Penerbangan 302 Ethiopian Airlines

Penerbangan 302 Ethiopian Airlines merupakan sebuah penerbangan antarabangsa terjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa, Habsyah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta di Nairobi, Kenya. Pada 10 Mac 2019, sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8 yang sedang berkhidmat dalam penerbangan ini terhempas kira-kira enam minit selepas terhempas dengan 149 orang penumpang dan lapan orang anak kapal dan tiada yang disahkan terselamat.[2][3]

Penerbangan 302 Ethiopian Airlines
ET-AVJ, pesawat yang terlibat dalam kemalangan, dilihat pada Februari 2019
Kemalangan
Tarikh10 Mac 2019 (2019-03-10)
RingkasanTerhempas tidak lama selepas berlepas
Tapak kejadianKampung Tulu Fara berhampiran Bishoftu, Ethiopia
8°52′37″N 39°15′04″E / 8.87694°N 39.25111°E / 8.87694; 39.25111Koordinat: 8°52′37″N 39°15′04″E / 8.87694°N 39.25111°E / 8.87694; 39.25111[1]
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 737 MAX 8
PengendaliPesawat Ethiopia
No. penerbangan IATAET302
No. penerbangan ICAOETH302
Huruf pengenalanEthiopian 302
Kod pendaftaranET-AVJ
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa Bole, Addis Ababa, Ethiopia
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi, Kenya
Penghuni157
Penumpang149
Anak kapal8
Kematian157
Terselamat0

Penerbangan 302 adalah kemalangan paling dahsyat yang melibatkan pesawat Ethiopian Airlines setakat ini, melampaui maut dalam Penerbangan 961 yang mengakibatkan kemalangan berhampiran Komoro pada tahun 1996.[4]

Latar belakang sunting

Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8 yang berkhidmat dalam perjalanan ini berlepas dari Addis Ababa pada 8:38 pagi pada waktu tempatan untuk ke Nairobi. Dalam perjalanan, pesawat tersebut dikatakan memiliki masalah dan juruterbangnya meminta keizinan untuk berpatah balik ke Addis Ababa namun terhempas pada 8:44 pagi (waktu tempatan).[5]

Penumpang dan anak kapal sunting

Syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa 149 penumpang penerbangan itu mempunyai 35 kewarganegaraan yang berbeza.[6] Identifikasi positif mangsa nahas diumumkan pada 13 September 2019. Hampir seratus pakar pengenalan mangsa bencana (DVI) dari 14 negara menyokong misi Pasukan Bertindak Insiden Interpol (IRT).[7]

Jadual berikut menyenaraikan senarai kewarganegaraan dan bilangan penumpang (tidak termasuk anak kapal) yang terhempas berdasarkan rekod oleh Ethiopian Airlines.[6]

Kewarganegaraan Bilangan
  Kenya 30
  Kanada 18
  Habsyah 9
  Republik Rakyat China 7
  Itali 8
  Amerika Syarikat 8
  Perancis 7
  United Kingdom 7
  Hong Kong 1
  Mesir 6
  Jerman 5
  India 4
  Slovakia 4
  Austria 3
  Rusia 3
  Sweden 3
  Israel 2
  Maghribi 2
  Poland 2
  Sepanyol 2
  Belgium 1
  Djibouti 1
  Indonesia 1
  Republik Ireland 1
  Latvia 1
  Mozambique 1
    Nepal 1
  Nigeria 1
  Norway 1
  Rwanda 1
  Arab Saudi 1
  Serbia 1
  Somalia 1
  Sudan 1
  Togo 1
  Uganda 1
  Yaman 1
  Yunani 1
Jumlah 149

Salah satu daripada penumpang dalam pesawat memiliki pasport yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[6]

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan avherald-et302 tidak disediakan
  2. ^ "Pesawat penumpang terhempas, 157 dikhuatiri terkorban". Astro Awani. 10 Mac 2019.
  3. ^ "Ethiopian Airlines flight to Nairobi in fatal crash". NZ Herald (dalam bahasa Inggeris). 10 Mac 2019.
  4. ^ "Ethiopian Airlines: 'No survivors' on crashed Boeing 737". BBC News. 10 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2019. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  5. ^ "Ethiopian Airlines: 'No survivors' on crashed Boeing 737". BBC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mac 2019. Dicapai pada 11 Mac 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ a b c "Accident Bulletin no. 3 Issued on March 10, 2019 at 4:59 PM". Ethiopian Airlines. 10 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2019. Dicapai pada 12 Mac 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EA20190312" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ "Ethiopian Airlines Boeing 737 MAX crash victim ID completed". defenceWeb (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-13. Dicapai pada 2019-09-14.