Penat (lagu Andi Bernadee)

"Penat" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi lelaki Malaysia, Andi Bernadee.[1] Lagu ini ialah hasil nukilan Andi sendiri bersama Nur Iman dan Efry Arwis, dikeluarkan pada 16 September 2020 oleh Warner Music Malaysia.[2][3][4] Ia juga menjadi lagu tema drama TV3, Ryan Aralyn.

"Penat"
Single oleh Andi Bernadee
Dilancarkan pada16 September 2020
Dirakamkan pada2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreBalada
Panjang3:27
SyarikatWarner Music Malaysia
Penulis
PenerbitAndi Bernadee
Kronologi Kronologi single Andi Bernadee
""Shimmy"
(2020)"
"Penat"
"Penat" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

Selepas muncul dengan beberapa single terdahulu, Andi Bernadee mengambil keputusan untuk mencuba genre muzik lain . Mencari kelainan daripada biasa, Andi mengetengahkan genre balada untuk karya terbaharu yang apa akan dikenali sebagai "Penat".[3] Ini menjadi lagu balada kedua nyanyian Andi selepas "Tiada Lagi Maaf" (2017). Menurut Andi, beliau ingin mempelbagaikan jenis muzik dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan tidak mahu terikat dengan satu genre sahaja.[3]

Dalam temuramah bersama mStar Online, Andi berkata:

"Walaupun saya berjaya menempa nama melalui muzik reggaeton, namun kali ini saya nekad untuk mempertaruhkan lagu balada pula. Saya mahu keluar daripada zon selesa dan ingin mempelbagaikan lagi jenis muzik dalam karya saya... memang bukan ini kali pertama saya membawakan lagu berentak balada, namun karya kali ini mempamerkan jenis balada yang berbeza dan lebih sesuai dengan citarasa muzik saya".[3]

Komposisi sunting

Berdurasi selama 3 minit dan 27 saat, "Penat" diberikan susunan muzik yang lebih melankolik dengan struktur lagu yang secara minimalis dengan iringan piano dan gitar dan diberikan unsur-unsur dramatik sehingga penghujung lagu, menjadikannya kedengaran indah namun diselubungi dengan rasa hiba.[5]

Muzik video sunting

Muzik video rasmi "Penat" dikeluarkan di saluran YouTube Warner Music Malaysia pada 17 September 2020.[6]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[7]
  1. "Penat" – 3:27

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 16 September 2020 Muat turun digital[7]
Penstriman digital[8]
Warner Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ "Andi Bernadee keluar zon selesa, 'penat' mahu kelainan". stesen radio. 18 September 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (19 September 2020). "Kisah cinta dalam lagu". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2020.
  3. ^ a b c d Qarami Hashim (18 September 2020). "Andi Bernadee keluar zon selesa, "Penat" mahu kelainan". mStar Online. Dicapai pada 1 November 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 September 2020). "Tak 'penat' hasil karya". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2020.
  5. ^ "Andi Bernadee tampil dengan lagu terbaharu berjudul "Penat" yang sarat dengan emosi". Warner Music Malaysia. 25 September 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
  6. ^ Fiza Kamarudin (18 September 2020). "Single baru tidak berentak reggaeton, Andi Bernadee dah penat". Astro Gempak. Dicapai pada 1 November 2020.
  7. ^ a b "Penat - Single oleh Andi Bernadee". iTunes (MY). 16 September 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
  8. ^ "Penat, a song by Andi Bernadee". Spotify. 16 September 2020. Dicapai pada 1 November 2020.