Penerbangan 574 Adam Air

Penerbangan 574 Adam Air adalah merupakan penerbangan tempatan berjadual di antara Surabaya dan Manado, kedua-duanya di Indonesia.[1] Kapalterbang berkenaan, merupakan satu Boeing 737-400, didaftarkan di atas bawah nama PK-KKW,[2] telah hilang berdekatan dengan Polewali di Sulawesi pada Januari, 2007.[3] Bertentangan dengan laporan berita yang telah dikeluarkan awal sebelumnya, ia masih lagi hilang.

Penerbangan 574 Adam Air
PK-KKW, yang serupa dalam kemalangan
Kejadian
Tarikh1 Januari 2007
RingkasanKeralatan juruterbang, disorientasi ruang, kerosakan sistem navigasi inertial (IRS)
Tapak kejadianSelat Makassar di luar Majene, Sulawesi, Indonesia. Kotak hitam di 03°41′02″S, 118°08′53″E dan 03°40′22″S, 118°09′16″E
Jenis pesawatBoeing 737-400
PengendaliAdam Air
Kod pendaftaranPK-KKW
Penumpang96
Anak kapal6
Kematian102 (semua)
Terselamat0
Lokasi Adam Air 574 dalam kemalangan

Kapalterbang sunting

Kapalterbang tersebut, satu Boeing 737-400, didaftarkan atas nama PK-KKW, berumur lebih kurang 18 tahun dan telah terbang dengan lapan syarikat penerbangan semasa hayatnya.[4] Kapalterbang berkenaan mempunyai 45,371 jam penerbangan, dan kali terakhir dinilai dan diisytiharkan selamat terbang oleh kementerian pengangkutan Indonesia pada 25 Disember 2005.[5]Ia dilaporkan akan diperiksa kembali pada akhir Januari 2007.[5] Pengurus tugasan lapangan terbang Surabaya telah berkata bahawa sebelum berlepas, kapalterbang berkenaan tidak mempunyai masalah teknikal.[6]

Kronologi Penerbangan sunting

Pada 1 Januari 2007, 12:55 waktu tempatan(05:55 UTC), kapalterbang berkenaan telah berlepas dari Surabaya membawa 96 penumpang (85 dewasa, 7 kanak-kanak dan 4 bayi)[7] dan enam anak kapal.[1] Laluan penerbangan dua jam, masa pendaratan di Manado telah dijadualkan pada 16:00 waktu tempatan,[note] adalah normal sehingga kapalterbang itu hilang dari radar pengawal trafik udara di Makassar, Sulawesi Selatan dengan hubungan terakhir pada 14:53 waktu tempatan (06:53 UTC). Kedudukan suar terakhir diketahui dikesan oleh satelit Singapura pada 1.30° S 124.45° E.[7] Ketinggian kapalterbang menunjukkan pada paras 35,000 kaki (10,668 meter) pada skrin on the radar.[8]

 
Peta menunjukkan lokasi Pulau Sulawesi (hijau muda) di kalangan kepulauan Indonesia.

Cuaca di kawasan tersebut adalah ribut;[9] Institut Meteorologi dan Geofizik Indonesia telah menyatakan bahawa ketebalan awan setinggi 30,000 kaki (9,144 meter) dan laju angin pada 30 knot (55.56 km/j) di dalam kawasan berkenaan.[10] Kapalterbang berkenaan telah menghantar dua isyarat kecemasan sebelum hubungan terputus.[11] Jenis isyarat menunjukkan satu "peluang besar ia telah mengalami kemalangan atau satu nahas" merujuk kepada pegawai tentera landasan kapalterbang.[12]

Senarai penumpang sebahagian besarnya terdiri daripada warganegara Indonesia; Orang luar hanyalah satu keluarga Amerika Syarikat terdiri daripada tiga orang.[13][14]

Usaha Mencari dan Menyelamat sunting

Satu kapalterbang Tentera Udara Indonesia seawalnya telah melaporkan bahawa bangkai kapalterbang telah dijumpai di kawasan pergunungan Sulawesi. Komander Pengkalan Udara Hasanuddin Air di Makassar, First Air Marshall Eddy Suyanto, telah mengesahkan menerusi stesen radio tempatan, "Kapal terbang itu berada dalam keadaan musnah. Kami sedang menghantar pasukan-pasukan ke lokasi berkenaan. Kapal terbang itu telah dijumpai berada di sekitar 20 kilometer dari pekan Polewali di pergunungan. Cuaca pada masa ini cerah".[3]

Pasukan pencarian dan penyelamat telah dihantar ke tapak nahas berkenaan dan telah endapati bahawa tiada tanda nahas kapalterbang.[15] Pada 2 Januari 2007, mentero pengangkutan Indonesia, Hatta Radjasa, telah berkata bahawa kapalterbang tersebut masih belumlagi ditemui dan laporan sebelumnya adalah berdasarkan khabar angin daripada orang kampung tempatan yang disampaikan kepada pegawai tempatan adalah tidak benar.[16] First Air Marshall Eddy Suyanto telah meminta maaf kerana maklumat itu, "Lokasi bangkai berkenaan tidak dijumpai. Kami meminta maaf kerana berita yang kami sampaikan adalah tidak benar.".[17]

Siasatan sunting

Walaupun kapalterbang tersebut tidak dijumpai, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sudah mengarahkan satu siasatan penuh untuk mencari sebab-sebab kehilangan kapalterbang berkenaan, termasuk sebab-sebab kemalangan yang ia mungkin ada termasuk sebab musabab apa-apa kemalangan yang ia mungkin pernah ada. Siasatan juga akan melihat nilai keberadaan di udara termasuk prosedur piawai yang harus ada pada operasi kapal udara.[18] Satu pasukan daripada Amerika Syarikat dengan wakil-wakil daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Pentadbiran Aviasi Persekutuan, Boeing dan General Electric akan menolong dalam siasatan.[19]

Lihat juga sunting

Notakaki sunting

1 Bandar-bandar di Pulau Jawa, termasuk Surabaya, mengalami perbezaan satu jam dengan bandar-bandar di Pulau Sulawesi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Plane Carrying 102 Missing in Indonesia". Forbes. 1 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-03. Dicapai pada 2007-01-01.
  2. ^ "Nasib 96 Penumpang, Pilot dan Kru Tidak Diketahui" (dalam bahasa Indonesian). Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-04. Dicapai pada 2007-01-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b Norton, Jerry (2007-01-01). "Wreckage of plane found in Indonesian mountains". Yahoo!, Reuters. Dicapai pada 2007-01-03. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  4. ^ "AdamAir PK-KKW Airfleets". Airfleets. Dicapai pada 2007-01-03.
  5. ^ a b "Missing airliner not located: Indonesian officials". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-31. Dicapai pada 2007-01-03.
  6. ^ "Now, search on for missing plane". Singapore: The Electric New Paper. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-09. Dicapai pada 2007-01-03.
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Adam Air website tidak disediakan
  8. ^ "Search on for Missing Indonesian Plane". Focus News Agency. 1 January 2007. Dicapai pada 2007-01-01.
  9. ^ "Flight missing in bad weather". Edmonton sun.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-11. Dicapai pada 2007-01-01.
  10. ^ "Jatuhnya Pesawat Adam Air di Sulawesi Barat Adalah Akibat Cuaca Buruk" (dalam bahasa Indonesian). Adam Air. Dicapai pada 2007-01-02.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  11. ^ "Desperate search for lost plane". News.com.au. 1 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-31. Dicapai pada 2007-01-02.
  12. ^ "Three US passengers on crashed Indonesian plane". ANTARA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada 2007-01-02.
  13. ^ "Rescuers deny airliner found". News.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-17. Dicapai pada 2007-01-02.
  14. ^ "Rescuers have not found Indonesia plane wreck: military". CNA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-10. Dicapai pada 2007-01-02.
  15. ^ "Confusion mounts over Java plane". BBC News. Dicapai pada 2007-01-02.
  16. ^ "Embarrassed officials reveal missing Indonesian plane wasn't found". Daily Mail. Dicapai pada 2007-01-02.
  17. ^ "Missing Indonesian aircraft still missing despite claims of survivors" (Siaran akhbar). e-Travel Blackboard. Dicapai pada 2007-01-02.
  18. ^ "Mountains searched for Indonesian aircraft". Financial Times. Dicapai pada 2007-01-03.

Pautan luar sunting