Pencerobohan perairan

Pencerobohan perairan merupakan salah satu kesalahan dari segi undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh orang atau pihak asing melalui kaedah mencerobohi sempadan perairan sesuatu negara tanpa sebarang dokumen perjalanan dan permit kebenaran yang sah. Pencerobohan ini akan membawa pelbagai jenis masalah keselamatan kepada rakyat dan pemerintahan dalam sesuatu negara tersebut.