Dame Penelope Alice Wilton DBE (lahir 3 Jun 1946) merupakan seorang pelakon wanita United Kingdom. Beliau terkenal dengan gandingannya bersama Richard Briers dalam sitkom BBC Ever Decreasing Circles (1984–1989); peranannya sebagai Homily dalam minisiri The Borrowers (1992) dan The Return of the Borrowers (1993); dan peranannya sebagai Isobel Crawley dalam siri televisyen Downton Abbey (2010–2015). Beliau memegang watak sebagai Harriet Jones dalam siri televisyen Doctor Who (2005–2008).

Dame

Penelope Wilton

Penelope Wilton 2013.jpg
Penelope Wilton di Stockholm, Sweden, November 2013
Kelahiran
Penelope Alice Wilton

(1946-06-03) 3 Jun 1946 (umur 74)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1969–kini
PasanganDaniel Massey
(k. 1975; c. 1984)

Ian Holm
(k. 1991; c. 2001)
Anak1

Latar belakangSunting

Penelope Wilton dilahirkan di Scarborough, Yorkshire Utara, dan merupakan anak perempuan Alice Travers, seorang penari tap dan bekas pelakon, dan Clifford William Wilton, seorang usahawan.[1][2][3][4] Beliau merupakan anak saudara pelakon Bill Travers dan Linden Travers.[5] Datuk dan nenek sebelah ibunya memiliki teater.[3]

Beliau dan adik perempuannya, Rosemary dan Linda, melanjutkan pendidikan di sekolah biara La Sagesse di Newcastle upon Tyne, tempat ibu mereka sebelumnya mengajar. Beliau menghadiri Drama Centre London dari 1965 hingga 1968.[6][7]

RujukanSunting

  1. ^ "Penelope Wilton, the winner of discontent". The Times. 30 April 2011. Dicapai pada 12 June 2016.
  2. ^ Andrew Billen (26 April 2000). "Time for Penelope to soar". Evening Standard. London, UK. Dicapai pada 12 June 2016.[pautan putus]
  3. ^ a b "Acting Alumni Win Big at Olivier Awards". Csm.arts.ac.uk. Dicapai pada 12 June 2016.
  4. ^ Profile, oxforddnb.com; 14 April 2015; accessed 14 June 2016.
  5. ^ "What's On: Wicked role for Penelope means it's Women Beware Wilton; Theatre (Features)" Coventry Evening Telegraph (England) via HighBeam Research
  6. ^ Drama Centre: watch this face Diarkibkan 2 Mac 2014 di Wayback Machine, blogs.arts.ac.uk, 22 March 2009; accessed 14 June 2016.
  7. ^ "The Wheatleys of Houghton-le-Spring: The sweet success of a family" (PDF). Houghton-le-Spring Heritage Society.

Pautan luarSunting