Penembakan Oslo 2022

Pada 25 Jun 2022, dua orang terbunuh dan 21 lagi cedera dalam tembakan skala besar di tiga tapak di Oslo, Norway. Menurut polis, tembakan itu adalah tindakan terorisme Islam yang menyasarkan Oslo Pride, acara kebanggaan LGBT tempatan, yang dihoskan oleh Pertubuhan Kepelbagaian Seksual dan Jantina Norway, cawangan Oslo.[3] Polis menahan Zaniar Matapour, seorang lelaki asal Iran, dan dituduh atas kesaalahan membunuh, cubaan membunuh dan keganasan. Tembakan itu adalah serangan pertama seumpama itu di Norway sejak kejadian di Utøya pada 2011.

Penembakan Oslo 2022
Halangan polis di tempat kejadian
Penembakan Oslo 2022 is located in Bumi
Penembakan Oslo 2022
Penembakan Oslo 2022 (Bumi)
Map
LokasiOslo, Norway
Koordinat59°54′55″N 10°44′26″E / 59.91528°N 10.74056°E / 59.91528; 10.74056Koordinat: 59°54′55″N 10°44′26″E / 59.91528°N 10.74056°E / 59.91528; 10.74056
Tarikh25 Jun 2022 (Waktu Musim Panas Eropah Tengah UTC+02:00)
Jenis serangan
Penembakan beramai-ramai
Senjata
  • Senjata automatik
  • Senjata kecil tak dikenal pasti[1]
Kematian2
Tercedera21
PelakuZaniar Matapour Sunting ini di Wikidata
Motif
  • Fahaman anti-LGBT[2]
  • Ekstremisme Islam
TertuduhZaniar Matapour
Pertuduhan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tembakan sunting

Penembakan berlaku di lokasi yang dikaitkan dengan Oslo Pride, acara kebanggaan LGBT tempatan yang dihoskan oleh Pertubuhan Norway bagi Kepelbagaian Seksual dan Jantina cawangan Oslo, malam sebelum perarakan Pride yang dirancang di Oslo. Penembakan pertama berlaku di London Pub, sebuah bar gay dan kelab malam yang popular. Menurut seorang saksi, pelaku menjerit takbir ketika dia mula menembak.[4] Pelaku kemudian berpindah ke dua lagi lokasi berdekatan, termasuk bar Per på hjørnet dan sebuah kedai makan. Dua orang terbunuh dan dua puluh satu lagi cedera, sepuluh daripadanya cedera parah manakala sebelas lagi cedera ringan.[5][6][7] Polis dipanggil pada 1:15 pagi (waktu tempatan) dan tiba beberapa minit kemudian.[7] Suspek telah ditahan lima minit selepas serangan itu.[8] Lapan puluh hingga seratus orang bersembunyi di ruang bawah tanah pub semasa serangan itu,[3] dan orang yang cedera berbaring di dalam dan di luar bar dengan polis menyifatkan kejadian itu sebagai "kecoh".[7]

Menurut Eskil Pedersen, ramai daripada mereka yang hadir di London Pub, termasuk dirinya, turut berada di Utøya semasa penembakan 2011 oleh pengganas domestik Anders Behring Breivik [9]

Suspek sunting

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Zaniar Matapour, orang asal Iran di Norway berusia 42 tahun, telah didakwa atas tuduhan membunuh, cubaan membunuh, dan tindakan teroris.[7][2][10]

Dalam sidang akhbar pada 25 Jun, polis berkata bahawa mereka percaya serangan itu boleh didorong oleh semangat anti-LGBT, dan bertujuan untuk menyasarkan Oslo Pride.[11][12][13][14] Norway telah menyaksikan serangan berterusan terhadap warga LGBT dan acara Pride daripada pelampau anti-LGBT di media sosial. [15] Polis kemudian mengesahkan bahawa mereka mengenali suspek sejak 2015, mempercayai bahawa dia telah menjadi radikal ke dalam ekstremisme Islam.[2]

Matapour mempunyai latar belakang jenayah yang luas daripada kesalahan dadah dan serangan, tetapi hanya menerima "sabitan kecil" sebelum serangan itu, menurut seorang pendakwa raya Norway.[10][7] Ibunya berkata bahawa dia sebelum ini telah disahkan menghidap skizofrenia paranoid.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ "Norway: Shooting at Oslo LGBTQ nightclub kills two". Deutsche Welle. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  2. ^ a b c Krantz, Andreas; Nilsen, Ninnie Therese Rogne; Revheim-Rafaelsen, Mathias; Bakken, Jenny Dahl; Bernhus Årtun, Amalie; Grimstad Hestenes, Sunniva; Solheim, Simon; Knutsen, Maria Madeleine; Benjaminsen, Håkon (25 Jun 2022). "Skyting ved utested i Oslo sentrum – siktede hadde to uregistrerte våpen" [Shooting at Nightclub in Central Oslo – Suspect had two unregistered weapons]. NRK (dalam bahasa Bokmal Norway). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  3. ^ a b "Oslo shooting: Norway attack being treated as Islamist terrorism, police say". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 2022-06-25.
  4. ^ "Passerte gjerningsmannen: – Ropte "allahu akbar"". 25 Jun 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  5. ^ "Suspect arrested after deadly shooting rampage in Oslo". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 2022-06-25.
  6. ^ Staff, Our Foreign (25 Jun 2022). "Two people killed in Oslo nightclub shooting". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  7. ^ a b c d e Yeung, Jessie; Maruyama, Mayumi; Frater, James; Kennedy, Niamh (25 Jun 2022). "Oslo shooting near gay bar investigated as terrorism, as Pride parade is canceled". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 2022-06-25.
  8. ^ Libell, Henrik Pryser; Ives, Mike (25 Jun 2022). "2 Killed and at Least 19 Wounded in Shooting in Norway's Capital". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  9. ^ Solheim, Marita; Skeie, Kari; Skifjeld, Anne (26 Jun 2022). "Utøya-overlevende opplevde nytt skytedrama" [Utøya survivors experienced new shooting]. NRK (dalam bahasa Norway). Dicapai pada 26 Jun 2022. Mange av de som var på London Pub, hadde også vært på Utøya 22. juli 2011, forteller Pedersen.
  10. ^ a b Holm-Nilsen, Sverre (25 Jun 2022). "Zaniar Matapour (42) er terrorsiktet etter skytingen i Oslo". NRK. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  11. ^ "Siste nytt om skytehendelsen i Oslo" [Latest News on Shooting in Oslo] (dalam bahasa Bokmal Norway). VG. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  12. ^ "42-åring siktet for drap, drapsforsøk og terror etter Oslo-skyting". tk.no. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  13. ^ "Dette vet vi om siktede (42) etter skytingen: – Ville skape frykt i befolkningen". rb.no. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  14. ^ "Politiet: – Siktet for drap, drapsforsøk og terrorhandlinger". f-b.no. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  15. ^ Engebretsen, Elisabeth L. (2022). "Scientizing Gender? An Examination of Anti-Gender Campaigns on Social Media, Norway". Dalam Eslen-Ziya, H.; Giorgi, A. (penyunting). Populism and Science in Europe. Palgrave Macmillan. m/s. 185–206. doi:10.1007/978-3-030-97535-7_9. ISBN 978-3-030-97534-0.
  16. ^ Pedersen, Jørn Normann; Sørheim, Kristine (25 Jun 2022). "Zaniar Matapour (42) er siktet for terror og drap" [Zaniar Matapour (42) Accused of Terror and Murder]. Avisa Oslo. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.