Penerbangan 211 US-Bangla Airlines

Penerbangan 211 US-Bangla (Bahasa Benggali: ইউএস-বাংলা এয়ারলাইন্স ফ্লাইট ২১১) merupakan sebuah penerbangan antarabangsa yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zia di Dhaka, Bangladesh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal. Sebuah insiden telah berlaku pada 12 Mac 2018 apabila pesawat yang mengendalikan penerbangan tersebut terhempas dan terbakar ketika mendarat di Kathmandu, dengan kebanyakan penumpannya maut.[3]

Penerbangan 211 US-Bangla Airlines
Pesawat yang terlibat dalam nahas, 2014
Ringkasan kejadian
Tarikh12 Mac 2018 (2018-03-12)
RingkasanMasih dalam siasatan
TempatLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal
Penumpang67
Anak kapal4
Kecederaan20
Kematian51 [1]
Terselamat17
PengendaliUS-Bangla Airlines
PendaftaranS2-AGU [2]
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Zia, Dhaka, Bangladesh


Ralat sintaks

Latar belakangSunting

Penumpang-penumpang yang terselamat mengatakan bahawa pesawat itu "berkelakuan aneh" sebelum terhempas di timur landasan lalu tergelincir ke sebuah padang bola sepak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu ketika mendarat pada 2.20 petang (waktu tempatan).[4]

Penumpang dan anak kapalSunting

Terdapat 71 orang yang terlibat dalam insiden tersebut, yakni 67 orang penumpang dan empat orang anak kapal.

SiasatanSunting

Sebuah rakaman menunjukkan juruterbang pesawat tersebut dikatakan mengalami kekeliruan ketika berbincang dengan pengawal lalu lintas udara di Kathmandu sama ada pesawat tersebut perlu mendarat dari arah utara atau selatan landasan untuk mendarat, dengan pengawal di Kathmandu mengarahkan juruterbang untuk berpatah balik sejurus sebelum nahas berlaku.[5]

RujukanSunting

  1. ^ "US-Bangla plane crash: Death toll climbs to 51". Kathmandu Post. 13 Mac 2018.
  2. ^ "40 dead in US-Bangla plane crash: Police". 12 Mac 2018.
  3. ^ "Pesawat Bangladesh terhempas, 50 terkorban". Astro Awani. 12 Mac 2018.
  4. ^ "Crash survivors: First chaos, then a 'loud bang'". Gulf News. 13 Mac 2018.
  5. ^ Gurubacharya, Binaj (13 Mac 2018). "Nepal crash followed apparent confusion over plane's path".