keselamatan jalan raya untuk memberikan amaran kepada pemandu yang hilang tumpuan disebabkan mengantuk atau keletihan dengan melalui bunyi getaran dan gegaran permukaan apabila tayar bergerak di atas permukaan jalur tersebut.[10] Dengan adanya jalur bergetar, ianya dapat menyedarkan pemandu yang tersasar dari laluan jalan raya yang sepatutnya pemandu berada atau untuk mengelakkan memasuki laluan bertentangan arah dan akan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.[10]

Garisan jalan bukan mekanikal sunting

Cat sunting

Cat, kadang-kadang dengan bahan tambahan seperti manik kaca pantul songsang,[11] dan biasanya digunakan untuk menandakan garisan jalan. Ianya juga digunakan untuk menandai ruang di tempat letak kereta atau ruang tujuan khas untuk tempat letak kenderaan kurang upaya, dan kawasan parkir terhad.

Batu sunting

Di jalan-jalan yang ditar dengan batu-batuan atau batu bata, garisan jalan ini boleh dibuat dengan batu berwarna putih, seperti marmar atau batu berwarna terang lainnya. Penandaan sejenis ini tahan lama, tetapi boleh menjadi licin dalam keadaan hujan atau basah.

Manik kaca sunting

Manik kaca atau glass beads digunakan untuk memantulkan cahaya dari permukaan garisan jalan yang dapat dilihat sama ada basah atau kering.[1][12]

Jenis garisan jalan sunting

Berikut adalah jenis garisan jalan:

Rujukan sunting

  1. ^ a b Info Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia di Facebook. Dicapai pada 6 Januari 2021
  2. ^ Kheyrollahi, A. & Breckon, T.P. (2012). "Automatic Real-time Road Marking Recognition Using a Feature Driven Approach" (PDF). Machine Vision and Applications. Springer. 23 (1): 123–133. doi:10.1007/s00138-010-0289-5. Dicapai pada April 8, 2013.
  3. ^ Kulsea, Bill & Shawver, Tom (1980). Making Michigan Move: A History of Michigan Highways and the Michigan Department of Transportation. Lansing: Michigan Department of Transportation. m/s. 10. OCLC 8169232.
  4. ^ a b Robinson, John (April 3, 2016). "Michigan Hero: Edward N. Hines (1870–1938)". East Lansing, MI: WFMK-FM. Dicapai pada July 17, 2018.
  5. ^ "Inventor of Highway Centerline Receives International Honor". MLive. Booth Newspapers. November 3, 2011. Dicapai pada July 17, 2018.
  6. ^ Michigan Department of Transportation (n.d.). "Edward N. Hines (1870–1938)". History & Culture. Michigan Department of Transportation. Dicapai pada July 17, 2018.
  7. ^ Douglas V. Jones: The Royal Town of Sutton Coldfield — A Commemorative History, Westwood Press 1994, ISBN 0-9502636-7-2.
  8. ^ a b Keselamatan Jalan Oleh Jabatan Kerja Raya[pautan mati kekal] (PDF). Dicapai pada 7 Januari 2021.
  9. ^ "The day Percy saw the light!". Halifax Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2004. Dicapai pada 24 April 2013.
  10. ^ a b Manual Fasiliti Keselamatan Jalan[pautan mati kekal] oleh Jabatan Kerja Raya (PDF). Dicapai pada 7 Januari 2021.
  11. ^ "Reflective Glass Beads". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada May 10, 2014.
  12. ^ Mangalgirl, K.P. (2012). Heavy Metals in Glass Beads Used in Pavement Markings (M.S. thesis). College Station: Texas A&M University.