Penerbangan 091 Mandala Airlines

Pada 5 September 2005, sebuah pesawat Boeing 737 daripada Mandala Airlines Penerbangan RI 091 terhempas selepas satu minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan, Indonesia. Pesawat itu dilaporkan mengalami gegaran di sebelah kiri pesawat apabila menghampiri altitud 90 meter. Lapangan terbang terbabit dikelilingi kawasan perumahan yang padat dan jumlah kematian di kawasan itu tidak diketahui angkanya, namun demikian Associated Press melaporkan bahawa menurut seorang pegawai lebih kurang 147 penumpang mati. Kemudian ia melaporkan bahawa 13 orang dipercayai selamat dan 104 dalam penerbangan terbabit dipercayai mati. Kebanyakan penumpang yang selamat duduk di belakang pesawat.

Penerbangan 091 Mandala Airlines
Lokasi Medan di Indonesia
Kemalangan
Tarikh5 September 2005
RingkasanGagal berlepas
Tapak kejadianMedan, Indonesia
Jenis pesawatBoeing 737-200
PengendaliMandala Airlines
Kod pendaftaranPK-RIM
Penumpang115
Anak kapal5
Kematian143 (termasuk 49 di darat)
Terselamat16

Berdozen kereta dan rumah terbakar ataupun musnah. Sekurang-kurangnya 39 orang dilaporkan terkorban di kawasan penerbangan itu terhempas.

Rizal Nurdin, gabenor Sumatera Utara dan bekas gabenor iaitu Raja Inal Siregar adalah dipercayai terkorban. Kedua-dua mereka dalam perjalanan ke Jakarta untuk berjumpa dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia, Ti Teow Chuan daripada Sabah dilaporkan turut terkorban dan seorang lagi dari Jepun. Semua korban lain adalah warga Indonesia sendiri.

Kejadian kapal terbang Mandala terhampas ini merupakan kejadian keenam yang melibatkan kapal terbang komersil sejak 1 Ogos.

Sebab terhempas sunting

Mandala Airlines ditubuhkan pada tahun 1969 dan adalah salah satu daripada penerbangan tambang murah ke seluruh bahagian di Indonesia yang luas. Pihak syarikat dilaporkan berkata adalah terlalu awal untuk mengetahui sebab terhempas, tetapi pesawat yang berusia 24 tahun itu (dibina pada tahun 1981) telah menjalani pelbagai ujian keselamatan pada bulan Jun dan sepatutnya boleh beroperasi sehingga tahun 2016.

Koordinat: 3°35′N 98°40′E / 3.583°N 98.667°E / 3.583; 98.667