Demografi Malaysia

(Dilencongkan dari Penduduk jati Malaysia)

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan suku terbesar di Malaysia Barat. Manakala, kaum Iban dan Kadazan-Dusun merupakan kaum terbesar di Malaysia Timur. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia.

Demografi Malaysia
Malaysia single age population pyramid 2020.png
Piramid populasi Malaysia (2020)
Jumlah penduduk33,871,431 (anggaran 2022)
Kadar pertumbuhan1.03% (anggaran 2022)
Kadar kelahiran14.55 kelahiran per 1,000 penduduk (anggaran 2022)
Kadar kematian5.69 kematian per 1,000 penduduk (anggaran 2022)
Jangka hayat76.13 tahun
 • lelaki74.5 tahun
 • perempuan77.87 tahun
Kadar kesuburan1.75 anak lahir per wanita (anggaran 2022)
Kadar mortaliti bayi6.59 kematian per 1,000 kelahiran hidup
Kadar penghijrahan bersih1.48 migran per 1,000 penduduk (anggaran 2022)
Tata tingkat usia
0–14 tahun26.8%
65 tahun ke atas6.9%
Nisbah jantina
Jumlah1.05 lelaki per satu perempuan (anggaran 2022)
Sewaktu lahir1.07 lelaki per satu perempuan
Bawah 15 tahun1.06 lelaki per satu perempuan
65 tahun ke atas1.14 lelaki per satu perempuan
Bangsa
Etnik majoritiBumiputera (62.5%)
Etnik minoriti
  • Cina (20.6%)
  • India (6.2%)
Bahasa
RasmiBahasa Malaysia
Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.

Komposisi etnikSunting

Pada tahun 2019,jumlah penduduk Malaysia adalah 32.7 juta yang merangkumi 90.2 peratus warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara.

68.88% merupakan kaum Bumiputera, dimana 58.7% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 4.13% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, , dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur. 64.4% merupakan kaum Dayak di Sarawak dan suku kaum Kadazan-Dusun majoriti di Sabah iaitu terletak di Malaysia Timur.

Kira kira 22,6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan lain-lain.

Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 6.73% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Punjabi Sikh, Telugu dan lain-lain.

Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.9 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.[1]

Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 25.8 juta daripada 31.9 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

Komposisi agamaSunting

Agama di Malaysia
Agama Peratus
Islam
  
63.3%
Buddha
  
19.8%
Kristian
  
9.2%
Hinduisme
  
6.5%
Lain-lain Agama
  
1.7%
Tiada Agama/Agama tidak diketahui
  
0.5%

Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 63.3%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%), Hindu (6.5%), lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak 0.5%. Lain-lain agama termasuklah Agama rakyat Cina, agama Sikh, agama Yahudi, dan lain-lain.

RujukanSunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2012-04-10.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting