Penembakan Michael Brown

Kes membunuh seorang lelaki kulit hitam melibatkan polis di Ferguson, Missouri, Amerika Syarikat pada 2014

Pada 9 Februari 2014, Michael Brown Jr., seorang lelaki Afrika Amerika berusia 18 tahun, ditembak dan dibunuh oleh Darren Wilson, seorang pegawai polis di Ferguson, Missouri, bandar satelit St. Louis, Missouri.[1] Michael ditemani oleh rakannya, Dorian Johnson.[2] Darrel mengatakan bahawa pertengkaran yang bermula oleh Michael yang ingin merebut pistol Darrel.[3][4]

Penembakan Michael Brown
Lokasi Ferguson, Missouri, di St. Louis County, dan St. Louis County di Missouri
Tarikh9 Ogos 2014; 9 tahun yang lalu (2014-08-09)
Masa12:01–12:03 (CDT)
LokasiFerguson, Missouri, AS
Koordinat38°44′18″N 90°16′26″W / 38.73847°N 90.27387°W / 38.73847; -90.27387Koordinat: 38°44′18″N 90°16′26″W / 38.73847°N 90.27387°W / 38.73847; -90.27387
Hadirin
  • Darren Wilson (polis)
  • Michael Brown (mangsa)
  • Dorian Johnson (rakan Brown)
KematianMichael Brown
KecederaanDarren Wilson
TuduhanTidak ada
LitigasiKesilapan tindakan perundangan kematian untuk jumlah yang tidak didedahkan

Michael dan Dorian kemudian lari, dan dikejar oleh Darrel. Darrel melihat Michael berhenti lari dan menyerang Darrel, sementara Dorian melihat Michael berbalik dan mengangkat tangan setelah ditembak di punggungnya. Menurut Dorian, Darrel menembak Michael berulang-ulang, 12 kali, 6 di bahagian depan.

Kejadian ini mencetuskan rusuhan Ferguson. Siasatan FBI menemukan bahawa tiada bukti Michael mengangkat tangan tanda menyerah atau mengatakan "jangan tembak" sebelum dia ditembak.[5] Namun, penunjuk perasaan percaya bahawa Michael sudah mengangkat tangan (berdasarkan keterangan Dorian), dan kemudian menggunakan slogan "angkat tangan, jangan tembak". Penunjuk perasaan, baik damai mahupun rusuhan, berlangsung lebih dari seminggu di Ferguson, hingga polisi melaksanakan perintah berkurung? Respons polis Ferguson ketika menghadapi tunjuk perasaan banyak dikritik pihak media dan ahli politik. Masalah yang disorot antara lain ketidaksensitifan, taktik, dan militerisasi polis.

Dewan juri dibentuk untuk menyiasat kes ini. Pada 24 November, peguambela mengumumkan bahawa dewan juri memutuskan tidak mendakwa Darrel, yang menyoroti rusuhan gelombang kedua. Pada Mac 2015, Jabatan Keadilam AS mengeluarkan kesimpulan siasatannya bahawa Wilson tidak melanggar hak sivil, dan bukti forensik menyokong kesaksian Darrel. Saksi yang memberi pembelaan disahkan sebagai saksi yang dapat dipercayai, sementara saksi yang memberatkan disahkan tidak boleh dipercayai, bahkan beberapa menipu bahawa mereka melihat kejadiannya, padahal tidak. Jabatan Keadilan menyimpulkan bahawa Darrel menembak Michael sebagai pembelaan diri.[6]

Rusuhan Ferguson gelombang ketiga terjadi pada peringatan setahun setelah penembakan ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ USDOJ 2015, m/s. 6.
  2. ^ "Michael Brown Robbed Convenience Store, Stole Cigarillos Before Darren Wilson Shooting, Dorian Johnson Says". International Business Times. November 25, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2014. Dicapai pada October 1, 2017.
  3. ^ USDOJ 2015, pp. 80–81, §1. Shooting at the SUV.
  4. ^ McLaughlin, Eliott (December 15, 2014). "Despite discrepancies, Dorian Johnson consistent in accounts of Brown shooting". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2019. Dicapai pada February 27, 2019.
  5. ^ German Lopez (August 12, 2019). "Elizabeth Warren and Kamala Harris's controversial Michael Brown tweets, explained". Dicapai pada August 13, 2019. the Justice Department’s 2015 report contradicted many of the protesters’ claims, finding that Wilson likely did have reason to fear for his life and didn’t violate the law in shooting Brown
  6. ^ USDOJ 2015, m/s. 80–82.

Pautan luar sunting