Pengaman Malaysia merupakan pasukan pertahanan Malaysia yang dihantar oleh Kementerian Pertahanan Malaysia ke negara-negara yang masih kacau-bilau bagi tujuan mengamankan negara-negara tersebut. Malaysia yang menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu rela dan sedia menghantar anggota keselamatannya dan biasanya kos penghantaran dibiayai oleh kerajaan Malaysia sendiri dengan standard antarabangsa.

Misi ke Mindanao sunting

Kerajaan Malaysia telah setuju menghantar pasukan pengaman ke kawasan bergolak di selatan Filipina iaitu di kepulauan Mindanao khususnya di Jolo. Seramai 41 pegawai tentera dan polis telah ditugaskan membantu memantau aspek keselamatan selatan Filipina sejak 2004 sebagai sebahagian Tim Pemantau Antarabangsa (IMT) yang turut disertai 10 pegawai tentera dari negara Brunei dan 5 dari negara Libya. Turut serta ialah pegawai dari Kanada dan Jepun. [1] Pada 23 April 2008 , Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pertahanan menyatakan pasukan pengaman Malaysia di Mindanao akan ditarik bali.


Pasukan IMT kesal kerana selama 7 tahun berkhidmat di selatan Filipina gagal mencari perdamaian antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro. Penganalisis tentera berpendapat IMT semacam diperalatkan oleh Filipina bagi memusnahkan kekuatan rakyat Moro di Jolo , Mindanao. Tentera marin Amerika yang turut dihantar ke pulau Jolo dan kepulauan Mindanao yang lain telah bertindak sebagai mesin pemusnah bagi pihak Filipina. Tentera Amerika dijemput oleh kerajaan Filipina untuk memberi bantuan dari aspek strategi pertahanan khususnya berhadapan dengan taktik pre-emtif ,melawan pengganas di seluruh dunia . Tetapi tentera marin Amerika sendiri bertindak bagi pihak tentera Filipina.

Pada ketika yang lain , Malaysia dituduh membantu atau bersekongkol dengan pemberontak di selatan Filipina. Malaysia berada dalam keadaan dilema kerana ramai pelarian Filipina berada di perairan Sabah kerana Malaysia dan Filipina berkongsi kawasan perairan Laut Sulu. Pemimpin pemisah Moro iaitu Nur Misuari telah ditangkap setelah berada di Malaysia tetapi dihantar ke Filipina dan dipenjarakan pula. Kumpulan Abu Sayyaf pula sering melakukan aktiviti pelanunan dan penculikan di Laut Sulu, Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi mendapatkan dana bagi membiayai aktiviti perjuangan mereka.

Peningkatan aktiviti lanun ini telah menjadi alasan kuat kepada Amerika Syarikat untuk turut menuntut hak mengawal keselamatan kapal-kapal dagang dan kapal perangnya yang melalui Selat Melaka. Jika aktiviti lanun tidak dapat dibendung oleh Malaysia dan Indonesia, pastilah kapal marin Amerika akan dibenarkan meronda dan memburu lanun kesemua pulau dan ceruk teluk di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Rujukan sunting