Penderiaan jarak jauh

.

Imej radar celah sintetik bagi Lembah Maut yang diwarnakan menggunakan polarimetri

Penderiaan jarak jauh merupakan pemerolehan maklumat berskala kecil atau besar bagi sebarang objek atau fenomena, dengan menggunakan peranti penderiaan masa benar atau rakaman yang tidak bersentuhan atau dengan jarak dekat (seperti kapal terbang, kapal angkasa, satelit, belon, atau kapal). Sebagai latihan, penderiaan jarak jauh merupakan pengumpulan melalui pelbagai peranti untuk mengumpulkan maklumat bagi objek atau kawasan yang diberikan. Maka, platform pengumpulan cerapan Bumi atau satelit cuaca, platform belon cuaca mencerap lautan dan atmosfera, memerhati kandungan melalui ultrabunyi, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Tomografi Pancaran Positron (PET), dan penyiasat angkasa semuanya menggunakan pendeiaan jarak jauh. Dalam kegunaan moden. istilah lazimnya merujuk kepada penggunaan teknologi penderiaan imej termasuklah peralatan di atas kapal udara dan kapal angkasa, dan berbeza dengan bidang yang melibatkan imej seperti pengimejan perubatan.


Pautan luar sunting