Mencari dan menyelamat

(Dilencongkan dari Pencarian dan penyelamatan)

Mencari dan menyelamat (carilamat atau M&M) (bahasa Inggeris: search and rescue) merupakan satu kegiatan dan usaha mencari, menolong, dan menyelamatkan nyawa manusia yang hilang atau dikhuatiri hilang atau berada dalam satu kejadian yang membahayakan nyawa seseorang seperti pelayaran, penerbangan, dan bencana.

Sebuah helikopter CH-149 Cormorant Pasukan Kanada menaikan seorang penyelamat dari sebuah bot Pengawal Pantai Kanada

Operasi carilamat dijalankan tidak mengira daerah mahupun di kawasan yang mencabar seperti laut, hutan, gurun, tetapi juga dijalankan di kawasan bandar. Operasi M&M dilakukan oleh pasukan yang bertauliah (biasanya perkhidmatan kecemasan) dan mempunyai teknik yang tidak membahayakan pasukan bantuannya sendiri mahupun kepada mangsa yang berkeperluan untuk diselamatkan.

Ia juga dilaksanakan terhadap sebarang insiden melibatkan penerbangan seperti pesawat terhempas, pendaratan cemas dan sebagainya, sementara pada kejadian melibatkan pelayaran sekiranya terjadinya mana-mana kapal atau bot didapati tenggelam, terbakar, pelanggaran, terkandas dan lain-lain. Begitu juga dengan adanya kejadian yang lain seperti kebakaran, bangunan runtuh, kemalangan kereta api dan lain-lain.

Sekiranya melibatkan bencana semulajadi, lalu operasi M&M yang merupakan diantaranya unit paling awal yang akan bertindak pantas untuk menjalankan operasi untuk menyelamatkan induvidu dikhuatiri terjejas lalu menjadi mangsa di dalam sesuatu jenis kejadian bersifat bencana semulajadi. Dan Unit tersebut terdiri daripada pencegahan (mitigation) , persediaan (preparedness), gerak balas (response) dan pemulihan (recovery), di mana operasi M&M merupakan bahagian dari tindakan pantas menyelamat para nyawa dan jiwa manusia yang telah terlibat.

Dalam bidang pelayaran dan penerbangan, segala aspek yang meliputi operasi ini termasuklah aspek keselamatan dan situasi keadaan yang telah diatur oleh badan antarabangsa IMO dan ICAO melalui persidangan antarabangsa. Sebagai melicinkan operasi M&M, Manual IAMSAR diterbitkan sebagai latihan bagi negara anggotanya dalam perlaksanaan operasi M&M untuk melakukan pelayaran dan penerbangan. Untuk menyeragamkan tindakan agar hasil yang maksimum dapat dicapai, sistem M&M (sistem mencari dan menyelamat) digunakan dan ia perlu difahami oleh semua agensi yang terlibat.

Operasi M&M ini banyak melibatkan agensi keselamatan baik dari pasukan tentera, polis, bomba, agensi keselamatan awam dan sebagainya. Demikian juga sesuai dengan pengurusan IMO dan ICAO di setiap negara wajib melaksanakan operasi M&M. Institusi yang bertanggungjawab dalam operasi M&M di setiap negara disesuaikan dengan sebarang insiden yang berlaku di dalam sesebuah negara. Di Malaysia contohnya, agensi-agensi yang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada SMART serta semua cawangan dalam organisasi PDRM. Selain dari operasi mencari dan menyelamat dalam sebarang bencana yang melibatkan penerbangan, pelayaran dan bencana alam, operasi ini juga sesuai digunakan oleh mana-mana pasukan elit sekiranya terjadi sebarang insiden tebusan yang mana nyawa tebusan perlu diselamatkan dari pihak musuh. Operasi perlu dirancang dengan teliti sebelum fasa serbuan dilakukan bagi mengelakkan sebarang ancaman yang tidak diingini yang dilakukan oleh musuh yang menggunakan tebusan bagi melindungi dirinya.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting