Penerbangan 812 Express Air India

Penerbangan 812 Air India Express (Boeing 737-8HG)[4], nombor pendaftaran VT-AXV, merupakan penerbangan penumpang antarabangsa yang terhempas pada hari Sabtu, 22 Mei 2010 jam 6.30 pagi waktu tempatan di hujung landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Mangalore, Bajpe barat daya India. Seramai 158 penumpang termasuk 6 anak kapal terbunuh selepas pesawat itu jatuh bukit dan terbakar. Kapal terbang itu berasal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE.[5]

Penerbangan 812 Air India Express
Sebuah Boeing 737 Air India Express, pendaftaran VT-AXU, serupa dengan yang terbabit dalam kemalangan
Accident
Tarikh22 Mei 2010
RingkasanTerlajak landasan
Tapak kejadianMelepasi landasan 06/24 di Lapangan Terbang Antarabangsa Mangalore
12°56′48″N 074°52′25″E / 12.94667°N 74.87361°E / 12.94667; 74.87361Koordinat: 12°56′48″N 074°52′25″E / 12.94667°N 74.87361°E / 12.94667; 74.87361
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 737-8HG
PengendaliAir India Express
Kod pendaftaranVT-AXV
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Mangalore, India
Penumpang160[1][2]
Anak kapal6[3]
Kematian158[3]
Kecederaan8
Terselamat8[3]

Punca sunting

Juruterbang dipercayai terbabas untuk mendaratkan kapal terbang itu kerana landasan itu terletak di atas dataran rata di puncak bukit dan cuaca buruk ketika itu. Pengarah Air India Anup Srivastava menyatakan bahawa lapangan terbang itu terletak di aras 2038 kaki dari aras laut. Setakat ini, juru terbang tidak melaporkan sebarang masalah semasa penerbangan.

Tidak ada hujan , sekadar tiupan angin 6 km sejam .

Lapangan terbang itu dibuka pada 2006 . Ia dikelilingi oleh gunung dan gaung dan ini menyukarkan kerja-kerja menyelamat. Hanya juru terbang yang berpengalaman boleh mendarat di situ kerana rupa bumi sekitarnya.

Seramai 9 orang gagal menaiki kapal terbang itu .

Mereka yang selamat ialah Joel Prathap D’Souza (KMC hospital, Mohammad Umer Farooqi, (KMC hospita), Sabrina Haq, dari Kasturba Medical College, Mangalore (KMC hospital). Lain-lainn yang selamat ialah Mayan Kutty, dari Kasargod, Pradeep G.K., dari Tannirbhavi, Mangalore, dan Krishnan Kollikunnu, - SCS Hospital, Mangalore, Abdulla Puttur Ismail - K.S. Hegde Hospital, Derlakatte, Mangalore Taluk dan Mohammad Usman di Unity Hospital.

Juruterbang F. Glusica, dari Serbia, dan pembantu juruterbang H.S. Ahluwalia dipercayai terbunuh. Mereka yang cedera dan terbunuh dihantar ke 4 buah hospital iaitu S.C.S Hospital, Balmatta, Mangalore; KMC Hospital, Jyothi Cirlce, Mangalore; Government Wenlock Hospital; dan A.J. Hopsital.[6]

Bantuan sunting

Perdana Menteri India Manmohan Singh membatalkan semua jadual pertemuan bagi memantau bantuan kepada mangsa kemalangan. Setiap keluarga akan mendapat pampasan 200,000 rupee setiap yang terbunuh dan 50,000 setiap mangsa yang cedera. Syarikat Air India dan Boeing akan menyiasat kemalangan itu dan cuba mengesahkan nama-nama mangsa.

Rujukan sunting

  1. ^ Sudipto Mondal (22 Mei 2010). "Air India Express IX-812 accident". Air India. Dicapai pada 22 Mei 2010.
  2. ^ "List of passengers on Air India Express flight". The Hindu. 22 Mei 2010. Dicapai pada 23 Mei 2010.
  3. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AI Media Release 6 tidak disediakan
  4. ^ "Sixty killed in air crash". Press Trust of India. 22 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-25. Dicapai pada 22 Mei 2010.
  5. ^ At least 158 feared dead in India plane crash CNN
  6. ^ At least 154 feared killed in Mangalore air crash