Pencuri Buku (The Book Thief) merupakan novel tahun 2005 Markus Zusak yang laris jualannya. Novel tersebut merupakan antara calon Anugerah Michael L. Printz.

Rumusan plot sunting

Pencuri Buku berlatarkan negara Jerman ketika Perang Dunia II dan juga berpuluh-puluhan tahun kemudian selepas dikalahkan. Cerita ini diulaskan dari sudut pandangan Dewa Mati, seorang pengumpul roh yang tidak menikmati pekerjaannya. Salah satu kegembiraannya adalah dalam cerita pencuri buku, Liesel Meminger, yang telah beliau temu sebanyak tiga kali. Cerita Liesel bermula apabila beliau dan adik lelakinya terpaksa meninggalkan ibu mereka, (mungkin kerana ayahnya seorang ahli komunis) dan akan disara oleh keluarga Hubermann. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan mereka ke sebuah pekan kecil di luar Munich yang merupakan tempat tinggal Hubermann, adik Liesel yang berumur 6 tahun meninggal dunia selepas penyakit batuk. Dewa Mati bertemu dengan Liesel buat kali pertama apabila penggali kubur mengebumikan adiknya dan mendapati beliau telah mencuri buku panduan penggali kubur, walaupun beliau tidak dapat membaca. Liesel tibe di keluarga Hubermann, Rosa and Hans, yang melayannya dengan baik, walaupun rosa sering memaki orang lain. Selepas itu, Liesel bertemu dengan Rudy Steiner, seorang jirannya yang akan menjadi kawan paling rapatnya. Rudy terkenal dengan penyamarannya sebagai atlet Amerika, Jesse Owens dan kesukaannya terhadap Liesel. Hans Hubermann mengambil keputusan untuk melindungi pelari Yahudi, Max Vandenburg, kerana ayah Max pernah menyelamatkan nyawanya dalam Perang Dunia I, suatu peristiwa yang menyebabkannya memikirkan persoalan tentang penganiayaan terhadap orang Yahudi. Max menjadi kawan rapat Liesel dan beliau melakarkan siri gambar berdasarkan pemikirannya, dan juga menghadiahkan dua bukunya kepada Liesel. Walau bagaimanapun, max terpaksa meninggalkan keluarga Hubermann kerana Hans membantu seorang Yahudi yang dihantar ke kem yang berhampiran dan mereka bimbang bahawa rumah Hubermann akan diperiksa oleh Schutzstaffel. Perang Dunia II semakin berdekatan Himmel Street dengan membawa kematian kepada kawasan tersebut. Hans terselamat dalam kem tentera tetapi anak lelaki seorang jirannya membunuh diri kerana perasaan bertanggungjawab atas kematian adiknya dalam pertempuran. Selepas itu, sebuah kapal terbang bersekutu berlanggar di luar pekan dan Liesel melihat kematian juruterbang (kali kedua Dewa Mati melihat Liesel). Ancaman serangan udara meningkat setiap hari dan Liesel dan jiran-jirannya terpaksa berkumpul dan melindungkan diri di tingkat bawah tanah. Ketika itu, Liesel akan membaca kandunagn buku kepada jiran-jiran dan ahli keluarganay untuk menenangkan mereka. Namun demikian, pada suatu malam, pengera telah lambat mengeluarkan isyarat, semua penduduk Himmel Street telah dibunuh akibat pengeboman, kecuali Liesel. Beliau terselamat kerana sedang menulis cerita hidupnya dalam tingkat bawah tanah rumah keluarha Hubermann pada ketika itu. Liesel sedih dengan kematian ahli keluarga dan rakannya. Ini merupakan kali ketiga beliau bertemu dengan Dewa Mati. Dewa Mati telah mengutip autobiografinya yang telah dibuang dan mendatangkan perspektif baru tentang budak perempuan ganjil ini. Yang menakjubkan, Max terselamat dalam kem dan bertemu semula dengan Lisel selepas beberapa tahun. Cerita berakhir apabila Liesel yang telah mencapai umur tua dan tinggal dengan keluarganya di Sydney, Australia meninggal dunia. Dewa Mati mananyakan Liesel kehidupannya dengan menunjukkan autobiografi yang telah lama dibuang olehnya.

Watak sunting

  • Dewa Mati - Pencerita
  • Liesel Meminger - Watak antagonis cerita ini.
  • Rudy Steiner - Jiran Liesel Meminger dan kawan rapat kepadanya.
  • Hans Hubermann - Ayah angkat Liesel.
  • Max - Seorang pelari Yahudi.
  • Rosa Hubermann - Ibu angkat Liesel.

Tema sunting

Kematian

Kesusasteraan

Warna