Buka menu utama

Pendosa Ingin Ke Syurga ialah telefilem Malaysia 2018 yang bertemakan kekeluargaan dan konflik. Drama ini telah ditayangkan pada 22 Jun 2018 pada jam 10:00 malam melalui saluran TV3. Drama ini mengisahkan percintaan antara seorang bapa dan anak tanpa disedari.[2]

Pendosa Ingin Ke Syurga
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahRashid Sibir[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitSuhan Movies & Trading Sdn.Bhd.
Tempoh siaran84 minit
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal22 Jun 2018 (2018-06-22)

SinopsisSunting

Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isterinya bersama ibunya di kampung. Janji Sufian kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. Namun, janji hanya tinggal janji. Sufian berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn. Anak mereka, Juanita yang kini berusia 19 tahun memberontak telah melarikan diri ke bandar. Juanita bertemu dengan Shawn di kelab tanpa mengetahui Shawn ialah bapa kandungnya. Mereka bercinta. Tibalah saat Juanita meminta Shawn bertemu penjaganya di kampung. Tiada kata yang keluar dari mulut Shawn apabila Juanita membawanya bertemu Aisyah.

PelakonSunting

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[3][4] Drama Terbaik Menang

RujukanSunting

  1. ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai 27 Oktober 2018. 
  2. ^ "'Kisah cinta antara bapa dan anak'". Berita Harian. Dicapai 27 Oktober 2018. 
  3. ^ "'12 karya bakal dinilai untuk Drama Terbaik ASK2018'". mSTAR. Dicapai 27 Oktober 2018. 
  4. ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai 27 Oktober 2018.