Pengagihan Piala Dunia FIFA 2018

Cabutan untuk Piala Dunia FIFA 2018 berlaku pada 1 Disember 2017 di Istana Negari Kremlin di Moscow, Rusia.[1] Ia menentukan kumpulan di mana setiap daripada 32 pasukan kebangsaan yang layak akan bermain di permulaan kejohanan. Pasukan dibahagikan kepada empat balang lapan pasukan, dengan satu pasukan dipilih dari setiap balang untuk membentuk satu kumpulan.

Tidak seperti edisi Piala Dunia sebelumnya, semua balang ditentukan oleh Kedudukan Dunia FIFA setiap pasukan kebangsaan pada Oktober 2017, dengan Balang 1 yang mengandungi pasukan tertinggi peringkat, Balang 2 yang mengandungi pasukan kedudukan tertinggi seterusnya, dan sebagainya; dalam edisi terdahulu hanya satu balang yang mengandungi pasukan kedudukan tertinggi ditentukan oleh kedudukan, dengan tiga balang lain ditentukan oleh benua konfederasi. Tuan rumah terus ditempatkan di Balang 1 dan dianggap sebagai pasukan unggulan, oleh kerana itu, Balang 1 terdiri dari tuan rumah dan tujuh pasukan kedudukan tertinggi yang memenuhi syarat untuk kejohanan.

Urutan cabutan bermula dengan balang 1 dan berakhir dengan balang 4.[2]

Seperti edisi sebelumnya, tiada kumpulan mempunyai lebih daripada satu pasukan dari mana-mana benua konfederasi dengan pengecualian UEFA, yang mempunyai sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak lebih dari dua dalam satu kumpulan.[2]

Pengagihan sunting

Semua pasukan diagihkan menggunakan Kedudukan Dunia FIFA Oktober 2017,[3] dimana nombor yang ditunjukkan dalam kurungan, dikeluarkan pada 16 Oktober 2017.[4]

Balang 1 Balang 2 Balang 3 Balang 4
  Rusia (tuan rumah) (65)   Sepanyol (8)   Denmark (19)   Serbia (38)
  Jerman (1)   Peru (10)   Iceland (21)   Nigeria (41)
  Brazil (2)   Switzerland (11)   Costa Rica (22)   Australia (43)
  Portugal (3)   England (12)   Sweden (25)   Jepun (44)
  Argentina (4)   Colombia (13)   Tunisia (28)   Maghribi (48)
  Belgium (5)   Mexico (16)   Mesir (30)   Panama (49)
  Poland (6)   Uruguay (17)   Senegal (32)   Korea Selatan (62)
  Perancis (7)   Croatia (18)   Iran (34)   Arab Saudi (63)

  AFC
  CAF

  UEFA


Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
  Rusia   Portugal   Perancis   Argentina
  Arab Saudi   Sepanyol   Australia   Iceland
  Mesir   Maghribi   Peru   Croatia
  Uruguay   Iran   Denmark   Nigeria
Kumpulan E Kumpulan F Kumpulan G Kumpulan H
  Brazil   Jerman   Belgium   Poland
  Switzerland   Mexico   Panama   Senegal
  Costa Rica   Sweden   Tunisia   Colombia
  Serbia   Korea Selatan   England   Jepun

Menurut kedudukan FIFA,[5] kumpulan terkuat adalah E (digabungkan menjadi 4415 mata), diikuti oleh F (4151), B (4128), C (4101), D (4099), G (3953), H (3944) kumpulan A (2991).

Rujukan sunting

  1. ^ "Final Draw to take place in State Kremlin Palace". FIFA.com. 24 January 2017.
  2. ^ a b "Close-up on Final Draw procedures". FIFA.com. 27 November 2017.
  3. ^ "OC for FIFA Competitions approves procedures for the Final Draw of the 2018 FIFA World Cup". FIFA.com. 14 September 2017.
  4. ^ FIFA.com. "The FIFA/Coca-Cola World Ranking - October 2017 - FIFA.com". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 October 2017.
  5. ^ FIFA.com. "The FIFA/Coca-Cola World Ranking - October 2017 - FIFA.com". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 October 2017.