Pencemaran bau Sungai Selangor 2019

Pencemaran bau Sungai Selangor 2019 merupakan darurat bekalan air yang berlaku pada Julai 2019. Ia membabitkan 1,133 kawasan dengan 1,166,842 pelanggan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.[1][2]

Sungai Hulu Selangor

Garis masa sunting

Pencemaran tersebut bermula pada Jumaat 19 Julai 2019,[1] dan menyebabkan mutu air merosot dengan kehadiran bau yang tidak menyenangkan. Air tersebut tidak dapat dihilangkan baunya walaupun setelah dijerang. Akan tetapi, tiada lagi laporan yang keluarkan oleh sebarang pihak yang menyatakan air tersebut telah menjejaskan kesihatan mereka.

Puncanya dijejak ke Sungai Liam, Batang Kali, Hulu Selangor. Penyiasatan yang dijalankan oleh Unit Kualiti Air Selangor dengan kerjasama pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor menunjukkan kejadian ini disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab menuangkan bahan sisa berasaskan minyak ke dalam suatu kebuk masuk air seperti lubang air tanpa penapis atau lubang tandas.[3][4] Perkara ini menyebabkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Merah diaktifkan daripada pihak SYABAS, dan menyebabkan empat buah loji rawatan air (LRA) iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihentikan.[3][5][6]

 
SYABAS

Pada 19 Julai pukul 2 petang, pencemaran berkenaan dapat dikesan pada muka sauk di tiga buah LRA dengan bacaan bau 4 ton menurut Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman.[2] Pada 20 Julai, pihak SYABAS menghantar lori tangki air kepada zon keutamaan dengan pelanggan dan premis kritikal.[4] Sebanyak 6 tan karbon aktif digunakan oleh Air Selangor untuk mengurangkan pencemaran yang dilepaskan ke dalam air.[5] Walaupun punca pencemaran dapat dijejak, identiti pesalah langsung tidak dapat dikenal pasti dan barangkali akan berlaku lagi.[4]

Pada 21 Julai, SYABAS menyatakan bahawa mutu air telah dipulihkan ke beberapa kawasanː Kuala Lumpur dipulihkan 99%, diikuti dengan Petaling (95%), Gombak (94%), Klang/Shah Alam (91%), dan Kuala Langat (78%).[7][8] Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, telah siasat apa yang menyebabkan pencemaran ini.[9]

Pada 22 Julai, bekalan air diputuskan pada waktu pagi dan kembali semula pada waktu petang, kira-kira jam 6.00ptg.[10] Kumpulan Semesta SDN BHD mengeluarkan kenyataan media tentang pengesanan tumpahan minyak berdekatan Kolam Hang Tuah.[11]

Pada 23 Julai, akhirnya sumber pencemaran telah disahkan dan diwara-warakanː minyak diesel yang tumpah daripada projek pengorekan pasir di hulu Sungai Selangor.[12] Menurut laporan daripada seorang saksi bekerja bagi projek tersebut yang bernama "Peter" (48), "majikannya" telah cuba menyogoknya daripada masuk campur dan melaporkan tumpahan minyak di tempat kejadian.[12] Saksi telah menyatakan sifat khuatirnya dengan tumpahan minyak tersebut namun akui tidak tahu ke manakah patut beliau laporkan kejadian itu.

Pada 26 Julai, dua orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan tumpahan minyak diesel ke Sungai Selangor. Beliau berdua ditahan reman sehingga hari Ahad, 28 Julai.[13]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Unscheduled water cuts hit Klang Valley due to odour pollution in Sungai Selangor. (2019, 19 Julai). The Star Online.
  2. ^ a b Nur Izzah Izzati Nadzi. (2019, July 19). Pencemaran Sungai Selangor: Kod amaran merah diaktif. Utusan Online.
  3. ^ a b Punca pencemaran bau dikenal pasti, Syabas tidak pasti tempoh bekalan air akan pulih. (2019, 20 Julai). MStar.
  4. ^ a b c Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. (2019, 20 Julai). [https://web.archive.org/web/20190721123724/https://www.syabas.com.my/press-release/status-terkini-pencemaran-bau-di-sungai-selangor-yang-menyebabkan-hentitugas-loji-rawatan-air-sungai-selangor-fasa-1-2-dan-3-serta-loji-rawatan-air-rantau-panjang Diarkibkan 2019-07-21 di Wayback Machine Status Terkini Pencemaran Bau di Sungai Selangor yang menyebabkan Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang [Siaran akhbar]].
  5. ^ a b Hafidzul Hilmi Mohd Noor. (2019, 20 Julai). Industri lepaskan 'sisa'. Harian Metro.
  6. ^ Berita TV9. (2019, 20 Julai). Industri lepaskan 'sisa'. YouTube.
  7. ^ Sira Habibu. (2019, 21 Julai). Syabas: Water supply fully restored in Kuala Selangor, Hulu Selangor. The Star Online.
  8. ^ Nik Hafizul Baharuddin. (2019, 21 Julai). Bekalan air pulih 94 peratus. Utusan Online.
  9. ^ Amirudin Shari. (2019, Julai 21). Peninjauan tapak lokasi pencemaran Sungai Selangor. Twitter. Sungai Selangor, Lembah Klang.
  10. ^ Air Selangor. (2019, Julai 22). Makluman jangkamasa pemulihan hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor SSP1, SSP2 dan SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang. Twitter. Selangor.
  11. ^ Pei Ling Gan. (2019, Julai 21). Selangor’s sand mining concessionaire owns up to the spillage.. Twitter. Sungai Selangor, Lembah Klang.
  12. ^ a b Astro Awani. (2019, 24 Julai). Nampak tumpahan diesel, ada individu tawar 'duit kopi'.
  13. ^ Astro Awani. (2019, 26 Julai). Polis tahan 2 suspek pencemaran Sungai Selangor.