Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free

(Dilencongkan dari Penang Free School)


Penang Free School atau nama ringkasnya PFS, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Negeri.(Ralat nama : Bukan SMK Penang Free)

Penang Free School
frames
frames
Lokasi
Jalan Masjid Negeri, 11600, Georgetown, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoLatin: Fortis atque fidelis
Nombor sekolah6042815814
Kod sekolahPEB1094
Faks6042817737
Map

Pada tahun 1916, sambutan 100 tahun sekolah telah disambut.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free memiliki 1077 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang. Ia mempunyai seramai 124 orang guru.2009

Penang Free School ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1816, ia ialah sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.

Pada tahun 2016, sambutan 200 tahun sekolah telah disambut . Dalam tahun itu juga Penang Free School telah menerima Status Sekolah Warisan dan nama asalnya Penang Free School digunapakai secara rasmi.

Sejarah sunting

Penubuhan Penang Free School bermula daripada cadangan untuk pembinaan sekolah di Prince of Wales Island oleh Reverend Sparke Hutchings, paderi penempatan di situ. Guru besar pertamanya James Cox (1816-1821), dengan tapak asalnya di Jalan Farquhar mula-mulanya menempatkan Sekolah Hutchings, tetapi kini merupakan Muzium Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 1928, sekolah ini berpindah ke lokasi kini di Jalan Masjid Negeri (lebih dikenali sebagai Green Lane).

Petikan daripada piagam asal:

"Bahawa tujuan pertama Institusi adalah untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang kalau tidak, akan dibesarkan secara duduk-duduk sahaja dan mengakibatkan tabiat buruk tanpa cara mendapatkan sebarang ajaran, baik dalam pembelajaran berguna mahupun sebarang kerja kasar, dan untuk menanam tabiat-tabiat awal terhadap kerajinan, disiplin, dan kelakuan baik." — daripada Rancangan Asal Penubuhan Free School, Pulau Prince of Wales, 1816.

Pelajar terbaik sekolah Penang Free school pada 2016 ialah m.[perlu rujukan]

Sebuah badan jawatankuasa ditubuhkan dan dianggotai oleh yang berikut: Rev. R. S. Hutchings, R. Ibbetson Esq., Capt. J. M. Coombs, J. MacInness Esq., J. Carnegy Esq., D. Brown Esq. dan R. Caunter Esq. Dalam satu kutipan yang diadakan, sejumlah $10, 867 dikumpulkan antara 1816 hingga 1824. Sebagai tambahan, pihak Gabenor, bagi pihak Syarikat India Timur, memberikan sumbangan $1,500, bayaran bulanan $200, dan sebidang tanah yang dikenali sebagai Church Square sebagai tapak penubuhan bangunan sekolah. Sekolah Penang Free merupakan sekolah Inggeris yang pertama didirikan di Tanah Melayu dan juga di Asia Tenggara.

Pembukaan rasmi Penang Free School sunting

Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah ke bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan Free pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma seperti yang dilakukan oleh Malacca Free School (kini Sekolah Tinggi Melaka).

Pada 1924, pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak 30 ekar di Green Lane bermula dan siap pada tanggal 9 Januari 1925.

Semasa Perang Dunia ke-2 sunting

Ketika Peperangan Dunia ke-2, Penang Free School pernah digunakan sebagai ibu pejabat Tentera Pembebasan Kebangsaan India (Indian National Liberation Army).

Selepas Merdeka sunting

Apabila Malaysia mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penang Free School perlu mematuhi Ordinan Pelajaran 1957 dan Polisi Pendidikan Negara. Penang Free School tidak lagi ditadbir oleh Gabenor tetapi oleh Board of Governors. Bangunan sekolah Penang Free School kekal menjadi milik Kerajaan.

Pengetua sunting

Berikut ialah senarai guru besar yang berkhidmat di Penang Free School: [1][2][3]

  • 1816–1821: William Cox
  • 1821–1822: David Churcher
  • 1822–1826: George Porter
  • 1826–1828: William Anchant
  • 1828–1843: John Colson Smith
  • 1843–1846: Bruton
  • 1846–1853: Fitzgerald
  • 1853–1871: John Clark
  • 1871–1891: George Griffin
  • 1891–1904: William Hargreaves
  • 1904–1925: Ralph H. Pinhorn
  • 1925–1926: William Hamilton
  • 1927–1928: D. R. Swaine
  • 1928–1929: L. W. Arnold
  • 1929–1931: D. W. McLeod
  • 1931–1933: M. R. Holgate
  • 1933–1934: J. Bain
  • 1934–1946: L. W. Arnold
  • 1947–1949: D. Roper
  • 1949–1950: M. F. Crocop
  • 1950–1951: P. F. Howitt
  • 1951–1957: J. E. Tod
  • 1957–1963: J. M. B. Hughes
  • 1963–1969: Tan Boon Lin
  • 1969–1971: Poon Poh Kong
  • 1972–1974: K. G. Yogam
  • 1974–1979: Goon Fatt Chee
  • 1979–1983: R. Visvanathan
  • 1983–1988: G. Krishna Iyer
  • 1988–1993: Hooi Beng
  • 1993–2000: Hj. Ismail bin Ibramsa
  • Jan 2000–Dis 2000: Abdul Rahman
  • 2001–2004: Arabi Sulaiman
  • 2004–2006: Muhammad Yusof bin Omar
  • 2006–2012: Hj. Ramli bin Din
  • 2012–2016: Jalil bin Saad
  • 2016–2020: Omar bin Abdul Rashid
  • 2020-kini: Shamsul Fairuz bin Mohd Nor

Alumni terkenal sunting

Penang Free School mendidik banyak tokoh Malaysia yang menjadi kemegahannya. Seorang murid yang masih belajar di sekolah ini biasanya dikenali sebagai Free dan ketika dia meninggalkan sekolah, dia secara automatik dipanggil Old Free. Sumbangan mereka kepada sekolah ini tidak berakhir dengan pendidikan mereka dan mereka meneruskan sumbangan kewangan dan perkhidmatan mereka kepada sekolah ini melalui Persatuan Old Free dan Yayasan Penang Free School. Sesetengah mereka juga menjadi guru dan kembali untuk mengajar generasi Free yang baru di sekolah ini. Antara alumni yang terkenal ialah:

  • Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama dan Pengasas Malaysia
  • Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Di-Pertuan Agong Ke-3 Malaysia
  • Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin, serta Yang Di-Pertuan Agong ke-12 Malaysia
  • Tan Sri P. Ramlee, pelakon, pengarah filem, penulis lagu, dan ahli muzik Melayu
  • Tun Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Ke-2 Pulau Pinang
  • Dato' Seri (Dr.) Anwar Fazal, mungkin tokoh yang paling terpengaruh dalam gerakan pengguna di seluruh dunia
  • Dr. Wu Lien Teh, pejuang menghapuskan wabak dan perintis pemodenan sistem kesihatan awam China.
  • Rosnah Johari , pelakon, pelakon undangan, pelakon penailan khas, pelakon tambahan Dan pelakon pembantu
  • Datuk Eddy Choong, bekas johan badminton All-England.
  • Hj. S.M.Zainul Abidin, pendidik terkenal. Beliau mengajar kebanyakan alumni yang tersenarai di atas.
  • Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen, Presiden Persatuan PBB Malaysia (UNAM)
  • Dato' Rizalman bin Ibrahim, pereka fesyen terkenal Malaysia
  • Rizman Nordin, pereka fesyen terkenal Malaysia
  • Shanell Harun, pereka fesyen terkenal Malaysia
  • Abu Mamu (Rajalawak)

Alamat sunting

Penang Free School
Jalan Masjid Negeri
11600, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042815814
Faks = 6042817737

Rujukan sunting

  • Saluran untuk pemberitahuan, makluman, hebahan terkini untuk warga PFS dan ibubapa

https://t.me/pfschannel