Pendapatan bersih

(Dilencongkan daripada Pendapatan)

Pendapatan bersih adalah baki pendapatan bagi satu firma setelah ditambah jumlah keuntungan dan laba serta ditolak semua perbelanjaan dan kerugian bagi tempoh laporan. Pendapatan bersih boleh diagihkan di kalangan pemegang saham sebagai sebuah dividen atau dipegang oleh firma sebagai satu penambahan kepada perolehan tertahan. Oleh kerana untung dan perolehan digunakan secara sinonim bagi pendapatan (juga bergantung kepada penggunaan UK dan AS), perolehan bersih dan untung bersih biasanya dijumpai sebagai sinonim bagi pendapatan bersih. Selalunya, istilah pendapatan digantikan bagi pendapatan bersih, ia belum lagi disukai kerana kekeliruan yang mungkin timbul. Pendapatan bersih secara tidak rasminya dipanggil sebagai garis bawah kerana jenis ini dijumpai pada garis terbawah bagi sebuah penyata pendapatan satu syarikat (satu istilah berkaitan adalah garis atas, bermakna hasil, yang membentuk garis pertama bagi penyata akaun).


Hal-hal yang ditolak secara tipikal termasuklah perbelanjaan cukai, perbelanjaan kewangan (belanja faedah), dan faedah minoriti. Begitu juga, dividen-dividen saham keutamaan akan ditolak juga, walaupun mereka bukannya satu perbelanjaan. Bagi syarikat perdagangan, penolakan kos-kos mungkin kos barang dijual, diskaun jualan, dan pemulangan jualan dan elaun-elaun. Bagi sebuah syarikat produk pengiklanan, pengilangan, dan kos-kos rekabentuk dan pembangunan dimasukkan.

Satu persamaan pendapatan bersih

sunting
Keuntungan jualan bersih
Kos barang dijual
= Untung kasar
– Perbelanjaan SG&A (jumlah kos pengendalian perniagaan)
= EBITDA
– Susut nilai & pelunasan
= EBIT
Faedah (kos peminjaman wang)
= EBT
Perbelanjaan cukai
= Pendapatan bersih (Pendapatan selepas cukai/EAT)

Lihat juga

sunting

Templat:Accounting-stub