Pencetak tanpa hentaman

Pencetak baris tanpa hentaman merupakan sejenis pencetak komputer yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau kaedah pancutan dakwat adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. Pencetak laser Xerox 9700 misalnya, berkeupayaan mencetak lebih daripada 18,000 baris per minit.

Pencetak laser berjenama Hp

Sebelum pembangunan pencetak jet dakwat dan pencetak laser, pencetak tanpa hentaman tidak banyak digunakan kerana beberapa sebab:

  • Memerlukan kertas khas yang lebih mahal
  • Output bercetak tidaklah seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman.