Penenunan adalah kaedah pengeluaran tekstil di mana sepasang dua jenis benang memanjang dan merenjang (yakni lungsin dan pakan) dikait silang bersama atau ditenun[1] dalam alat tenun membentuk suatu helaian kain. Helaian kain tenunan boleh berwarna tunggal secara biasa atau boleh ditenun dengan pelbagai hiasan atau reka bentuk corak.

Penenunan kain songket di sebuah pasar malam Surabaya, tahun 1910-an

Sejarah sunting

Kegiatan penenunan berkait rapat dengan hubungan dan pertukaran budaya dilakukan antara masyarakat-masyarakat Asia Tenggara di mana kawasan rantau ketika itu merupakan daratan besar tidak terpisah pada zaman Paleolitik. Alat tenunan terawal dibawa ke lingkungan masyarakat Melayu melalui kebudayaan Đông Sơn sejak 700 hingga 300 SM.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "tenun". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Haziyah Hussin (2006). "Aktiviti Seni dan Budaya Lampau: Penghasilan dan Penggunaan Tekstil di Alam Melayu dari Sudut Sejarah Silam". Jebat. Universti Kebangsaan Malaysia. 33: 96–103. ISSN 2180-0251.