Guru

(Dilencongkan daripada Pendidik)

Guru (Jawi: ݢورو daripada bahasa Sanskrit गुरू "orang yang patut dimuliakan";[1] bahasa basahan: cikgu چيقݢو‎ gabungan kata "cik guru"[2]), pengajar, pendidik dan mudaris merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Perkataan guru cenderung digunakan bagi merujuk suatu jawatan pendidik yang memberi ilmu, sementara kata cikgu mempunyai maksud yang sama dengan guru namun ianya lebih cenderung digunakan untuk panggilan seseorang yang menyandang jawatan guru. Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya pengurusan guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuh pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Seorang guru di Vietnam.

Takrifan khusus

sunting

Dalam agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual atau kejiwaan murid-muridnya. Dalam agama Buddha pula, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva. Guru dalam kedua-dua konteks ini biasanya merujuk kepada para pendeta yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.Guru pada zaman moden ini juga sedang mengamalkan pembelajaran abad ke 21(2018).

Dalam agama Sikh, guru mempunyai makna yang mirip dengan agama Hindu dan Buddha, namun posisinya lebih penting lagi kerana salah satu intipati utama ajaran agama Sikh adalah kepercayaan terhadap ajaran sepuluh guru Sikh - Guru pertama, Guru Nanak Dev adalah pendiri agama ini.

Orang India, Cina, Mesir, dan Israel menerima pengajaran dari guru yang merupakan seorang imam atau nabi. Oleh sebab itu, seorang guru sangat dihormati dan terkenal di masyarakat serta menganggap guru sebagai pembimbing untuk mendapat keselamatan dan dihormati bahkan lebih dari orang tua mereka.

Hari Guru

sunting

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru, manakala di Indonesia, Hari Guru diraikan pada setiap 25 November sempena harijadi Persatuan Guru Republik Indonesia.

Tugas dan fungsi

sunting

Peranan guru mungkin berbeza antara budaya. Guru boleh memberi pengajaran dalam literasi dan numerasi, pertukangan atau latihan vokasional, seni, agama, sivik, peranan masyarakat, atau kemahiran hidup.

Tugas mengajar formal merangkumi menyelesaikan pelajaran mengikut kurikulum yang dipersetujui, memberi pelajaran, dan menilai kemajuan pelajar.

Tugas profesional seorang guru boleh melebihi pengajaran formal. Di luar kelas guru dapat menemani pelajar dalam lawatan lapangan, mengawasi dewan belajar, membantu dalam mengatur fungsi sekolah, dan bertindak sebagai penyelia untuk aktiviti ekstrakurikuler. Dalam beberapa sistem pendidikan, guru mungkin bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar. Guru dan Tutor kedua-duanya mempunyai tanggungjawab yang berbeza.

Rujukan

sunting
  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 359. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 76.
  2. ^ Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "gu". Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 580. ISBN 9789836252272.

Pautan luar

sunting