Penerbangan 175 United Airlines
Penerbangan 175 United Airlines ialah penerbangan rentas benua American Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston, Massachusetts ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di Los Angeles, California. Pada hari Selasa, 11 September 2001, pesawat yang terbang mengikut laluan ini—sebuah Boeing 767-222—dirampas oleh lima orang pengganas al-Qaeda, lalu dihempaskan kepada Menara Selatan World Trade Center di Bandar Raya New York, sebagai sebahagian serangan 11 September.
perampasan | |
---|---|
Tarikh | Selasa, 11 September 2001 |
Ringkasan | Perampasan kapal terbang Hijacking |
Tapak kejadian | World Trade Center |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Boeing 767-222 |
Pengendali | United Airlines |
Kod pendaftaran | N612UA |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Logan |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles |
Penumpang | 56 (termasuk 5 perampas) |
Anak kapal | 9 |
Kematian | Kesemua 65 orang dalam pesawat, dan kira-kira 900 orang (termasuk yang lompat keluar dan pekerja kecemasan) di Menara Selatan World Trade Center. |
Terselamat | 0 |
Kira-kira 30 minit selepas berlepas, para perampas memecah masuk ke dalam kokpit, dan mengatasi juruterbang dan pegawai pertama untuk memberikan peluang kepada ketua perampas dan juruterbang terlatih, Marwan al-Shehhi untuk mengambil alih kawalan. Transponder pesawat ditutup dan pesawat itu menyimpang dari laluan penerbangan yang ditetapkan selama empat minit, sebelum pengawal kawalan udara perasan pada jam 08:51. Mereka membuat beberapa cubaan untuk menghubungi kokpit tetapi gagal. Beberapa orang penumpang dan kakitangan dalam pesawat membuat panggilan telefon dari kapal terbang dan memberikan maklumat tentang para perampas dan kecederaan yang dialami oleh penumpang dan kakitangan.
Pesawat Boeing 767 yang beroperasi sebagai Penerbangan 175 menghempas Menara Selatan World Trade Center pada 09:03, membunuh kesemua 65 orang dalam pesawat, termasuk perampas. Perampasan Flight 175 diselaraskan dengan Penerbangan 11 American Airlines yang menghempas Menara Utara 17 minit sebelumnya. Hempasan Penerbangan 175 ke dalam Menara Selatan merupakan satu-satunya impak yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Hanya selepas kehilangan Penerbangan 175 itu, barulah seluruh dunia sedar bahawa kedua-dua hempasan kapal terbang di World Trade Center adalah sengaja. Impaknya dan kebakaran yang menyusul menyebabkan Menara Selatan runtuh, mengorbankan ratusan lagi mangsa dalam menara. Dalam usaha mencari dan menyelamat di tapak World Trade Center, para pekerja menemui dan mengenal pasti ratusan sisa jenazah mangsa Penerbangan 11, tetapi banyak lagi cebisan badan manusia yang tidak dapat dikenal pasti.