Pencetak komputer

peranti elektronik yang menghasilkan salinan di bahantara fizikal daripada dokumen elektronik

Pencetak ialah salah sebuah peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.

Pencetak berjenama Epson Stylus C65 jet dakwat

Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh mencetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.[1]

Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu: