Pendekatan koperatif

Pendekatan / (Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama) (Slavin, 1982). Sasaran utamanya adalah menuju kepada tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

  • a.Saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
  • b.Saling berinteraksi secara bersemuka,
  • c.Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
  • d.Kemahiran koperatif, dan
  • e.Pemprosesan kumpulan

Ganjaran biasanya akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza secara bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.[perlu rujukan]

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).[perlu rujukan]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.